Oleh Ust Saiful Bahri
Kata dulang paku serpih, kata Pakatan UMNO-BN yang lebih. Kini sudah menjadi ibarat meludah ke langit. Terpercik ke muka sendiri. Ketika Demo besar-besaran rakyat menuntut pilihanraya yang bersih dengan menggamit 100 ribu pendemo memakai baju kuning Bersih yang mengelisahkan pimpinan UMNO-BN. Kemuncaknya menafikan 2/3 penguasaan UMNO-BN di parlimen.
7 Nov 2007 di perhimpunan Pemuda Umno, Khairy membuat kenyataan ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut. “Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum,” kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC
Hari ini UMNO-BN pula menaja dan mengetuai demontrasi khususnya terhadap pimpinan dan pentadbiran dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat. Yang terakhir di negeri Pulau Pinang. Pelbagai isu dipolitikkan untuk mengajak orang ramai berdemontrasi atas isu agama, bagsa dan sebagainya.
Pemuda BN pernah berdemontrasi untuk menghantar Memorandum kononnya membantah campur tangan Anggota Parlimen Australia dalam hal ehwal sistem kehakiman di negara ini apabila cuba membangkitkan isu keadilan dan ketelusan system kehakiman di Malaysia dalam isu perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata memorandum itu juga menggesa agar Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 anggota Parlimen negara itu.
Tetapi heran pulak ketika mana Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memilih Malaysia sebagai destinasi lawatan sulungnya ke luar negara pada 31 Oktober ini baru-baru ini, Pemuda UMNO tak demo pulak. Bahkan ketika Hilary Clinton melawat Malaysia dan secara jelas menyentuh isu keadilan dan system kehakiman dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pula Pemuda UMNO dan gerombolan songkok tinggi tak demo pulak??? Bukankah ini dah cuba campurtangan dengan politik Malaysia. Bahkan Hanifah Aman selaku Menteri Luar membuat kenyataan bahawa beliau akan memastikan keadilan berlaku terhadap kes liwat 2 Anwar Ibrahim. Sisters in Islam, kumpulan wanita liberal kontroversi Malaysia juga mendapat pujian daripada Hillary Clinton, setiausaha negara Amerika Syarikat yang sedang melawat Malaysia.
Hah! Kalau Pemuda UMNO buat demo… nak cari penyakit kot. Najib yang sedang demam.. mau jadi demam kura. PM yang kena chicken pox mau aje kena chicken pork. Dalam suasana Malaysia ingin membina imejnya dengan Negara luar dan ingin menarik pelaburan mereka, Malaysia perlu member signal yang betul dan tindakan perlu berhati-hati agar tidak menjejaskan hubungan luar antara Negara-negara khususnya Negara Barat.
No comments:
Post a Comment