" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, March 28, 2010

Yahudi Kurang Ajar,Angkuh, Sombong…

Oleh IZMAS

DENGAN angkuh dan sombong, rejim Zionis di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu tidak memperduli bantahan Amerika Syarikat (AS) dan kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan pembinaan haram 1600 penempatan baru Yahudi di timur Baitulmaqdis. Malah rejim berdegil akan menambah bina 20 buah lagi rumah baru di tempat sama setelah diluluskan parlimen Israel tanpa memperduli kemarahan berterusan penduduk Palestin dan umat Islam seluruh dunia.

Kedegilan dan keangkuhan rejim Yahudi itu sudah menimbulkan kemarahan pentadbiran Barrack Obama yang enggan berunding lanjut dengan rejim itu selagi Israel tidak menghentikan segera pembinaan penempatan haram di Baitulmaqdis. Lawatan 2 hari Netanyahu ke Washington tidak mendapat layanan dan liputan istimewa seperti lazimnya yang menampakkan sambutan luarbiasa paling dingin diberikan pada sekutu rapat AS itu sejak berdekad yang lalu.

Beliau sebenarnya dipulaukan dalam lawatannya pentingnya ke Washington oleh Presiden Obama yang enggan berbincang panjang dengannya selagi beliau berkeras dan tidak mahu berkrompomi memberhentikan segera semua projek pembangunan haram di wilayah Baitulmaqdis yang dipertikai antarabangsa. Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon sudah memberi amaran keras rundingan damai Timur Tengah tidak akan disambung semula selagi rejim tidak segera menghentikan membina rumah baru di timur Baitulmaqdis.

Sehari sebelum bertemu Obama, Netanyahu dalam ucapannya di hadapan pertubuhan pelobi Pro-Israel dan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington, menegaskan bahawa Baitulmaqdis bukan wilayah penempatan Yahudi yang menjadi rebutan tetapi sebenarnya ibu negara Israel.

Beliau berkata, negara Yahudi itu tidak akan menyerahkan Baitulmaqdis kepada penduduk Palestin, sebaliknya menjadikan bandar suci itu sebagai ibu negaranya walaupun tidak diiktiraf dunia antarabangsa. Menurutnya, orang Yahudi membangunkan Baitumaqdis sejak 3000 tahun lalu dan akan terus membangunkannya sehingga hari ini. Katanya lagi, beliau hanya meneruskan dasar-dasar kerajaan Yahudi sejak 1967 apabila Israel menang dalam peperangan dengan jiran-jiran Arabnya, menawan timur Baitulmaqdis dan dijadikan sebagai sebahagian wilayahnya.

Kemarahan dunia tidak tertumpu kepada negara-negara Islam dan Washington saja. Britain sudah mengusir duta Israel di negara itu, Ron Proser atas tuduhan Agen Perisikan Rahsianya (Mossad) terlibat memalsukan passport palsu Britain dalam kegiatan merancang pembunuhan Komander Hamas, Mahmoud al-Mahbuh di sebuah hotel di Dubai pada Januari lepas. Perbuatan keji agen perisikan Mossad itu sudah memperkecil kewibawaan kedaulatan negara Britain dan seolah mempermain kebolehan pihak berkuasa keselamatan negara Inggeris itu di mata dunia.

Keangkuhan, kedegilan dan kesombongan bangsa Yahudi sudah lama diberitakan panjang lebar dalam AlQuran terutama Surah AlBaqarah. Mereka adalah dari bangsa yang tidak pernah bersyukur dan berterimkasih kepada segala pemberian, kesenangan dan pertolongan yang diberikan oleh Tuhan untuk kaumnya. Kaum mereka telah diselamatkan oleh Nabi Musa dari kezaliman Firaun yang ingin menghapuskan mereka, tetapi mereka tidak bersyukur dan tetap engkar dengan perintah Tuhan setelah diberi pertolongan.

Mereka mendakwa berasal dari darah keturunan Bani Israel yang melahirkan ramai nabi-nabi dan rasul yang dimuliakan dan bijaksana. Mereka mendakwa dari bangsa pilihan dan kaum selain mereka di dunia ini - termasuk bangsa Arab – adalah hina dan halal darahnya dibunuh dan dikorbankan.

Demikianlah sehingga Allah Yang Maha Mengetahui menurunkan Nabi Besar Baginda Muhamad SAW dari keturunan Arab Quraish - sebagai pesuruh terakhir yang dijanjikan - mereka tidak dapat menerima kerana Muhamad bukan dari keturunan Bani Israel. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Muhamad bukan dari keturunannya dan marahkan ketentuan Tuhan yang sudah dijanjikan.

Begitu angkuhnya pendirian mereka sehingga membuat berbagai rancangan dan perancangan ingin membunuh Nabi yang ditunggu itu - walaupun sedar dan sudah diberitahu dalam kitabnya - bahawa Nabi yang dijanjikan itu sebenarnya berasal dari susur galur keturunan yang sama. Baginda Muhamad SAW bermula dari darah Nabi Ismail (beribukan Siti Hajar) dan sepupu kepada Nabi Ishak (beribukan Siti Sarah). Keduanya putera dari bapa yang sama - Nabi Ibrahim Kalimullah yang amat dimuliakan Allah.

Begitulah angkuhnya Yahudi tidak mahu menerima Baginda Muhamad sebagai utusan dan pesuruh terakhir yang dijanjikan untuk semua kaum dan agama – termasuk kaum Yahudi - dan Islam adalah agama sebenar yang diterimaNya, bukan agama-agama lain seperti Kristian atau Yahudi. Seorang penganalisis politik terkenal berbangsa Yahudi yang agak krtikal dengan bangsanya sendiri berpendapat secara sinikal, kebanyakan masalah besar di dunia ini boleh diselesaikan apabila bangsa Yahudi dapat dihapuskan dari muka bumi ini.

Seorang bekas pensyarah sejarah di Maktab Perguruan yang sudah bersara pernah bercerita kepada penulis secara berseloroh bahawa dunia ini boleh menjadi aman damai jika bangsa-bangsa Yahudi, Kristian dan Islam boleh hidup bersama, bersatu hati dan mengikut suruhan Tuhan yang satu. Mereka semua gulungan ahli kitab dan menerima agama mereka dari utusan dan pesuruh yang diturunkan dari Tuhan yang sama seperti yang diceritakan dalam kitab suci.

Bolehkah mereka bersatu hati? Bolehkah bangsa Yahudi dan rejim Zionis itu yang terkenal zalim dan keras kepala itu mengalah - memulangkan semua wilayah yang sudah ditawan dalam peperangan tahun 1967 dulu kepada jiran-jiran Arabnya terutama wilayah suci Baitulmaqdis?

DetikDaily

APAKAH TRAGEDI NATRAH AKAN BERULANG DI SABAH?

RINDU.... Willney menunjukkan gambar Nana yang berada dalam pelukan adiknya. Manakala Julia (kiri) bersama anak dan adiknya yang turut menuntut Nana.

Oleh: SURIATI MAHMUD

TRAGEDI Natrah atau Rusuhan Maria Hertogh yang berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950 mungkin akan berulang di Sabah jika tidak ditangani dengan baik oleh Mahkamah Kanak-Kanak Lahad Datu sekiranya Fansyarina Abdullah @ Nana diserahkan kepada keluarga neneknya yang beragama Kristian.

Dalam Tragedi Natrah, mahkamah membuat keputusan bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya; sedangkan ketika itu Natrah yang sudah diIslamkan; telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Walaupun Natrah telah meninggal dunia Huijbergen, Belanda pada 9 Julai 2009 ketika berusia 72 tahun, namun Tragedi Natrah telah mengorban seramai 18 orang dan mencederakan 173 orang ketika bertempur dengan tentera dan polis British pada 1950.

Kini kes yang seakan serupa berlaku di Sabah apabila berlaku perebutan hak penjagaan terhadap seorang kanak-kanak, Fansyarina Abdullah @ Nana, 7, yang mangsa dera nenek kandungnya, Saniah Binti Basial di Felda Anjung Teduh Lahad Datu.

