"Tetapi ramai rakyat tidak mempercayai perkara tersebut," demikian menurut Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dalam blognya, link hari ini.
Beliau berkata, tidak mungkin dalam sebuah kerajaan yang begitu bertamadun dengan menggunakan slogan rakyat didahulukan akan menaikkan harga bahan bakar utama negara secara senyap-senyap dan tidak bertanggungjawab.
"Malangnya selepas bangun pagi, seluruh rakyat tersentak dengan ketidak pedulian regim najib rosmah kepada rakyat," katanya yang kini sedang bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Rakyat telah di’ambush’ secara senyap ketika tengah malam dengan menaikkan harga minyak secara senyap. Harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
Rakyat mengeluh
Menurut beliau, harga barangan dinaikkan ketika rakyat mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin naik. Harga barang dan perbagai kos hidup mula sedikit stabil.
"Kebanyakan rakyat baru nak sesuaikan diri (adjust nafas) selepas kenaikan lima serangkai pertengahan Julai lalu," keluh beliau.
Namun ‘ambush’ tengah malam semalam umpama taktik gerila yang menyentak rakyat semula. Selepas ini pasti diekori dengan kenaikan lain-lain barangan yang bersangkutan dengan kehidupan rakyat.
Ujar beliau, "walaupun tidak kedengaran kenaikan besar bahan api di pasaran global tetapi regim najib rosmah ini terus menaikkan harga bahan itu."
Dua pilihan raya kecil akan berlangsung pada 4 November ini. Kenaikan ini secara tidak langsung menunjukkan Regim najib rosmah ini sedang menguji kepekaan rakyat.
"Jika mereka menang pilihan raya ini maka jelas rakyat tidak peka dan regim najib rosmah pasti terus gila dan tidak mempedulikan rakyat," katanya.
Cadangan Pemandu
Menurut beliau lagi, kenaikan berjadual ini adalah juga hasil cadangan dari Jawatankuasa Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi) yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala beberapa ketika lalu.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong.
"Dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat," katanya.
Beliau berkata, "kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.
"Kepada pengundi Galas dan Batu Sapi jika Barisan Nasional menang percayalah pasti banyak lagi kenaikan selepas ini. Ini ujian kepekaan rakyat," tambahnya.
Menurut laporan media, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa.
No comments:
Post a Comment