Oleh Ustaz Saiful Bahri
Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno ketika ditanya mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud
yang berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang. Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun pada 24 Ogos lalu dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," kata Abdul Taib. "Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur."
Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kepopularannya, khususnya di kalangan masyarakat Cina di Sarawak semakin pudar. Ramai juga yang mempertikaikan 'kekayaan luar biasanya'.
Itu bahasa politik bahawa Abdul Taib nak bertanding lagi. Bukan mudah nak melepaskan begitu sahaja kerusi no 1 di Sarawak itu. Ia menjaminkan kuasa dan kekayaan yang melimpah ruah. Usaha BN untuk singkirkan Abdul Taib sudah lama tetapi pengaruh dan kuasa beliau menyebabkan UMNO-BN tidak berjaya. Apakah kali ini beliau akan gugur?


Sekarang apa pilihan Abdul Taib Mahmud? Jalan Mahathir atau jalan Wan Mokhtar? Kalau nak kan harta dah bertimbun-timbun. Kalau kira kuasa dah 29 tahun. Nak apa lagi. Kalau Sarawak tak pedulikannya, beliau boleh lari ke Kanada. Dah bertimbun-timbun hartanya dan memang tak habis makan. Berapa tahun sangat lagi usianya yang berbaki. Kalau takpun pemimpin BN klasik seperti ini letakkan dalam muzium sebagai lambang jasa mereka terhadap pengikis harta rakyat.
Tetapi bagi PR lebih baik Abdul Taib bertanding lagi. Mana tahu ia memberi keuntungan kepada PR akibat dari terlalu lama memerintah yang boleh membawa kecundangnya BN di Sarawak. Siapa agaknya Giant Killer di Sarawak ini?
No comments:
Post a Comment