" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 11, 2010

Sesuatu Perlu Dilakukan Supaya Pornthip Hadir Di Inkues Nanti

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.



Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Ulasan GB

Jika berita di atas benar, maka adalah sesuatu yang amat memalukan negara Malaysia yang menggunakan tekanan politik bagi menghalang kehadiran ahli patologi luarnegara itu untuk memberi keterangannya di dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Nampaknya pihak tertentu cuba menghalang kebenaran daripada diketahui, dengan hanya mahu keterangan dari ahli patologi tempatan diambil kira oleh Koroner tetapi menghalang segala cara daripada keterangan ahli patologi luar negara di sampaikan di dalam inkues berkenaan semata-mata kerana didapati loran ahli patologi luarnegara seperti Dr.Pornthip itu tidak sejajar malah bertentangan dengan hasrat konspirator serta keterangan ahli patologi tempatan.

Sesutau perlu diusahakan bagi mempastikan Pornthip dapat hadir di Inkues dan Kerajaan Malaysia perlu memberi jaminan di atas keselamatan Dr.Pornthip berkenaan jika inkues yang dibentuk berintegriti tinggi dan dihormati keputusannya nanti.

GB

Kisah Syaitan & Firaun Kecil

Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendesak Ahli Parlimen (AP) Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menghentikan sikap dan tindakan ala syaitannya itu.

Berikutan siri 'pendedahan' Zulkifli yang mengaitkan pihak ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, media pro-Barisan Nasional (BN) seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian kini galak menyiarkan pendedahan AP Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim.

Beliau kononnya telah dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihak ketiga yang dimaksudkan ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AMK menerusi ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah memberikan respon terhadap perkara itu.

"Itu sama sekali berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Zulkifli melalui wawancara Suara Keadilan Julai 2007 di mana beliau menegaskan bahawa penarikan diri beliau adalah disebabkan oleh tindakan Azilah yang mahu mengubah strategi pembelaan di saat akhir meskipun sebanyak 12 sesi konsultansi diadakan di antara beliau dan Azilah.

"Strategi Azilah, disifatkan Zulkifli, merosakkan strategi pembelaan yang dirancang lebih awal yang hanya memberi kelebihan dan perlindungan kepada 'pihak ketiga'," ujar Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

AMK mengegaskan sikap memutar belit cerita dan menimbulkan keraguan yang tidak munasabah adalah hanya satu unsur munafik yang menghampiri sikap syaitan.



Zulkifli pada 23 Mac 2010 yang lepas mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Najib Razak, dan isteri, Rosmah Mansor oleh 'pihak ketiga' yang tidak didedahkan.

Menurut Shamsul, Zulkifli sebagai seorang peguam, secara jelasnya menghina mahkamah dengan membenarkan kenyataan subjudis yang boleh mengganggu perjalanan mahkamah, dalam keadaan rayuan bagi kes ini masih berjalan.

Bagi Shamsul, apa yang menjadi persoalan adalah kenapa Zulkifli acapkali memberikan kenyataan yang samar dan meragukan?

"Sewajarnya sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, beliau harus mendedahkan siapa pihak ketiga yang dimaksudkan sedari awal lagi, bukannya mewujudkan dua versi cerita yang berbeza mengikut iktikad politik beliau," menurut kenyataan Shamsul itu lagi.

Zulkifli sebelum ini tidak pernah mendedahkan sebarang nama pun, baik dalam cerita 'pihak ketiga' ini termasuklah seloka 'Firaun Kecil' yang menjadi mainan hujah beliau saban waktu.

Shamsul menyimpulkan bahawa, Zulkifli harus berhenti daripada meneruskan sikap berdolak-dalik seumpama ini. Jangan cemarkan imej Islamik yang dibawa beliau ke sana sini kerana ianya hanya menghampiri sikap syaitan yang sesat lagi menyesatkan umat manusia seluruhnya.

