" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, June 8, 2010

Teramat kurang pendakwah Islam di Sarawak


Tidak malu ke umat Islam , orang bukan Islam yang beria-ia menyuruh pendakwah Islam mengajar orang Islam ? Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan beliau tahu mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak buahnya kerana tinggal di rumah panjang itu. Beliau berharap pihak berkaitan dapat membantu terutama bagi menyelesaikan status keluarga murid Islam itu kerana bimbang ia mungkin akan menimbulkan kesulitan pada masa depan.

******************************
Berita Harian 8 Jun 2010

Keluarga Muslim perlu bantuan pendakwah ajar anak agama

PENDAKWAH atau pihak bertanggungjawab sewajarnya datang ke Rumah Panjang Ado kerana tiga murid Muslim di Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Keseng bersebelahan rumah panjang itu memerlukan khidmat dan bantuan mereka.

Demikian fikiran penulis ketika melihat persekitaran hidup tiga murid Islam terbabit, seorang lelaki dan dua lagi perempuan ketika ke rumah panjang dan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pengurusan sekolah melakukan yang terbaik bagi membantu murid terbabit seperti kata Guru Besarnya, Anthony Upon, pihaknya meminta jasa guru perempuan dari Semenanjung mengajar mereka Fardu Ain dan hal berkaitan agama.

Untuk mengajar murid terbabit yang akan menduduki Penilaian Asas Fardu Ain tahun ini, kami tiada ustaz kerana tidak mencukupi kuota, iaitu sekurang-kurangnya lima murid Islam untuk mendapat seorang guru agama.

Bagi memenuhi keperluan itu, beberapa guru perempuan sekolah ini berasal dari Semenanjung dengan suka rela mengajar agama di rumah mereka pada luar waktu sekolah, lazimnya sebelah petang, katanya.

Seorang murid terbabit, Faiznor Yusof, 12, berkata dia diberitahu bapanya keturunan Melayu dari Sibu, manakala ibunya pula Iban, tetapi mereka tinggal di Rumah Panjang Ado.

Dia bersama adiknya, Izani serta seorang lagi murid Muslim, Norlia Ramli, sering bermalam di rumah guru perempuan terutama pada hujung minggu kerana dapat belajar agama dan sembahyang.

Saya lebih suka pergi rumah cikgu kerana dapat belajar dan sembahyang apabila tiba waktunya. Cikgu banyak memberi tunjuk ajar. Adik saya pun sembahyang, tapi jarang. Ibu tidak melarang, sebaliknya menggalakkan saya ke rumah cikgu.

Saya belajar berpuasa sejak Tahun Lima bila Hari Raya saya sambut sendiri, katanya yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan bercita-cita menjadi guru kerana mahu mendidik orang lain.

Sementara itu, Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan beliau tahu mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak buahnya kerana tinggal di rumah panjang itu.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak berkaitan dapat membantu terutama bagi menyelesaikan status keluarga murid Islam itu kerana bimbang ia mungkin akan menimbulkan kesulitan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111