Fansyarina adalah anak keempat Ridah @ Nurul Fahana Binti Majusim, seorang wanita beragama Islam yang menetap di Kampung Tokurik Ranau dengan pasangannya, Podih @ Podih Tan Bin Dusun yang beragama Kristian (Roman Katholik).

Ridah telah bersekedudukan dengan Podih selama lebih enam tahun dan memperoleh lima orang anak, satu daripadanya meninggal dunia sebaik lahir; namun kesemua anaknya telah diserahkan kepada kaum kerabat dan keluarga angkat kerana Ridah tidak mampu memelihara anak-anaknya disebabkan Podih tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai seorang isteri sah yang beragama Kristian.

Setelah berpisah dengan Podih, Ridah mengikuti ibunya, Saniah Basial ke Felda Anjung Teduh Lahad Datu membawa bersama Fansyarina yang ketika itu berusia satu tahun dan dipelihara oleh ibunya yang turut mengalami masalah rumahtangga setelah bercerai dengan suaminya, Majusim Bin Lizun.

Di Lahad Datu, Ridah telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki tempatan berketurunan Suluk dan terpaksa ‘membuang’ anak-anaknya untuk menjaga agar tembelangnya tidak pecah kerana suaminya mengetahui Ridah adalah janda, tetapi bukan janda beranak lima!

Akibatnya, Fansyarina yang agak nakal dan aktif telah menderita dianiaya nenek kandungnya sendiri sehingga terpaksa menjadi ‘Hamba Abdi’ di dalam ‘Neraka’ ciptaan neneknya kerana ketika ditemui polis, Fansyarina dalam keadaan kaki dan tangan terikat dan dikurung dalam tandas serta mengalami luka baru dan parut lama akibat lama didera nenek dan keluarga ‘angkat’nya.

Kini Fansyarina dipercayai telah berada dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di suatu tempat selamat yang diwartakan sementara menunggu perintah mahkamah selanjutnya; terutama berhubung tuntutan hak penjagaan daripada keluarga terdekat ibunya yang beragama Islam dan Kristian.

Salah seorang ibu saudaranya, Willney Binti Luis, 29, yang bergegas ke Lahad Datu sebaik sahaja mengetahui kes penderaan tersebut, bertekad untuk mengambil Fansyarina atas alasan telah memelihara abang Fansyarina bernama Firdaus kerana dia hanya mempunyai seorang anak; apatah lagi hanya dia yang beragama Islam berbanding saudara mara lain yang masih beragama Kristian.

“Oleh kerana Nana (Fansyarina) beragama Islam, maka saya rasa amat wajar untuk menuntut dia kerana dia pernah berada dalam jagaan kami di kampung Sagindai Baru, Ranau. Abangnya (Firdaus) yang tinggal bersama kami turut mendesak saya mengambil adiknya,” ujar Willney yang mengakui mendapat tahu kes penderaan melalui akhbar dan portal Sabahkini.net.

BUKTI....Fansyarina dalam jagaan selamat Willney sebelum diambil neneknya. Kanak-kanak lelaki di sebelahnya dipercayai Firdaus, abang Nana bergambar bersama adik Willney.

Willney turut menunjukkan gambar Fansyarina yang mesra dan dalam keadaan sihat walafiat sewaktu dalam jagaannya; sekalipun tidak menyangka Saniah akan menyiksa cucu sendiri.

Walaupun Saniah adalah ibu mertuanya, namun Willney ingin menebus dosa ibu mertuanya itu dengan memberi penjagaan sempurna kepada Nana jika dibenarkan Mahkamah atau Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

“Nana beragama Islam dan saya fikir lebih selamat bersama saya kerana dia biasa dengan saya berbanding nenek saudara dan ibu saudaranya yang lain,” ujar Willney yang bernikah dengan anak Saniah, Junior Majusim dan kini menetap di kampung Sagindai Baru, Ranau, Sabah.

Bagaimanapun hasrat Willney mungkin ditentang keras oleh nenek saudara Nana, Julia Basial yang begitu bersemangat mahu mengambil Nana kerana berpendapat menyerahkan Nana kepada Willney tidak akan menyelesaikan masalah kerana bimbang kejadian yang menimpa Nana akan berulang.

“Sama juga itu kalau kasi balik sama Willney. Dia itu menantu kakak saya, Saniah. Saya takut Nana akan tersiksa lagi. Walaupun dia menjaga Firdaus dengan baik, tapi belum tentu dia dapat menjaga Nana kerana dia pun ada anak juga,” tegas Julia yang menentang keras hasrat Willney kerana bimbang tujuan pengambilan Nana hanya untuk menutup kes penderaan yang dilakukan ibu mertuanya.

Kata Julia, beliau tetap kesal dengan tindakan kakaknya menyiksa Nana dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan kerana beliau hanya menumpukan usaha untuk mendapatkan hak penjagaan bagi Nana.

“Dia waris kami. Walaupun dia tidak berkahwin secara sah dengan Podih, tetapi Nana tetap darah daging kami dan sudah pastinya dia akan kembali kepada agama asal bapanya,” ujar Julia yang mengakui mereka adalah penganut Kristian yang taat kepada agama mereka.

Sekalipun Podih kini berada di Pusat Pemulihan Dadah, namun Julia yakin anak saudaranya itu akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan setelah keluar daripada Pusat Pemulihan kerana selain Nana dan tiga beradiknya, Podih mempunyai seorang anak lagi.

Kata Julia, sejajar dengan kebebasan beragama, beliau merayu agar Nana kembali kepada agama asal keluarganya kerana masih berada di bawah umur, apatah lagi ibu kandungnya, Ridah telah menyerahkan Nana kepada mereka sebelum ‘dipinjam’ Saniah yang kesunyian setelah bercerai dengan suaminya.

“Saya tidak sekali-kali menyangka kakak saya akan menyiksa cucunya sendiri. Saya sangka Nana selamat dalam pemeliharaannya sehinggalah kami terbaca akhbar dan dihubungi pemimpin kami berhubung insiden tersebut,” ujar Julia yang akan memfailkan permohonan di Mahkamah Anak Negeri Ranau untuk mendapatkan hak penjagaan yang sah bagi memastikan masa hadapan Nana cerah.

Namun Julia mungkin menghadapi halangan daripada Mahkamah Syariah kerana sudah pastinya Willney akan mempertahankan Nana yang beragama Islam kerana Ridah juga telah menyerahkan Nana kepadanya sebelum diambil kembali Saniah setahun lalu.

Oleh kerana semangat toleransi dan kebebasan beragama diamalkan di Sabah tidak sefanatik penganut agama Islam di Semenanjung Malaysia, maka Julia dan Willney berharap mereka akan dapat menyelesaikan isu berkenaan dengan sebaik mungkin untuk memastikan Tragedi Natrah tidak berulang di Sabah.

sabahKini

MICHAEL CHIA BAWA SAMSENG KE MAHKAMAH?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KEHEBATAN adik angkat Datuk Seri Musa Aman, Michael Chia Tien Foh @ Mikhael Aman semakin terserlah sejak dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) atas tuduhan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis, 14 Ogos 2008; setaraf dengan artis pujaan ramai seperti Michael Jackson.

Walaupun Mahkamah Sandakan mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi pelanggan, namun Mikhael Aman yang sebelum ini menggunakan kedudukannya untuk mengelak gambarnya diambil jurufoto Sabahkini.net telah menyelinap keluar daripada Mahkamah Sandakan melalui laluan hakim dengan subahat seorang pegawai kanan polis.

Pada perbicaraan 25 Mac 2010, Mikhael Aman sekali lagi membuat kejutan dengan membawa pengawal peribadi yang dikenalpasti sebagai ‘Samseng’ di Sandakan bagi mengelak diburu wartawan dan jurufoto Sabahkini.net yang mengikuti kes perbicaraan rasuah beliau di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan.

