" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, December 12, 2010

Umno bagus dimata 'makcik' orang kampung !

Oleh : radens albanjari

Sedih aku tengok makcik tua di kedai runcit pagi tadi. Mengomel toya wajah dia marahkan si apek kedai runcit pasal dia beli gula dah mahal. Makcik tu kata baru jer minggu lepas dia beli gula, tapi pasal apa dia beli hari ni dah naik 2 kupang sekilo. Dari raut wajah dan pakaiannya, aku tahu makcik ni orang kampung. Lagi sedih bila aku tengok, terkulat-kulat makcik tu kena sindir dengan si 'Apek' - "jangan marah saya, tanya itu kerajaan, dia yg kasi naik..apa nak marah waa..! Wa jual gula saja..! lagi kalau macikkk tak puas hati..undi punya jam..angkat lain cap, jangan pangkah itu kati punya cap..! "

Makcik tu tak puashati, dia tetap cakap, kerajaan manyak bagus sama dia..! Itu Umno pun bagus..banyak bantu sama dia..! Makcik tak percaya..! itulah hakikatnya yg Apek cina kena terima, tahan ler telinga kena maki..pasai harga gula dah naik..! Naik kerana kerajaan BN sangat bagus di mata 'makcik' orang kampung.

Cilaka punya Umno - BN. Pasal kebaikan kamu menaikkan baranglah, 'makcik' akan pangkah lagi 'kati' sampai makcik mamposs !! Betoi kaa ?? Umno terus bagus dimata orang kampung..tunggu PRU13..!

Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.

Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus. Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat. Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.

Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111