EraPakatan.net

Anwar hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel

Oleh Erapakatan

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal abidin bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B system sdn bhd dan serta Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Beliau juga memohon kepada Tuanku supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal segala bentuk kontrak dengan Israel yang boleh menggugat keselamatan negara.


Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," jelas beliau.

Pilih Calon, Bukan Katak

Oleh Erapakatan

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) akan memilih calon yang mampu mewakili parti dan bukan yang menang kemudian lompat parti, demikian tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata PR akan mengumumkan calonnya pada 13 April ini di Pusat Komuniti Serendah di sini.

Katanya pakatan yang turut terdiri daripada PAS dan DAP telah membuat keputusan menyerahkan kepada PKR untuk menentukan calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Senarai calon terlalu panjang dan kita (pakatan) akan mendengar pandangan dari negeri dan akar umbi sebelum menentukan calon.



Kita akan pilih calon yang betul-betul boleh mewakili kita bukannya calon yang menang kemudiannya lompat (parti), kita mahu calon yang berpegang pada amanah yang diberikan rakyat," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya kecil Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini Jumaat malam.

Pilihan raya kecil itu diadakan pada 25 April ini berikutan kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac. Pencalonan diadakan pada 17 April.

Episod ‘Baju Merah’: Demokrasi Yang Tercemar?

Oleh IZMAS

DEMOKRASI dalam ertikata mudah membenarkan kebebasan rakyat bersuara, memberi pendapat dan pandangan hatta berdemonstrasi di jalanan jika perlu bagi mendedahkan suarahati dan bantahan tentang dasar pemerintah yang difikirkan tidak memihak mereka. Pemerintah atau kerajaan pula berhak tidak melarang tunjuk perasaan dan demonstrasi itu dalam batas ketentuan yang dibenarkan undang-undang dan kehendak perlembagaan negara.

Namun, kebebasan yang keterlaluan sehingga menjejas kepentingan serta keselamatan awam tidak boleh diterima dan dibenarkan kerana ia merosakkan maksud kebebasan itu sendiri seperti yang sudah dipersetujui bersama. Kebebasan bertindak dan bersuara sebenarnya ada had dan batasnya.

Kebebasan yang keterlaluan sehingga mengenepikan peraturan dan undang-undang negara hanya menguntungkan pihak yang menuntut tetapi menafikan kehendak kehidupan majoriti rakyat yang tidak terlibat dan sebenaranya tidak berdosa.

Demonstrasi jalanan yang sudah berlangsung hampir sebulan kota Bangkok, Thailand memberi pengajaran berguna bagaimana kebebasan bertindak yang keterlaluan sudah merosakkan ketenteraman dan kepentingan awam. Kebebasan berdemonstrasi yang berpanjangan tanpa menghirau ketenterman dan keselamatan majoriti rakyat lain yang tidak terlibat adalah tidak adil dan bercanggah dengan prinsip demokrasi itu sendiri.

Persoalan timbul, apakah demokrasi bermakna rakyat bebas berdemonstrasi menunjuk perasaan sesuka hati membantah kerajaan sehingga menyekat dan menghalang kebebasan hak rakyat lain yang tidak terlibat? Apakah demokrasi bermakna tidak boleh mengadakan perundingan secara aman di bilik mesyuarat tanpa perlu menguggut pemerintah dengan tunjuk perasaan yang berlarutan begitu lama dan menyukarkan kehidupan rakyat terbanyak? Apakah demokrasi bermakna pihak yang kalah dalam kes mahkamah boleh mempersoal keputusan hakim yang sudah membuat keputusan muktamad?

Demonstrasi yang terlalu lama di ibu kota Thailnad itu sudah menjejas peniaga kecil dan besar kerana kompleks dan permesis perniagaan terpaksa ditutup demi keselamatan hartabenda mereka. Sentimen pasaran saham menjadi tidak stabil dan merudum teruk kerana pelabur luar dan dalam negara berasa skeptikal tentang masa depan perniagaan mereka yang tidak pasti akibat desakan dan penganjuran tunjuk perasaan yang tidak diketahui bilakah akan berakhir. Kerajaan mungkin oleh bertukar tangan jika pilihan raya baru diadakan atas kehendak penunjuk perasaaan dan dasar baru berbeza boleh diperkenalkan yang mungkin menyukarkan pelabur luar.