Walaupun kes berkenaan diketahui media, namun hanya satu sahaja media cetak aliran Cina dan media maya Sabahkini.net yang membuat liputan kes berkenaan yang cuba ditutup daripada siaran media dengan pelbagai ancaman dan ugutan; terutama Mikhael Aman yang bertindak di luar batasan dengan mengupah samseng untuk menakutkan media.

BENGIS... Sai Pao menunjukkan wajah bengisnya terhadap jurofoto Sabahkini.net ketika keluar daripada mahkamah untuk makan tengah hari.

Tidak diketahui apa sebabnya Mikhael Aman begitu gentar gambarnya dirakam sedangkan wajahnya mirip ‘Michael Jackson’ dan dia sendiri mempunyai peminat yang ramai terutama di Kelab Malam dan Yayasan Sabah kerana mampu membeli perkhidmatan mereka dengan wang yang beliau ada.

Sebelum Mikhael Aman datang ke kompleks Mahkamah Sandakan, ‘Macai’nya, Frank Han Kan Kong telah berkerja keras untuk melaporkan bahawa ada media dan jurufoto Sabahkini.net yang menantinya dengan lensa zoom yang panjang dan turut menghindarkan diri apabila gambarnya cuba dirakam.

Akibatnya Mikhael Aman terpaksa menyembunyikan mukanya di sebalik kertas prosiding mahkamah dan dikawal ketat oleh empat orang ‘kaki pukul’ bagi mengelak gambarnya dirakamkan jurufoto Sabahkini.net yang bersedia sejak jam 8 pagi.

Walaupun disergah dan cuba diganggu oleh ‘Pengawal Peribadi’ yang diketuai Sai Pao @ Chan Mun Bang, namun jurufoto Sabahkini.net, Serman Hassnar tetap menjalankan tugas merakam lebih 3,000 gambar Mikhael Aman sepanjang hari berkenaan.

Dalam keadaan keletihan, Sai Pao hampir tertidur dibangku panjang di luar bilik perbicaraan sebelum disergah oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan datang untuk mendengar kes perbicaraan berkenaan dan muak dengan sikap Sai Pao menunjukkan samseng di Mahkamah.

Sai Pao menunjukkan belang sebenar sebagai 'Pengecut' apabila mengatakan, "Maaf kami hanya cari makan," ketika penduduk tersebut mencabar Sai Pao dan orang suruhannya menunjukkan 'anak jantan' di luar mahkamah.

Walaupun Serman tidak hadir pada 26 Mac kerana ada tugas lain yang mendesak di Kota Kinabalu, namun Mikhael Aman menambah dua lagi pengawal peribadinya menjadikan kesemuanya enam orang yang bermuka bengis dan bertatoo setelah menukar dua pengawal peribadi yang kelihatan gagal ‘mengajar’ jurufoto Sabahkini.net.

Sepanjang perbicaraan pada 25 Mac, Mikhael Aman dan pengawal peribadinya sentiasa diburu lensa kamera Sabahkini.net sehingga mereka kelihatan begitu alergik apabila melihat lensa panjang dihalakan ke muka mereka sama ada dari dekat atau jauh.

Sebaik sahaja memasuki kereta yang diletakkan di luar kompleks mahkamah, Sai Pao menunjukkan sikap samsengnya dengan memaki hamun Serman dan wartawan Sabahkini.net yang membuat liputan kes perbicaraannya sebelum memecut laju dengan kenderaan milik Mikhael Aman.

HUBUNGAN...Apakah wujud hubungan rahsia antara Kevin (kiri), Lue Sue Seng (tengah), Sai Pao (kanan) dan Frank Hank (hadapan) dengan Mikhael Aman kerana mereka kelihatan mesra dan mempunyai tugas masing-masing setelah Albert Lim gagal membeli pegawai SPRM untuk menutup kes berkenaan?

Sesuatu yang agak mengejutkan berlaku apabila Pegawai Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morrais dan krewnya tiba di Mahkamah Sandakan setelah mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari kerana mereka menaiki sebuah Ninja King yang dipandu oleh Lue Sue Seng, Kroni Musa Aman.

Sebelum ini, Lue Sue Seng adalah musuh ketat Musa Aman kerana telah dianiaya dan dicederakan oleh seorang pemimpin UMNO sehingga menyebabkan beliau membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang Musa Aman dalam pilihanraya DUN Sibuga pada 2004.

Akhirnya, Lue Sue Seng terpaksa tunduk kepada kehebatan Musa Aman dengan merujuk kembali dan mencium tangan musuh ketatnya setelah gagal menewaskan Musa Aman dalam pilihanraya ataupun mengelincirkan pengaruh Musa Aman di Sandakan.

Apa agenda Kevin Morrais dan krewnya menaiki kenderaan Lue Sue Seng sedangkan SPRM mempunyai kenderaan sendiri? Wajarkah Kevin digugurkan daripada mewakili SPRM kerana seolah-olah termakan budi ‘Musa Aman’ dan gagal menyerlah di mahkamah.

Siapa yang mengupah Lue Sue Seng mempelawa Kevin dan krewnya menaiki Ninja King dan membelanja mereka makan tengah hari sebelum mahkamah menyambung sidang pada jam 2.30 petang, 25 Mac 2010?

Mungkin tiba masanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad membuat rombakan sebelum Kevin tewas sekali lagi di mahkamah sebagaimana tewasnya beliau dalam kes Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yussof

SabahKini

Tareq umpamakan Hasan Al-Banna bintang di langit

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Ketokohan Hasan Al-Banna masih bersinar sehingga disanjung oleh cucu sendiri, Tareq Ramadhan, walaupun beliau hebat diasak pertanyaan berbentuk provokasi oleh wartawan Barat di Jakarta sebelum ini.

"Ketika Hasan Al-Banna dijenamakan sebagai fundamentalis, ganas tetapi Tareq Ramadhan tetap pertahankan datuknya itu," demikian menurut pengerusi Alam Raya Enterprise Sdn Bhd M Aktifanus Jawahir.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran buku berjudul 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna' dan buku 'Dari Semenanjung Gaza, Ayat-Ayat Allah Berbicara' oleh M L Nur Aulia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

"Wartawan Barat itu bertanya Tareq Ramadhan, datuk kamu (Hasan Al-Banna) adalah seorang fundamentalis, tapi kamu moderate," kata beliau ketika menceritakan peristiwa itu.

Tetapi, tambah Jawahir, Tareq Ramadhan mengambil sikap merendah diri terhadap kehebatan datuknya itu.

"Mereka bertanya soalan berbentuk serangan ke atas Tareq Ramadhan, cucu Hasan Al-Banna lalu Tareq jawab datuk saya bagaikan bintang-bintang yang bersinar di langit, dan saya ini adalah debu-debu yang tiada apa-apa.

"Begitulah bagaimana cucu Hasan Al-Banna sendiri yang berjaya menjawab soalan wartawan Barat itu dengan pintarnya. Ia hasil asuhan serta didikan sejak zaman berzaman menerusi tarbiah Al-Banna terhadap ahli keluarganya," kata beliau.

Tambah Jawahir, walaupun sibuk dengan urusan dakwah, namun Hasan Al-Banna tetap mengutamakan kehidupan keluarganya.

"Hasan Al-Banna, mujahid ulung, ulamak besar mencintai kedamaian, katanya dunia ini akan hanya aman apabila dunia dipimpin Islam. Tetapi, dia tetap menitikberatkan pendidikan anak-anaknya misalnya pengajian ilmu matematik dan akhirnya kita melihat semua anak-anaknya menjadi insan yang terbaik pada zamannya," kata beliau lagi.

Sementara itu, dalam acara yang sama, penulis M L Nur Aulia berkata, buku yang menceritakan keperibadian cinta isteri Hasan Al-Banna ini bertujuan mendorong ibu bapa berusaha bagi memastikan agar setiap ahli keluarga mereka akan bertemu semula di dalam syurga kelak.

"Kita ingin supaya di akhirat nanti, kita semua akan dipertemukan semula di syurga bersama ahli keluarga. Dalam buku ini, kita melihat Al-Banna masih menumpukan hal keluarganya walau sibuk dengan urusan dakwah di luar.

