" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, August 28, 2010

UMNO Mersing tidak pandai gunakan Balai Raya

Oleh 21Halim

"Dari udara, ternyata Mersing sebuah daerah kecil. Burung walet pun nampak ada banyak bangunan Balai Raya atau Bangunan Serbaguna yang terbiar tidak berguna.

Entah apa sebabnya, UMNO amat gemarkan meluluskan projek Balai Raya di sana sini, sedangkan mereka sedar bahawa mereka (UMNO) bukan pengguna bijak yang mampu memanfaatkan sepenuhnya apa yang mereka dirikan di setiap pojok bumi.

Dalam kariah Sri Pantai, misalnya ada 4. Semuanya berkunci rapat. Di Air Putri, mereka bina Balai jauh dari orang ramai. Apa lagi, habis besi tingkap dikerjakan penyamun. Bangunan dibiar semak samun. Kini bangunan tersebut disedekahkan kepada Pengaka untuk tempat berhimpun. Di Paya tinggal, semenjak siap terus ditinggal. Di kampung Salam, nyamuklah yang sering bermalam.

Di Air Merah, sudah ada ada balai hampir tidak diguna, bina lagi di Taman Air Merah. Di Tenglu, Sawah Dato', Kg Makam ada juga! Kesemuanya berdekatan belaka. Sebenarnya, jika kita rajin merayau ke kawasan perumahan, hampir kesemuanya ada Balai Raya. Jangan tanya kepada penduduk sekitar kerana sebahagian besar mereka tidak sedar. Mereka kurang faham apakah fungsi balai dan siapakah pemegang kunci.

Cuba ke Endau sana, anda akan dapati fenomena sama.

Menurut Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing, berdasarkan keadaan Balai Raya serba'tidakdi'guna itu, beliau menyimpulakan bahawa UMNO Mersing tidaklah seaktif mana. Ini bermakna peluang bagi PAS Mersing masih bersisa. PAS ada potensi bertindak lebih agresif ke dalam kancah masyarakat.

Membina bangunan sekadar menghabiskan wang rakyat wajar dielakkan. Tindakan membazir sebegini wajar difikirkan kembali. Berilah penjelasan kepada masyarakat bagaimana seharusnya memanfaatkan bangunan berkenanan. Jika tidak, biarlah burung walet mendiaminya secara percuma!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111