Bandaraya dan jalanraya menjadi sesak luarbiasa akibat kehadiran beratus ribu ‘Baju Merah’ dari seluruh negara membanjiri ibu kota dan bandar-banadar besar lain semata-mata mahu kerajaan melayani permintaan mereka tanpa menghiraukan kehendak majoriti rakyat lain yang tidak ada kena mengena. Urusan harian kebanyakan rakyat gulungan pekerja awam terjejas teruk akibat kesesakan jalanraya dan kehadiran ramai penunjuk perasaan yang menganggu waktu kerja mereka. Sudah kedengaran rungutan dan bantahan dari rakyat biasa, elit serta peniaga di ibu kota dan bandar-bandar besar lain yang terjejas teruk mendesak supaya orang ‘Baju Merah’ menghentikan segera tindakan keterlaluan mereka demi kepentingan negara dan menghormati raja yang mereka sayangi.

Dalam perkembanagn terbaru, kerajaan Thai dibawah pimpinan PM Abhisit Vijajiva telah mengisytiharkan darurat setelah penunjuk perasaan antikerajaan menggempur parlimen. Pasukan keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang merempuh masuk sebuah stersen TV satelit pro mereka yang diarah tutup oleh pihak berkuasa. Mereka tidak mengendahkan perintah darurat dan mendudukki lokasi-lokasi penting di Bangkok terutama pejabat kerajaan dan pusat perniagaan besar bagi memaksa segera PM Abhisit membubar parlimen.

Pergerakan Baju Merah dikenali secara resmi sebagai Barisan Bersatu Untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) dan kebanyakannya dianggotai penyokong kuat perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra yang menentang rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Dalam rampasan kuasa itu, kerajaan pimpinan parti Thaksin dibatalkan kemenangannya kerana dituduh melakukan kegiatan rasuah dalam kempen pilihan raya dan digantikan dengan parti pimpinan perdana menteri sekarang, Abhisit Vijajiva atas perintah mahkamah.

Parti Thaksin yang digulingkan tidak berpuashati mendesak parlimen dibubarkan dan diadakan segera pilihan raya baru dalam tempuh terdekat. PM Abhisit enggan menerima desakan dan menganggap mustahil dilakukan tapi bersetuju mengadakan pilihan raya baru dalam tempuh enam bulan. Sementara puak penunjuk perasaan mendesak akan terus mengadakan demonstrasi jalanan sehingga matlamat mereka tercapai. Seorang pemimpin protes, Jatuporn Prompan mengisytiharkan perang untuk memperjuang demokrasi dan tiada penamat sehinggalah memenangi pertempuran itu tanpa menyedari mereka sudah membelakangkan perintah mahkamah dan melanggar dasar pemerintah yang dibenarkan perlembagaan.

Episod tunjuk perasaan yang berlaku di Thailand dikatakan akan kendur jika kerajaan pimpinan Abhisit menunaikan permintaan pihak antikerajaan itu. Soalnya, adakah pilihan raya baru boleh menamatkan semua krisis? Apakah kumpulan ‘Baju Merah’ boleh menerima hakikat jika parti mereka diisytihar kalah dalam pilihan raya baru itu? Apakah mereka boleh menerima dengan lapang dada hakikat kemenangan parti-parti lain yang bertanding termasuk parti campuran Abhisit dan tidak berdemonstrasi lagi?