"Walau jadual Al-Banna itu penuh dengan kesibukan yang luarbiasa, tapi urusan keluarga beliau tetap menjadi keutamaan," kata Nur Aulia lagi.

Selepas buku pertamanya menjadi 'best-seller, beliau berkata, buku tentang pengorbanan cinta isteri Hasan Al-Banna adalah buku yang akan menjadi pelengkap kepada kisah kekeluargaan Hasan Al-Banna ini.

"Tiada tokoh besar yang lahir ke dunia ini, melainkan urusan beliau itu mestilah disokong oleh seorang isteri yang baik. Jadi, kedua-dua buah buku ini, (Cinta di rumah Hasan al-Banna dan Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna) adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain," kata Nur Aulia lagi.

EraPakatan

Pendidikan percuma matlamat Pakatan Rakyat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Eupharates) iaitu sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: 'Mudah-mudahan akulah yang terselamat itu'. Di dalam riwayat lain ada disebutkan: 'Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ, janganlah dia mengambil sesuatu pun daripada harta itu'." (H.R. Bukhari-Muslim)

MASA depan negara bergantung kepada generasi mudanya. Mereka wajar mendapat pendidikan terbaik termasuk bimbingan kerohanian bagi membolehkan generasi akan datang memberi sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan tanah airnya.

Namun demikian, kos pendidikan semakin lama semakin tinggi, suatu hari nanti dikhuatiri tidak mampu ditanggung golongan sederhana sekalipun. Perkembangan ini sungguh membimbangkan kerana pendidikan sebenarnya adalah keperluan asas yang didambakan setiap rakyat.

Mengapa kos yang dikenakan ke atas anak bangsa berterusan naik sedangkan negara didakwa sebagai paling berkembang maju dan dinamik di kalangan negara-negara sedang membangun? Malah ada pemimpin mendakwa Malaysia sudah mencapai taraf negara maju.

Hakikatnya, di banyak negara maju seperti Britain, pendidikan adalah percuma sedangkan ibu bapa di negara kita dikenakan bayaran yang berterusan bertambah pada sesi baru persekolahan.

Pada penggal baru Januari lalu, pelbagai bayaran persekolahan dinaikkan; antaranya bayaran makanan pelajar sekolah asrama yang dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 sehari (membabitkan ibu bapa berpendapatan lebih RM5,000 sebulan). Kementerian Pelajaran turut mengurangkan jumlah hari peruntukan makanan kepada pelajar kononnya sebagai langkah penjimatan.

Berikutan bantahan pelbagai pihak termasuk parti politik gabungan Pakatan Rakyat, Kementerian Pelajaran akhirnya menambahkan peruntukan makanan pelajar di sekolah berasrama daripada 200 hari kepada 240 hari setahun.

Ini bermakna pelajar sekolah asrama termasuk berasrama penuh tidak perlu lagi pulang setiap minggu atas alasan makanan tidak disediakan. Kini ada sekolah berasrama penuh menetapkan pelajar wajib pulang bermalam pada hujung minggu sekali saja dalam sebulan.

Sebelum ini pelbagai pihak terutama ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati kerana anak-anak mereka terpaksa pulang hampir setiap minggu kerana pengurusan asrama tidak dapat menyediakan makanan pada hujung minggu kerana tiada peruntukan kerajaan untuk tujuan itu.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Salahuddin Ayub, ketika diwawancara penulis berhubung kejayaan desakan rakyat ini, berkata perkembangan itu membuktikan bahawa betapa pentingnya rakyat menghantar lebih ramai wakil Pakatan di Dun dan Parlimen bagi membolehkan suara dan kepentingan mereka didengar pihak pemerintah.

Katanya, suara rakyat yang kuat amat diperlukan kerana apabila bantahan dibuat terhadap tindakan kerajaan yang mengetepikan kepentingan rakyat, ia akan lebih berkesan dan mempunyai peluang lebih besar untuk berjaya.

“Kita tahu pengurangan peruntukan makanan di sekolah asrama itu telah mendatangkan kesan berganda kepada ramai ibu bapa. Mereka terpaksa bersusah payah mengambil anak masing-masing pada hujung minggu manakala yang terus tinggal di asrama perlu membayar sendiri untuk makanan. Ini semua akan meningkatkan perbelanjaan rakyat,” katanya.

“Sebenarnya, Pakatan Rakyat bukan saja berjuang untuk penambahan hari penyediaan makanan di asrama itu, tetapi apa yang kami hasratkan adalah memberi PENDIDIKAN PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia, daripada peringkat tadika sehinggalah ke pengajian ijazah pertama,” kata beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Salahuddin berkata pendidikan percuma itu adalah antara perkara terbesar akan cuba dilaksanakan Pakatan Rakyat apabila berjaya menguasai kerajaan Pusat; oleh itu seluruh rakyat perlu menyatakan sokongan termasuk pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan dua tiga tahun lagi.

Katanya, pendidikan percuma itu adalah berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang mana antara lain menyatakan hak bumiputera untuk berdaya saing dengan kaum lain; salah satu carannya melalui pendidikan.

“Kami di Pakatan Rakyat bercadang melanjutkannya kepada semua kaum; semua pihak terutama pelajar yang memerlukan akan dibantu sepenuhnya agar semua rakyat berpeluang mendapat pendidikan daripada tadika sehinggalah ke pengajian tingggi,” katanya.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS, yakin berdasarkan perolehan negara termasuk melalui pencukaiannya dan keunungan puluhan bilion ringgit oleh Petronas, membolehkan rancangan pendidikan percuma itu dijayakan.

Menurut beliau jika kerajaan mentadbir kewangan negara dengan telus, tidak timbul soal untuk memotong peruntukan dengan banyaknya dalam bidang pendidikan.

“Mengapa perlu dikorbankan generasi muda sedangkan mereka inilah yang akan memimpin negara pada masa depan,” katanya.

Katanya, penekanan Pakatan Rakyat kepada pendidikan ini kerana berpendapat ia satu tanggungjawab sosial dan kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh culas dalam bidang ini. “Tiada kompromi dalam soal pendidikan rakyat ini,” tegas beliau.

Selain pendidikan, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, berkata Pakatan Rakyat memperjuangkan agar rakyat mendapat rawatan kesihatan terbaik dengan yuran minimum kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyatnya.

Beliau menyatakan kurang senang dengan perkembangan semasa di mana kerajaan dilaporkan bercadang menswastakan bahagian-bahagian tertentu di hospital dan pusat kesihatan.

Katanya, bidang kesihatan adalah tanggungjawab sosial kerajaan dan menjadi hak rakyat untuk mendapat rawatan terbaik, terutama di kalangan golongan veteran yang telah banyak menabur jasa kepada perkhidmatan kerajaan.

Katanya, pelbagai langkah penjimatan termasuk catuan ubat-ubatan seperti dilakukan sekarang, menunjukkan bahawa kerajaan menghadapi masalah serius dalam bidang ini. Ketika ini banyak farmasi kerajaan menyediakan tong plastik di kaunter bagi menggalakkan pesakit memulangkan ubat-ubatan yang tidak habis mereka gunakan.

Salahuddin percaya perkara ini tidak berlaku jika kerajaan telus dalam perbelanjaannya termasuk pembayaran ‘bail out’ dan menjayakan projek mega yang diberikan kepada kroni-kroni tertentu.

“Seperti bidang pendidikan, kesihatan rakyat juga perlu menjadi keutamaan. Bagi saya tiada kompromi dalam bidang-bidang ini,” kata bintang muda yang menyinari politik tanah air itu.

Lanh14

ADUN PR janji hadir sidang DUN: Nizar

Semua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) negeri ini akan hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac ini.

Bagaimanapun, ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka menyatakan kehadiran itu setelah menerima surat panggilan sidang DUN daripada bekas Speaker DUN, V Sivakumar. Katanya, mereka juga turut menerima notis sidang DUN daripada Speaker DUN, R Ganesan

“Kita sudah menyerahkan sebanyak 216 soalan bertulis dan lisan kepada Sivakumar serta bahagian Dewan Negeri untuk disediakan jawapan ketika sidang DUN berlangsung pada 30 Mac ini.

