Ilmu memimpin adalah “ Total Quality Knowledge”.Sejarah membuktikan pemimpin yang cemerlang adalah individu yang bergelumang dengan perjuangan bersama rakyat sejak zaman remaja.Baginda Rasulullah SAW contohnya berjuang bersama Sahabat (r.a) bagi meroboskan perhambaan Masyarakat jahilli yah kepada sesama maklhuk.
Begitu juga ikon pemimpin lain seperti Umar Mukhtar, Gandhi ,Lincoln dan Mandela turun bersama rakyat menentang pemerintah yang zalim.Natijah dari sinilah teraju kepimpinan politik perlu kepada pengalaman dan pengorbanan apatah lagi memimpin parti bukan pemerintah.Fakta menunjukkan ramai juga dikalangan pemegang ijazah doktor falsafah bahkan yang mempunyai kesarjanaan dalam bidang politik gagal menjadi wakil rakyat atau pemimpin organisasi yang efektif.
Menyedari hakikat ini tertarik dengan komentar mantan mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainal Abidin bahawa Datuk Siri Anwar Ibrahim (DSAI) sudah tidak relevan.Satu Soalan yang perlu Dijawab Oleh Asri ? Kalau Anwar sudah tidak relevan mengapa perlu BN besungguh-sunguh menyerang beliau berbanding pemimpin yang lain sedangkan beliau bukanlah Presiden mana-mana Parti politik diMalaysia.
Satu hakikat yang tidak dapat ditolak lagi bahawa DSAI mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam mereformasikan lankskap politik Malaysia.terutama selepas pemecatan beliau sebagai TPM.Pengalaman beliau dalam kancah politik tanahair hampir setengah abad tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan.
Saya yakin semua individu yang mencintai kebenaran dan mahu melihat Malaysia menuju negara yang maju dari segenap segi bersetuju bahawa DSAI masih diperlukan sebagai pemimpin pakatan pembangkang untuk mengimbangi kuasa pemerintah .Ini memandangkan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi kelemahan parti pembangkang akan menjurus kearah kecenderongan parti yang memerintah menyalahgunakan kuasa.
Pada hemat saya ,sebagai insan biasa mungkin Dr Asri tersilap perhitungan dalam mengetengahkan isu ini memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman sebagai pendokong dalam mana-mana parti politik terutama bagi parti yang tidak memerintah.Mungkin juga beliau banyak bermain teori tanpa amali Maka jadilah umpama seorang Professor Kejuruteraan Mekanikal membaiki keretanya sendiri.
Sebebarnya bila kita mengimbas kembali sejarah politik tanahair ,Terdetik di hati saya DSAI mungkin dilahirkan untuk mereformasikan pemikiran rakyat Malaysia.Yang telah hanyut dijajah melalui system pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah.Sejarah jelas membuktikan betapa DSAI dan tidak ketinggalan Datuk Fadzil Noor merupakan individu penting dalam merungkai kekotak ketaksuban terhadap status kaum.pendidikan dan taraf hidup.Bersamalah kita membaiki diri mudahan kita dan zuriat kita mendokong pejuangan menegakkan kebenaran .Dan Janganlah Kita Menjadi Manusia Yang Banyak Bercakap Tetapi Kurang Bekerja ( Cakap Tak Serupa Bikin ).WaAllahuA’lam
No comments:
Post a Comment