Setengah pendapat mendedahkan krisis politik yang berlarutan terjadi di Thailand adalah akibat dari kegagalan cita-cita dan impian seorang bekas perdana menteri yang tidak terlaksana dalam percubaannya memerintah semula Thailand. Bekas PM Thaksin sudah kehilangan banyak kekayaan dan kepentingan akibat digulingkan tentera kerana didapati bersalah melakukan rasuah. Beliau kini menjadi buruan pihak berkuasa Thai kerana lari dari hukuman penjara dua tahun yang sudah dikenakan mahkamah keatasnya. Tambah menyakitkan, harta benda beliau berjumlah sekitar USD 1.4 billion dirampas pihak berkuasa sehinggga mengurangkan kekayaannya dengan begitu ketara. Beliau dikatakan, melalui beberapa penyokong kuatnya sanggup membayar upah kepada penunjuk perasaan dengan bayaran lumayan kepada setiap penunjuk perasaan yang kebanyakannya gulungan misikin dari kawasan pendalaman dengan syarat kerajaan PM Abhisit bersetuju membubar parlimen.

Episod yang berlaku di Thailand memberi pengajaran berguna kepada negara lain termasuk membangun seperti negara ini bagaimana sistem pemerintahan corak demokrasi yang diimport dari barat telah digunakan ke tahap maksimum sehingga mencabar peraturan undang-undang negara yang sedia ada. Konsep negara demokrasi berorentasi barat telah dieksploit sepenuhnya oleh satu pihak yang berkepentingan untk menafikan kebebasan hak rakyat yang lain yang tidak terlibat sehingga ketenteraman awam dan kestabilan politik tidak dihiraukan asalkan matlamat mereka tercapai. Dengan kata mudah, demokrasi boleh dieksploit dengan apa cara dan tujuan sekalipun oleh pihak-pihak yang berkepentingan asalkan objektif mereka tercapai. Demokrasi sudah diterjemah dalam bentuk tafsiran sendiri-sendiri seolah-olah kebebasan itu mutlak tanpa had dan batas.

Dan teori kejam Michevelli; tujuan menghalalkan cara – telah dipraktikkan sepenuhnya demi memenuhi impian pemimpin yang mempunyai agenda sempit peribadi walaupun terpaksa menafikan hak rakyat terbanyak dan fungsi konsep demokrasi itu sendiri. Pilihan paling terbaik mungkin demokrasi yang bersandarkan sistem islam yang lebih adil dan saksama serta menghukum mereka yang membuat kesilapan dengan balasan yang setimpal menurut panduan AlQuran dan Hadis.

Detikdaily.net

Malaysia syurga pendatang.

Oleh shahil

"Malaysia syurga pendatang...Inilah perkataan yang paling tepat bagi negara kita Malaysia sekarang. Apa tidaknya. Di mana-mana ceruk rantau Malaysia pasti ada pendatang samada dengan izin ataupun tanpa izin.

Jika dizaman tahun tujuh puluhan dahulu, pendatang yang paling popular ialah pendatang haram Vietnam. Mereka digelar pelarian Vietnam yang melarikan diri dari perang Vietnam antara Vietnam Selatan dan Vietkong Utara. Dan Pulau Bidonglah syurga mereka.

Namun sekarang pendatang bukan lagi dari Vietnam tetapi dari berbagai negara. Bermula dari Indonesia dengan alasan sebagai tenaga kerja, timbullah istilah TKI. Kemudian datang pula dari Bangladesh, yang disebut mat Bangla. Dan sekarang berlambak pula dari Afrika, yang disebut mat Afrika.

Kalau pendatang haram tanpa izin dari Indonesia, mereka sangat mudah masuk ke Malaysia hanya dengan bot nelayan. Mulakan sahaja perjalanan dari Indonesia, dan mendarat sahajalah di mana-mana pantai pasti dengan mudah masuk ke Malaysia ini. Ini tidaklah menjadi persoalan kerana biasa saja jawabannya iaitu "manalah TLDM mampu mengawal perairan negara yang bergitu luas".