“Di samping itu, kita juga mengambil keputusan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ganesan supaya mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mac di Dewan Bandaran Ipoh bagi membincangkan perihal perjalanan sidang supaya berlangsung dengan aman, dapat membangkitkan segala masalah rakyat dan memikirkan hala tuju secara bersama demi kemajuan negeri,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pas di sini, semalam.

Hadir sama, ADUN Tronoh, Sivakumar; ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Lubok Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof, ADUN Sungkai, A Sivanesan, ADUN Keranji, Chen Fook Chye, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, ADUN Selinsing, Husin Din, ADUN Semanggol Ramli Tusin, ADUN Aulong Yew Tian Hoe, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Mohamad Nizar berkata, PR negeri itu sepakat meminta Ganesan dan Dr Zambry melanjutkan sidang DUN sehingga lima hari iaitu 30, 31 Mac, 1, 5 dan 6 April bagi memberi ruang serta peluang kepada semua ADUN membincangkan hal berbangkit khususnya berkaitan rakyat.

Katanya, peruntukan dua hari untuk bersidang adalah tempoh singkat, malah tidak sempat membentang dan membahaskan segala masalah yang dikemukakan untuk kepentingan rakyat serta negeri.

“Kita mahu buktikan yang wakil rakyat PR berkhidmat untuk rakyat, sebab itulah kita meminta supaya sidang DUN dilanjutkan kepada lima hari iaitu tempoh sesuai bagi perjalanan persidangan DUN.

“Kalau sekadar dua hari, kita tidak sempat membincangkan segala masalah yang dibentangkan oleh Ahli Dewan, walhal tujuan bersidang adalah untuk rakyat dan negeri,” katanya.S/H

Detikdaily

Berhati-hati dengan sisi jahatnya manusia mati akal

Marilah kita baca petikan dalam “Thick Face, Black Heart” (oleh Chin-Ning Chu, Warner Books, 1992, halaman 242). Chin bercakap tentang “ The Theory of Polarity”:

I) Takrif

Sebelum itu marilah kita cari takrif, beberapa perkataan kunci:

‘Polarization”. Akar katanya atau perkataan akarnya ialah “polar” iaitu “di atau dekat Kutub Utara atau Kutub Selatan”. Sementara “polarize” membawa maksud “mengutubkan; terbahagi kepada dua kumpulan yang bertentangan pendapat.”

“Bigotry” bermakna: “Pentaksub; pendegil; orang yang berpegang kuat pada pandangannya tanpa menghiraukan hujah, pendapat atau pandangan orang lain.”

“Abhorrent” kata akarnya ialah “abhor” untuk “meluat”. “Abhorrent” membawa makna “yang sangat dibenci, menjijikkan .”

II) Petikan dalam bahasa Inggeris

“ A former grand wizard of the Ku Klux Klan, David Duke rapidly climbed the political ladder and became a serious contender for the Louisiana governer’s office by utilizing the power of racial polarization. Although his political point of view is abhorrent to most Americans, he till drew the attention of the entire nation and an astonishing number of Louisiana voters.

As long as prejudice and bigotry exist in our society, polarization will be a powerful tool. By utilizing the dark side of human spirit and dividing people against one another, you can effectively generate a support base to promote your objectives.

Although the concept of polarization is usually frowned upon, in reality this venerated power is used by all levels of society. Therefore, we do not have the luxury of being ignorant of this force. It is important for us to learn the art of polarization in order to recognise it and avoid falling victim to it. Mastering this force will enable us to accomplish our worthy objectives.

The reality is that you cannot win over everyone’s heart and mind. If you can get half out of the population to support your cause, even if the other half despises it, you are assured of being on the path to victory.”

III) Intipati petikan di atas dalam bahasa Melayu, kira-kira begini:

a) Jaguh sihir Ku Klux Klan, KKK, David Duke yang menjadi pesaing hebat sebagai calon Governor Louisiana telah meningkatkan pengaruhnya dengan menggunakan isu-isu perkauman. Walaupun pandangan perkaumannya begitu dibenci oleh rakyat Amerika tapi bapa perkauman ini mendapat undi yang besar daripada para penduduk Louisiana.

b) Selagi sifat-sifat berprasangka dan pentaksub wujud dalam masyarakat, polarisasi tetap menjadi senjata yang ampuh untuk seseorang itu membina pengaruhnya dalam masyarakat ― dengan memanfaatkan sepenuhnya sisi-sisi jahatnya manusia.

c) Walaupun biasanya konsep polarisasi ini dicemuh, namun kuasa yang disanjungi/dihormati ini digunakan di pelbagai peringkat masyarakat. Oleh sebab itu janganlah sampai kita tidak memahami pengaruhnya sehinggakan terpedaya olehnya. Kita mestilah belajar mengenali polarisasi ini supaya kita tidak menjadi mangsanya. Menguasai kuasa dan pengaruh polarisasi ini memudahkan kita mencapai matlamat murni kita.

d) Realitinya ialah : Kita tidak boleh menawan hati dan fikiran setiap orang. Namun begitu, jika kita dapat memenangi separuh daripada mereka untuk menyebelahi kita, dan bakinya sangat membencikan kita kita menuju jalan kemenangan.

Dinsman

Saya Bukan Anti Islam/Melayu, Saya Anti BN

Oleh Sofi Wahab

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng berkata beliau tidak anti Islam atau Melayu sebagaimana tuduhan Umno tetapi beliau anti BN."Saya bukan anti Melayu, saya bukan anti Islam tetapi saya anti BN kerana BN melakukan banyak perkara kotor seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain".

"Tidak timbul soal saya anti Islam dan Melayu sebagaimana tuduhan Umno dan BN" katanya.Beliau turut mendedahkan bahawa Gerakan pula menuduh beliau anti bukan Melayu kerana merobohkan gerai orang Cina di Pulau Pinang.


"Macam ini susahlah saya dituduh anti Melayu dan Islam oleh Umno dan dituduh pula anti Bukan Melayu oleh Gerakan".

"Saya bukan anti Melayu atau Bukan Melayu tetapi anti BN" tambahnya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat anjuran DAP Melaka di Dewan Sekolah Cina Pay Fong di Bandaraya Melaka malam tadi.

Baru-baru Umno menuduh saya anti Melayu kerana merobohkan gerai Melayu di Pulau Pinang.

"Saya hendak beri tahu gerai Melayu yang dirobohkan hanya 30 peratus, 70 peratus lagi adalah gerai bukan Melayu, itu semua kerana mereka tidak mengikut peraturan"

"Kalau 30 peratus gerai Melayu dirobohkan 70 peratus gerai bukan Melayu adakah itu dikatakan anti Melayu" soal Guan Eng

Beliau juga hairan bagaimana beliau dituduh sebagai anti Islam sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sehingga RM24.5 juta dalam bajet 2010.
"Semasa rakan baik saya, Koh Tsu Kon menjadi Ketua Menteri, Bajet pada tahun 2008 untuk Islam adalah RM12.5 juta, bila kita menang bajet 2009 ialah RM20 juta dan bajet 2010 pula ialah RM24.5 juta, hampir satu kali ganda berbanding bajet BN, adakah ini menunjukkan saya anti Islam"

"Kalau saya bagi bajet RM24.5 juta dikatakan anti Islam, jadi Koh Tsu Kon bagi bajet untuk Islam hanya RM12.5 jadi Koh Tsu Kon ini anti apa?" kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Turut berceramah pada program itu ialah Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo, Adly Zahari, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Anthony Loke dan Sim Tong Him.

Orang ramai penuh sesak memenuhi Dewan tersebut. Derma yang berjaya dikutip ialah kira-kira RM8,000.

Pesta pembelaan Zionis Selasa ini di Parlimen?

