" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, August 13, 2010

Tun Dr Mahathir Perlekeh Islam ?


Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Saya masih ingat pada tahun lepas, pernah terbit satu artikel dalam sudut rencana kalau tidak silap saya dalam akhbar Utusan Malaysia. Beliau ditemuramah oleh wartawan akhbar perdana itu berkenaan isu negara haram Israel. Dalam sesi temuramah itu beliau ada mengatakan dengan nada yang sangat yakin bahawa Islam tidak akan dapat mengalahkan negara regim zionis itu sampai bila-bila pun. Ini kerana negara-negara Islam seluruh dunia tidak akan pernah mempunyai kekuatan itu. Beliau mengatakan realiti Islam dapat menewaskan regim ini adalah teramat-amat mustahil.

Ketika saya membaca kenyataan-kenyataan beliau dalam akhbar itu, saya amat berhati-hati dalam mentafsirkan setiap butir-butir kenyataan beliau. Namun semakin saya teliti, semakin jelas yang mana seakan-akan Tun sangat-sangatlah tidak percayakan hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan kebangkitan Islam akhir zaman dan kemenangan Islam pada akhir zaman yang akan dipimpin oleh Khulafa' Rasyidin serta mujaddid terakhir iaitu Imam Al Mahdi r.a.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
|Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.|

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis.
|Hadith riwayat At-Tabarani.|

Para jumhur ulama' Ahli Sunah Wal Jamaah telah bersepakat bahawasanya wajib hukumnya mempercayai dan beriman akan kemunculan Imam Al Mahdi ini kerana hadis-hadis yang meriwayatkan tentang perkara ini telah mencapai tahap hadis mutawatir.Selain itu, masih ada lagi banyak hadis yang tidak saya sebutkan disini berkenaan dengan kemenangan umat islam dan kemunculan Imam Al Mahdi yang akan merampas kembali bumi Palestin daripada rejim zionis.

Walaupun saya tabik 'spring' kepada beliau berkenaan isu-isu berkaitan dengan penindasan umat Palestin dan kelantangan beliau kepada rejim zionis di peringkat antarabangsa namun beliau nampaknya masih lagi ragu-ragu dengan pertolongan dan janji Allah yang sememangnya pasti akan berlaku.

Kini, sekali lagi beliau seakan-akan memperlekehkan agama Islam dengan kenyataan terbaru beliau. Mahathir berkata umat Islam tak perlulah belajar agama secara mendalam, belajar asas-asas cukuplah.

"Kalau 1.6 billion umat Islam di dunia ini pandai agama dan kesemuanya bertaraf ulama, perpecahan yang lebih teruk akan terjadi kerana masing-masing akan membuat tafsiran yang berbeza mengenai Islam mana yang lebih baik seperti yang terjadi ke atas golongan Sunni dan Syiah."

Mahathir ini orang pandai tetapi Mahathir tidak begitu berminat pada Islam. Mahathir tidak melihat permasalahan yang berlaku sekarang atau Islam lemah kerana bukannya tidak mengamal ajaran Islam sebenar tetapi kerana tidak mencari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

"Walaupun tidak semua tetapi kalau ada sekumpulan orang yang dapat kuasai ilmu teknologi dan sains pertahanan, ini sudah memadai untuk menyelamatkan satu masyarakat Islam seperti di Bosnia (Herzegovina) sebelum ini," katanya.

Mahathir menggalakkan semuanya menguasai ilmu sains dan teknologi, paling tidak ada sekumpulan tertentu yang menguasainya. Tentang Islam tak perlulah semuanya belajar secara mendalam, tetapi sains dan teknologi kalau boleh semuanya mendalaminya. Adakah ini menunjukkan Mahathir berminat dengan Islam ?

Nauzubillah. Memang saya amat setuju dengan kenyataan beliau yang mana umat Islam perlu mendalami ilmu sains dan teknologi namun kenyataan beliau berkenaan Ilmu Agama teramatlah saya tidak setuju. Jumhur ulama' telah menyatakan dengan sejelas-jelasnya seseorang Muslim itu wajib belajar dan benar benar memahami akan ilmu agama iaitu Aqidah, Feqah dan Tasawuf.
Sebetulnya seseorang Muslim itu tidak akan berjaya jika hanya pakar dalam bidang sains dan teknologi sahaja dengan penghayatan dalam ilmu agama pula hampeh. Kita boleh melihat sahaja keadaan umat pada masa kini. Ramai yang berjawatan besar-besar, gaji besar-besar namun solat tinggal, judi sana-sini, arak bertaburan, rasuah berleluasa dan banyak lagi. Ini semua berlaku kerana kurang ilmu pengetahuan berkenaan dengan Islam dan penghayatan terhadapnya.

Kesimpulannya, setiap individu Muslim perlu benar-benar mendalami ilmu agama barulah boleh disesuaikan dengan ilmu sains dan teknologi. Ingatlah janji Allah bahawasanya sesiapa yang menolong agamanya Allah akan sentiasa menolongnya dalam kehidupan.

Tun Dr Mahathir Mohamad, akalmu sangat pintar, visimu amat jauh serta mempunyai wawasan yang tinggi namun ingatlah setiap misi dan visi itu mestilah berlandaskan dengan wahyu yang telahpun diturunkan kepada umat Islam. Saya menasihati diri saya, diri Tun serta seluruh umat Islam agar sentiasalah mendalamilah ilmu agama itu dan dalamilah juga ilmu sains dan teknologi.

Jika ilmu sains dan teknologi itu lebih kau fahami daripada Ilmu agamamu sendiri maka ingatlah setiap langkah perjalanan kamu di muka bumi ini sesekali tidak akan mendapat pertolongan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111