" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, June 18, 2010

Isu Negeri PR Bubar Dun : Kita Semua Perlu Sokong Cadangan Bernas Husam Musa

Bijak betul pemimpin seorang ini. Tengoklah cadangan bernas beliau..

Husam : Negeri PR Disaran Tentukan Tarikh Pilihanraya Negeri Sendiri

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disarankan supaya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri lebih awal untuk "menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihan raya" dan "ia merupakan tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak".

"Sebelum (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihan raya kita sekarang," tulis exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Muda dalam blognya.

"Ini bermakna, tarikh pilihan raya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan," tulis Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengulas kenyataan Najib kelmarin bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen berdasarkan pendapat rakyat yang menyokong beliau dan tarikhnya "akan mengejutkan semua pihak".

Mengulas lanjut, Husam berkata, pilihanraya DUN dan Parlimen tidak akan berjalan serentak, kecuali kerajaan pusat menjadualkan sama dengan jadual di negeri Pakatan Rakyat.

"Ada dua kemungkinan, pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata.

"Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita," tulisnya dalam blog yang ditulis semalam.

"Namun, kita telah mulakan satu precedent (duluan) baru iaitu tarikh pilihan raya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerintah semata-mata".

Husam yang juga ADUN Salor berkata pilihan tarikh pilihan raya boleh dibuat "atas berbagai asas".

"Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012.

"Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

"Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan," katanya.

~MK~

Justice4all : Nah Najib..terkejut beruk ko. Ko ingat ko tuhan, boleh tentukan segala-galanya...tapi boleh ke negeri yang tentukan tarikh pilihanraya sendiri..

Jawapannya adalah boleh..Najib hanya boleh bubarkan Parlimen sahaja..Dun Negeri yang boleh bubarkan negeri. Ini termaktub dalam Perlembagaan kita.

Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen

55. (1) .....

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu. (sini)

Dan negeri PR boleh untuk bubarkan Dun dan tidak ikut Parlimen. Macam negeri Sarawak. Ini sudah termaktub dalam Undang-undang tubuh negeri..sama ada negeri PR atau BN. Ini contoh peruntukan undang-undang negeri Kelantan dan Selangor

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

46. (1) ...

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri

(3) Dewan Negeri, dikecuali dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan kuasa selama lima tahun daripada tarikh persidangannya yang pertama dan hendaklah kemudian daripada itu terbubar sendiri.

(4) Apabila Dewan Negeri itu telah dibubarkan, maka hendaklah diadakan satu pilihan raya dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran itu dan Dewan Negeri yang baru itu hendaklah dipanggil bersidang pada suatu tarikh tidak lewat dari sembilan puluh hari daripada tarikh itu. (sini)

UNDANG-UNDANG TUBUH KERJAAN NEGERI SELANGOR

LXX. (1) ....

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Bilamana Dewan Negeri menjadi bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia menjadi bubar itu dan Dewan Negeri yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh itu.

Nah PR..cadangan Husam amat bagus dan bijak sekali. 4 negeri PR boleh buat pilihanraya awal dan ini akan membuka mata untuk rakyat negeri lain lihat PR kekal menang di Dun itu. Pada masa yang sama jentera PR di empat-empat negeri boleh membantu negeri lain yang dikuasai BN.

Tengah mood rakyat yang masih panas lagi ini, eloklah bubar dun negeri PR sekarang, biar Najib terkejut beruk. Katak-katak yang lompat pula akan terpekik terlolong kerana jangka hayat mereka dah luput. Jadi bola sekarang berada di tangan PR, sama ada nak sumbat gol atau tidak..

Rasanya baik bubarkan Dun 4 negeri PR cepat jika yakin PR dapat menang sekali lagi di 4 negeri itu. Banyak kelebihannya dan berbanding kelemahannya. Dan sudah pasti akan ada alasan bodoh SPR bahawa tindakan bubar dun awal membazir..itu hujah budak tadika permata roswah kerana SPR lagi berjimat kerana hantar jentera SPR ke 4 negeri je..lagipun daripada diorang duduk rileks berbulan-bulan tak buat apa, baik bekerja untuk rakyat. Kerana rakyat yang bayar gaji mereka. Bukannya ahli UMNO Yahudi yang bayar tiap-tiap bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111