Oleh Penarik Beca

mStar Online hari ini melaporkan berita bertajuk "Generasi muda waspada taktik halus pihak asing - Tun M". Saya membaca peringatan itu membawa makna "generasi muda waspada taktik halus pihak asing seperti Apco Worldwide".

Sebelum Jepun datang menyerang Malaysia, sejarah menceritakan ramai orang Jepun yang datang ke negara ini konon sebagai peniaga. Ada yang jadi tukang baiki kasut.

Apco tidak sekadar datang sebagai tukang baiki kasut. Berita Bernama 18/3/10 bertajuk "Apco tidak ada peranan dalam pewujudan konsep 1Malaysia", memetik kenyataan firma Zionis itu:

"Tugas APCO termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai".

Dalam posting bertajuk "Orang pakat dok kata 'Umno dan judi berpisah tiada'", saya tulis:

Dan dengan pengambilan Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh jadi orang heboh pula "Umno dan Yahudi berpisah tiada". Maklumlah, dulu ambil Saatchi & Saatchi.

Pengambilan firma Zionis seperti Apco membuktikan Najib dan Umno tidak teragak-agak melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kesedapan kuasa gerombolan itu yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai parti perasuah.

Firma Zionis memang jahat, tetapi lebih jahat lagi gerombolan yang tergamak mengambil Zionis kerana gila kuasa.

Apa-apa pun, kita menanti pakah yang akan berlaku Selasa ini di Dewan Rakyat. Adakah akan berlaku pesta membela Zionis? Adakah akan keluar ayat-ayat tongong? Adakah ada yang akan kata, "sebenarnya Apco ni tidaklah seperti yang dibohongi pembangkang?"

Wahai Allah Yang Maha Suci lagi Maha Agung, mengapa ada yang menyokong dan ada pula yang mahu berunding dengan pak yet Zionis?

Berkaitan:
APCO and Najib: Beneath the veil of public relations (Malaysia Today 28/3/10)


http://penarikbeca.blogspot.com

‘Magnet Cinta’ bawa erti sebenar cinta remaja

Hazayani Zakaria

Allah SWT menciptakan cinta ke dalam hati manusia agar kita menjadi hambaNya, dan khalifah di muka bumi ini untuk sama-sama memakmurkannya.

Selagi manusia menggunakan cinta untuk tujuan itu, selagi itulah cinta itu selamat dan memberi kebahagian kepada kita di dunia dan akhirat.

Itu antara intipati pengisian dalam Coffee Talk: Magnet Cinta yang disampaikan kolumnis terkenal beberapa majalah tanah air, Pahrol Mohd Joui di Kolej Islam Antarabangsa (IIC) baru-baru ini.

Pahrol yang kini merupakan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. berkata, cinta yang sebenar adalah apabila kita mencintai Allah SWT lebih dari segala-galanya.

“Pertama, cinta kepada Allah. Inilah kebaikan. Cinta itu indah kerana yang mencipta cinta ialah yang maha indah.Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sebab itu jika seseorang itu tidak merasa indah dengan cinta, bukan cinta itu tidak indah, tapi kerana hati dia ada masalah,” katanya.

Ujarnya, seseorang yang tahu menggunakan cinta yang dianugerahkan Allah, akan menjadi seorang yang berjaya dan optimis dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Cinta itu kalau tepat pada masanya, tepat siapa yang kita cintai itu, ia adalah kuasa yang tidak dapat ditegah , tidak dapat dihalang dan tidak dapat dicegah.

“Kalau kita mencintai sesuatu yang baik maka kita akan terarah kepada kebaikan. Kita akan menjadi pejuang kepada kebenaran, dan tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada melaksanakan jihad dan kebenaran dalam kehidupan kita, iaitu cinta kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, remaja sering menyalah ertikan definisi cinta sehingga membiarkan diri mereka hanyut dalam hasutan syaitan yang sentiasa mehu memesongkan akhlak dan sahsiah mereka.

“Cinta itu bukan tujuan, tapi hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi alat. Remaja harus tahu meletakkan cinta di tempat yang betul. Jika asyik dilamun cinta sesame manusia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak, itu bukan cinta namanya. Islam tidak mengajar begitu,” katanya.

Coffee Talk: Magnet Cinta merupakan salah satu program dalam Kempen 'One Love: Love Enlighten The Darkness' yang dianjurkan sempena festival konvokesyen kolej berkenaan baru-baru ini.

Koordinator program, Nurul Syahirah Mohd Jamil berkata, kempen berkenaan memilih 'cinta' sebagai tema memandangkan ia satu subjek yang dekat dengan mahasiswa berusia 20-an dan dalam menerapkan soal cinta ke dalam diri mahasiswa, mereka harus meletakkan rasa cinta yang sebenar kepada pencipta, Allah SWT.

"Sebelum kita mengenali diri sendiri, kita mesti mengenal Allah SWT dahulu," katanya.

Kempen anjuran Persatuan Khalifah Muda dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab dan Unit Kaunseling itu diadakan selama seminggu dengan diwarnai beberapa program menarik.

Selain Coffee Talk: Magnet Cinta, turut dipersembahkan kepada mahasiswa ialah tayangan video “Laskar Pelangi”, Musical Talk: ‘Atas Nama Cinta’ dan Teh Tarik and Nasi Lemak Discussion: ‘Dare to Love’.

Tayangan video ‘Laskar Pelangi’ berjaya menggamit minat hampir 80 orang penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar kolej dan orang awam. Tayangan yang berlangsung kira-kira selama 2 jam 45 minit dilihat cukup bermanfaat dengan pengisian tentang zaman persekolahan dan perjuangan dua orang guru untuk mengekalkan sekolah tersebut daripada terkubur begitu sahaja.

Perbincangan menerusi program Teh Tarik and Nasi Lemak Discussion dalam suasana santai ala kopitiam juga berjaya menarik kehadiran mahasiswa.

Panelis yang dijemput juga merupakan panelis yang berpengalaman dan penyampaian mereka itu begitu dekat dengan remaja. Panelis bukan sahaja berpengalaman dalam mengendalikan masalah-masalah yang dibincangkan namun berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan ini membuatkan para penonton begitu khuyuk dan yakin dalam menghadapi masalah mereka.

Sebagai rumusan kepada minggu kempen ini, remaja yang terlibat dan hadir ditekankan tentang erti cinta yang sebenar iaitu cinta yang paling agung adalah cinta pada Sang Pencipta, Allah SWT.

Harakahdaily

Pelacur politik dan kuman Siplis

Tuanku Yang DiPertuan Agong didalam titah perasmian telah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan. Baginda kecewa sikap sesetengah Ahli Parlimen yang tak dapat menjadi contoh yang baik semasa berbahas dalam sidang Parlimen.

Saya tak pasti apa dan siapa yang dimaksudkan.Tetapi apabila membicarakan soal adab dan kesopanan kita tidak boleh hanya melihat tingkah laku sesaorang ahli Parlimen ketika berbahas,sedang tingkah laku tindakkan Ahli Parlimen diluar dewan juga merupa perkara penting untuk dinilai .

Contohnya soal hubungan dengan rakyat,soal amanah dari mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat termasuk melompat parti suatu perbuatan bukan sekadar tidak sopan tetapi mencabuli amanah rakyat. Tindakkan itu juga telah mencemar nama baik Dewan Parlimen.

Parlimen tak boleh mengizinkan Ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah .Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat bukan atas nama diri mereka. Mereka bolih untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan Ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.

Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat.Kepada pelacur politik seperti Zaharin dan rakan sewaktu dengannya jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siplis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini.

Dato'Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen P.Sena.

Bantulah Insan Ini !!!

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Rupa-rupanya rasa pedih, sakit dan ngilu yang dideritai rakan saya, Ahmad Lutfi Othman itu belum reda. Keperitan yang ditanggungnya itu masih belum kebah-kebah. Dan, ketika mendengar ceritanya, apatah lagi melihat gerak badannya, hati jadi patah dilanggar hiba sekali-sekala.