Namun yang menjadi bahan ketawa ialah, majority mat Afrika yang ditangkap didapati menggunakan pasport palsu. Pelik bin ajaib, pasport palsu boleh menembusi sistem pemeriksaan komputer Jabatan Imigresen? Mengapa ya? Agaknya sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia hanya boleh mengesan pasport dari Semenanjung ke Sabah, Sabah ke Semenanjung sahajakah? Atau agaknya apabila "pasport-pasport" mat Arika itu sebaik mereka tiba, dicop seperti tukang cop setem di pejabat Pos sahajakah? Atau tidak dicop langsung? Atau mat Afrika masuk ke Malaysia seperti pendatang dari Indonesia?

Amatlah malang bagi Malaysia...

Singapura dan Indonesia dengan tegas menolak pelarian Vietnam zaman tahun tujuh puluhan. Mereka dengan tegas menghalau mereka keluar dari perairan negara jika di dapati ada pendatang asing. Mereka tidak peduli samada pendatang itu hidup atau mati di laut, yang penting negara mereka tidak dipenuhi orang yang tidak diingini itu. Pastinya pemimpin mereka sangat peka kepada masalah yang pasti akan timbul kelak akibat kebanjiran mereka.

Sekarang tidak keterlaluan dikatakan nasi telah menjadi bubur. Kerana takutkan dunia mengatakan Malaysia tidak berperikemanusiaan, Malaysia telahpun menjadi bubur. Rakyat malaysia seperti nasi yang dimasuki pasir pendatang tanpa izin, lalu menjadi bubur pasir.

Kita berkoar-koar di serata dunia melaungkan Malaysia sebuah negara yang aman. Ya memang aman...Orang Malaysia tidak meiliki pistol. Sesiapa yang memiliki pistol jawabnya tali gantung. Tidak seperti sesetengah negara lain, pistol boleh dibeli. Lalu nyawa manusia sangat rendah nilainya. Maka ini antara satu sebab mengapa pendatang tanpa izin merasakan tidak apa-apa memasuki Malaysia. Mengapa tidak? Kalau masuk ke Indonesia jawabnya buluh runcing menanti. Aman, Malaysia memang aman bagi sesiapa juga.

Sekarang rakyat tempatan ketakutan untuk merayakan Hari Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur. Apa tidaknya? Ketika cuti umum Kuala Lumpur dipenuhi oleh pendatang asing. Hinggakah peniaga juga ketakutan dan menutup perniagaan mereka. Rasanya kalaulah pendatang asing itu sepakat, habis satu Kuala Lumpur digasaknya. Dan terpaksalah askar Malaysia berperang dengan pendatang asing itu. Ha ha...negara lain askar berperang dengan askar negara lain, askar Malaysia berperang dengan pendaang asing. Inilah yang akan berlaku jika andaian ini diambil kira.

Dilaporkan dalam media elektronik, mat Afrika ini sudah berani merogol. Ibu tunggal dirogolnya, anak sekolah juga. Bahkan jika mereka menyewa bilik di pangsapuri, seolah-olah pangsapuri itu mereka yang punya. Dan penghuni pangsapuri yang mempunyai anak perempuan sentiasa susah hati jika anak perempuan yang berkerja malam pulang ke rumah.

Menteri Dalam Negeri hanya terkejut melihat Kuala Lumpur dibanjiri pendatang asing ketika cuti umum. Terkejut beruk betul. Betulkah ini Kuala Lumpur? Atau Jakarta? Atau Dakka? Atau ibu kota Ghana? Terkejut seolah-olah itulah pertama kali Menteri Dalam Negeri ke Kuala Lumpur.

Apa ni Datok...?

Dalam mencari punca kebanjiran ini, salah satu resolusinya ialah menyalahkan majikan-majikan perusahaan. Mereka inilah yang dikatakan puncanya dengan menggaji pendatang ini. Namun apakah pula kesahnya dengan undang-undang negara dan penguatkuasaannya yang sangat lemah? Dulu, nak botakkan kepala mat Indon supaya mudah dikesan jika mereka menyeludup masuk kali keduapun tak mampu dilakukan setelah dibantah pemerintah Indonesia. Macamlah rambut tu tak tumubuh-tumbuh bila dibotakkan.