Sebagai salah seorang rakan rapatnya, saya masih lagi gagal menyerap rasa sakit itu dengan sebaik-baiknya. Masih teringat ketika dia terlantar di rumahnya di Ampang selepas menjalani dua kali operasi angioplasti, kerap juga saya dihubungi sekali-sekali, termasuk untuk membawa naskhah akhbar Harakah percuma.

"Jantung ana ni masih perlu ada satu lagi operasi yang menelan belanja rawatan yang agak banyak," katanya.

"Berapa banyak tu?" dengan pantas saya memintas.

"Kira-kira RM25,000 juga..."

Maknanya, jumlah rawatan sebanyak RM50,000 dalam dua operasi sebelum ini masih belum menimbus rasa sakitnya. Kini, satu lubang di jantungnya yang perlu digali lagi, agar darahnya mengalir lancar semula di salur nadi jantungnya itu.

Saya selalu termenung panjang, cuba memejamkan mata lalu membayangkan bagaimana pekat darah merah itu tersekat antara celah-celah laluan terowong saluran pembuluh darah.

Dengan sebab tembok laluan, sekatan yang merintangi di pembuluh darah terbina sejak sekian lama, banyak juga keinginannya yang tertimbus dengan berlalunya masa-masa.

Dia seorang pengamal media, angan-angannya melangit, mahu membuang segala sekatan dalam arus media perdana, mahu membentuk dan menampilkan akhbar alternatif berkualiti yang segar persembahannya, dan ... ya, juga pastinya tidak dipasung oleh peraturan dan akta karut. Akhbar-akhbar semua perlu dizahirkan tanpa kongkongan pemerintah.

Lutfi - yang pernah berdepan tindakan ganas KDN mengharamkan beberapa penerbitannya, antaranya Detik, Wasilah, akhbar Cabaran, selain dirampas buku-buku politiknya dan akhbar tidak berkala tanpa (sebenarnya tidak perlu) permit - mengimpikan Harakah yang "berkebajikan", mampu menyelesaikan masalah rakyat, membantu masyarakat yang terdesak dan individu yang memerlukan pertolongan, di samping menawarkan berita terkini-sahih dan komentar bernas.

Tetapi, nampaknya segala impiannya yang mahu dihunjam ke langit harapan tu, seakan-akan tergantung, terawang-awang tanpa hala tuju, lalu yang bernama angan-angan untuk menolak sekatan dalam media itu kini menjelma seperti sebatang pohon gergasi yang direntungkan oleh api kata-kata pemerintah.

Kata-kata pemerintah yang bergema menjadi akta-akta sekatan media di parlimen itu, bukannya mudah dibataskan. Rata-rata masyarakat hari ini tidak berasakan bahawa tembok akta itu perlu diruntuhkan. Itulah yang kerap menjadi tajuk bualan kami.

"Betapa di Indonesia, kalau majalah dan akhbar disekat, umat akan turun ke jalan raya, memberontak dan memprotes," katanya pada suatu malam ketika kami bersantai sambil minum-minum di sebuah restoren di sekitar Jalan Pahang Barat.

Mendengar kata-kata beliau, saya selalu terbayang bahawa kemungkinan beliau mahukan rakyat juga turun berarak ke jalan raya jika Harakah terpaksa berdepan dengan beberapa tindakan khasnya yang berkaitan dengan akta mesin cetak yang menyekat suara rakyat sendiri.

Tetapi, apakah pernah rakyat berfikir sedemikian? Soalan itu tidak pernah berjawab dan ia barangkali akan kekal tenggelam dalam hati kami.

Segenap penjuru alam kini sedang memastikan akhbar ini disekat suaranya dan siapa yang membelanya ketika berdepan dengan masa-masa getir?

Bergelut dengan kemelut muslihat pemerintah dan bergelumang dengan bayang-bayang kezaliman yang panjang adalah bebanan yang amat memenatkan. Apakah dia mampu berdepan dengan segala ancaman dengan pasukan warga Harakah itu?

"Ana lebih rela jantung ana akan dirawat oleh umat. Biar ana berhutang dengan orang-ramai yang memberi wang untuk merawat jantung ini.

"Biar orang-ramai berkata, mereka ada saham dalam merawat jantung ini," kata 'rakan baik' Khir Toyo ini.

Mungkin beliau lebih berbangga 'berhutang' dengan umat yang mahu merawat degup nadi, detak jantung demokrasi yang makin lemah kerana diasak sekatan-sekatan oleh blok-blok kolesterol yang semakin mengeras itu.

Dia malah terpaksa berdepan dengan orang-orang yang tidak memahami tentang bagaimana akhbar ini beroperasi. Lalu kini, segala limpahan maksud baik yang tercurah di sebalik tiap-tiap lembaran akhbar ini, hanya dia dan rakan-rakan yang setia bersedia menakung kesannya.

Segala hasrat yang terpendam, terjunam ke gaung petaka oleh deretan libasan akta-akta sekatan yang memusnahkan kehendak baik itu.

Sakitnya telah merebak sebagai wabak yang membingungkan. Ia mengalir ke tahap yang paling serius. Saya fikir, kesakitan ini akan reda dalam tempoh sekarang. Namun, arus denyut dan detak jantungnya masih lagi bermasalah.

Melihatkan sahabat baik saya ini yang saya sifatkan beliau rakan debat yang baik, saya seperti meragui darah-darah dan zat blok-blok kolesterol yang terbenam melekat dengan utuhnya pada setiap pembuluh darahnya itu. Adakah mereka juga bersekongkol dengan parti pemerintah? Ah! Mustahil!

Beliau diserang secara halus sejak menyiarkan laporan rasuah berhubung salah laku bekas menteri besar Selangor. Sejak itu, kesihatannya semakin pudar dan sedikit demi sedikit pergerakannya jadi terbatas.

JANTUNG DEMOKRASI BERDETAK LEMAH!

Ada waktu-waktunya, kedua-dua belah tangan dan kakinya terasa kebas. Paling teruk ketika kejadian yang menimpanya di Sandakan tahun lalu ketika kami bersama melawat ahli keluarga bekas tahanan ISA yang baru dibebaskan.

Ketika itu, bulan Ramadhan dan waktu-waktu yang padat saat kami hampir berbuka puasa, Ahmad Lutfi masih terlantar di atas katilnya. Sayalah yang membawa air seteguk dan dia meneguknya dalam keletihan.

Undangan berbuka puasa daripada sebuah cawangan PAS terpaksa dibatalkan lantaran kesakitan beliau itu. Itu antara secebis kenangan yang sempat saya putarkan ketika melihat nafas beliau turun naik, bergayut-gayut di palang keletihan.

Jantung yang dipinjamkan kepada beliau ini, saya namakan sebagai jantung demokrasi. Penanda aras dan kayu ukur kepada demokrasi ialah kebebasan bersuara tanpa dikenakan semacam undang-undang, lesen, permit keizinan, hukum dan peraturan yang bakal menghancurkan kebebasan berkarya tersebut.

"Rasa pedih ulu hati dan panas dada," katanya kepada saya sebentar tadi, ketika petang tadi kami ingin menyambung bualan di sebuah restoren mamak dekat Jalan Pahang Barat.

Tetapi, bicara petang itu masih lagi keras dan penuh bersemangat ketika beliau meriwayatkan kenangan lalu mengenai koleksi editorial Risalah terbitan ABIM ketika ia berada di bawah pimpinan Dr Siddiq Fadhil.

"Ayat-ayat dalam majalah itu menarik. Ana masih ingat - menggigit yang terbabit, menggugat yang terlibat!" katanya ketika mengenangkan kisah lama. Kata beliau, ayat-ayat itu mengecam beberapa peraturan Kementerian Dalam Negeri yang mengenakan permit.

"Masa tu Risalah diterbitkan tanpa permit penerbitan. Jadi, masa tu, ana dengar Dr Siddiq Fadhil sebut, kita tidak perlu gentar kerana kita ada permit dari 'langit', kita tidak perlu permit daripada pihak pemerintah," katanya ketika mengulas hal-hal yang bersifat sekatan ke atas media itu.

Darah berhamburan dan semakin bergolak di dalam dadanya. Tiba-tiba, malam ini dia diserang rasa pedih di bahagian ulu hati ketika balik dan berjalan pulang ke pejabat editorial Harakah.

Ganjaran yang besarlah akan menanti orang yang sabar meneguhkan hati dan pendiriannya saat menempuh kesakitan seumpama ini.

Di luar jendela sana, 'peluru-peluru sesat' semakin pantas, laju meluru dengan pesat. Dan ia melesat ke dalam fikiran untuk memesongkan fakta dan data. Akhbar dan media yang tersekat suatu ketika dahulu tidak mampu menepis segala timbunan pembohongan ini.

Mujurlah dengan kemajuan dan perkembangan teknologi, ia akan makin memudahkan segala gerakan pencerdasan dan pencerahan tanwiri.

Ahmad Lutfi sudah pulang ke rumah, tepat jam 12.15 tengahmalam, meninggalkan saya sendirian menyambung kerja-kerja penulisan bersifat kenangan yang lalu. Dan, darah yang mengalir lambat-lambat dalam perjalanan menuju ke jantung demokrasi itu, entah bilakah akan deras berlumba-lumba dengan keras agar mengalir seperti selalu?

Semoga darah perjuangan yang bergolak pantas, membuak-buak di dalam dadanya itu, tidak akan lagi tersekat sehingga mengganggu detak jantung demokrasi!

Demikianlah, semoga nafas demokrasi yang dihirup oleh rakyat di negara ini akan berterusan menjadi segar, tidak diracun fitnah penguasa dan tidak dituba oleh angin jalang dan ribut taufan petualang yang kencang sekali menebarkan bilah-bilah jarum kesesatan.

Kuman dan virus yang menyekat pengaliran idea dan fikiran rakyat, ia tegak bagaikan berhala agam dan selonggok blok kolestrol tegar yang menyekat aliran zat darah kebebasan sehingga mengganggu detak jantung demokrasi!

Sayang, hingga kini nampaknya Lutfi masih belum bersedia mengisi kolum Catatan Hujungnya di Harakah ...

NOTA: Kepada sesiapa yang mahu menyumbang, silakan menyalurkannya kepada akaun Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi, Maybank 162179670906.

12:56 pagi, 26 Mac 2010
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Nik Aziz sokong guna ‘Allah’ pada Rukun Negara

Oleh Erapakatan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini. "Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti. Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan. "Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita. "Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau

Ir Nizar: Nilai Sendiri Krisis Politik Perak

Oleh Muhaimin Sulam

London: Muhammad Nizar Jamaluddin meminta agar rakyat Malaysia di UK menilai sendiri krisis politik di Perak secara bijaksana. Beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia menilai secara rasional dan mendapat maklumat yang secukupnya. Krisis politik Perak yang membawa kes ke mahkamah tidak akan menyelesaikan masalah politik. Sebaliknya, isu itu akan berlanjutan dan merugikan pembangunan negeri Perak secara keseluruhannya.

Dalam ucapan beliau yang bertajuk, `The Challenges of Islam and Democracy in Malaysia’ di Pippard Lecture Theatre, Imperial College London, beliau menyeru agar masyarakat Malaysia lebih memahami konsep ketaatan raja dan keluhuran perlembagaan secara lebih terbuka. Konsep pemisahan kuasa dan juga federalisme yang sewewang-wenangnya diceroboh oleh kerajaan BN menunjukkan bahawa jalan demokrasi di Malaysia semakin sempit dan sukar. Keadaan ini bukan sahaja memerlukan kerberanian tetapi kesungguhan dan kecekapan rakyat membuat keputusan tepat di luar musim pilihanraya.

Beliau juga menyentuh tentang kecenderungan pendekatan politik perkauman yang digunakan oleh BN hanya akan menyebabkan memberi tanggapan buruk terhadap Islam dan orang Melayu. Formula politik yang dibangunkan oleh Pakatan Rakyat kini dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni politik perkauman sempit Barisan Nasional.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan haram BN Perak hanya akan melahirkan perkara-perkara haram lain yang menjadikan sistem politik tanahair semakin rumit pada masa akan datang. Sekiranya kegagalan usaha membubarkan DUN Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin berkata bahawa PAS Perak sudah menyediakan jentera pilihanraya bagi pilihanraya umum ke 13. Lawatan Badan Perhubungan PAS Perak ke UK/Ireland turut disertai AJK PAS Pusat, Asmuni Awi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan beberapa pimpinan PAS Perak lain.

http://muhaiminsulam.blogspot.com/

Singa Vellu Calon Hulu Selangor

Oleh Nobisha

Bagi Barisan Nasional, mereka ingin mengekalkan momentum menang di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Bagi PKR pula, mereka ingin membuktikan bahawa penghijrahan ramai wakil rakyatnya menjadi Bebas tidak memberikan apa-apa kesan kepada parti itu. Bagi Dato’ Seri S Samy Vellu, dia hanya inginkan Dato’ G Palanivel menjadi calon pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor!

Itulah cara berfikir Samy Vellu. Memang, dari segi agihannya, kerusi ini milik MIC. Saya difahamkan itulah persefahaman dalam Barisan Nasional. Namun, saya fikir adalah agak kurang matang untuk Samy Vellu mengumumkan nama calon yang akan dicadangkan oleh parti itu melalui media. Sepatutnya, beliau berbincang dengan Pengerusi Barisan Nasional terlebih dahulu. Inilah politik lebih sudu dari mangkuk dalam MIC yang menyebabkan rakyat menolak parti itu.

Barisan Nasional harus keluar dari fikiran lama yang mengekalkan agihan kerusi seperti sebelumnya. Barisan Nasional harus mengambil pendekatan pemasaran politik berdasarkan kehendak pasaran (market-oriented). Maksudnya, ia harus keluar dari menamakan calon berdasarkan agihan parti politik semata-mata, tetapi meletakkan calon yang dikehendaki oleh pengundi sesuatu kawasan. Sekiranya kajian pendapat awam menunjukkan pengundi inginkan calon A di situ, maka Barisan Nasional harus mampu meletakkan calon yang diinginkan pengundi — tanpa mengira dia ahli parti mana sekalipun.

Dalam konteks Hulu Selangor, saya sarankan Barisan Nasional melihat apakah yang diinginkan oleh penduduk setempat. Sekiranya mereka inginkan Palanivel, maka letaklah Palanivel. Sekiranya mereka inginkan orang lain di luar MIC, maka Barisan Nasional hendaklah meletakkan calon yang dikehendaki oleh pengundi kawasan tersebut.

Berhubung dengan calon dari MIC, saya fikir Samy Vellu tak perlulah terlalu jumud. Ramai lagi pemimpin muda India dalam MIC yang pintar dan artikulatif. Mereka ini lebih dekat dengan masyarakat dan mengetahui denyut-nadi rakyat. Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan umpamanya, adalah merupakan seorang yang boleh dipertimbangkan. Bagaimanapun, apabila Samy Vellu mengumumkan nama Palanivel, maka dia menutup pintu untuk MIC mendapat maklumbalas calon yang baik sama ada dari dalam atau luar parti.

Inilah bentuk keangkuhan pemimpin. Samy Vellu masih belum belajar dari kesilapan masa lalu. Dalam PRU12 lalu, Samy Vellu pernah berkata:

“Dia (Dr Jeyakumar) boleh tanding lagi 25 kali.. selagi hidup tanding lagi, kami tak peduli. Dia tanding ka, Anwar Ibrahim sendiri bertanding pun, saya tidak takut. Saya boleh lawan sama dia. Kalau dia (Anwar) berani lawan sini (Sungai Siput). Saya tunjukkan kepada beliau ini kawasan singa punya!”

Sekiranya Samy Vellu bersungguh-sungguh ingin tunjuk hebat di Hulu Selangor, apa kata dia sendiri bertanding di situ?

Lagi pun, “Singa Vellu” telah kecundang di Sungai Siput!

DetikDaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111