Nanti di suatu masa kelak rakyat tempatan Malaysia akan menjadi seperti orang kulit putih di Afrika selatan zaman apartheid, terpaksa membawa M16 ketika keluar sahaja dari rumah.

Dalam dunia Malaysia hanya satu. Dan itulah sebenarnya 1 Malaysia. Dan sekarang Malaysia yang satu ini diperluaskan dengan 1Malaysia...Malaysia yang penuh dengan berbagai bangsa dunia samada halal mahupun haram.

Kesihan anak cucuku...engkau semualah yang akan menjadi lepat pisang apabila ayah dan emak, datuk dan nenek telah masuk ke lubang cacing kelak.

Wassalam.

Detikaily.net

Gi Jahanam UMNO-APCO

Perdana Menteri, Najib Razak terus tertekan berhubung isu Apco apabila Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria membuat laporan polis ketiga berhubung pembabitan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia hari ini.

Laporan polis itu susulan daripada laporan sama yang dibuat oleh selepas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.

Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurut berita yang dipetik daripada portal Malaysiakini Nasir membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.



Dalam aduannya, Nasir sebagai berkata Apco Worldwide mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Zionis Israel berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," memetik kandungan laporan polis yang dibuat Nasir.

Dalam laporannya juga, Nasir yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.

Beliau ditemani beberapa pemimpin parti itu di peringkat PAS kawasan dan KEADILAN Cabang Padang Terap.

Nasir juga memberitahu, pihaknya telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini. -SK

GB

Masihkah Kau Ingat?

Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu SAC I Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan membabitkan tiga anggota daripada pasukan polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan dua lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak.

"Sampel air kencing kesemua anggota polis berkenaan sedang disaring dan sekiranya didapati positif tindakan sewajarnya akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai Karnival PDRM Bersama Masyarakat Besut yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh di Besut hari ini.

Menyentuh tentang pembangunan, beliau berkata Polis Terengganu diperuntukkan RM1 juta untuk projek membaiki bangunan-bangunan lama di balai-balai dan ibu pejabat polis di seluruh negeri.



Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan terdapat segelintir anggota polis di Terengganu terbabit dengan kesalahan tatatertib yang membabitkan penyalahgunaan kuasa hingga mengambil tindakan sendiri yang tidak menyenangkan masyarakat.

Mohd Shukri berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota, termasuk pegawainya yang tidak berdisplin atau terlibat dengan kes jenayah.

- Bernama

Ulasan GB

Kisah polis Terengganu di atas mengingatkan kita tentang seorang anggotanya yang menembak secara rambang ke arah Suwandi dan Azman menyebabkan kedua-duanya terlantar di hospital dan anehnya undang-undang dipergunakan unuk menyalah Suwandi dan Azman manakala polis yang menembak, Wan Aziz Wan Omar, lepas bebas.

Di mahkamah anggota polis tersebut membuat pengakuan, beliau tidak pernah sembahyang dan minum arak sekali-sekala sekalipun di luar pejabat.

Dan kini lebih ramai anggota polis yang dikesan tidak bermoral dan berdisiplin, malah terlibat dengan penagihan dadah.

Media dan blogger sering dibidas oleh polis kononnya mencemarkan nama mereka sedangkan yang mencemarkan nama pasukan PDRM tidak lain dari anggotanya sendiri. Hal ini telah berulangkali GB nyatakan.

GB

Foto Pagi Ahad : Gambar Berudu Sebelum Menjadi Katak

Ibrahim Ali, masih ingatkah kau gambar ini masa ko jadi berudu..sebelum ko lampat jadi katak. Kalau bermaruah, aku ulangi 100 juta kali bahawa letaklah jawatan dan bertandinglah guna lambang katak..bukannya PAS.

Rakyat Pasir Mas pilih kamu kerana PAS. Bukannya kerana ketokohan kamu mahupun PERKAKAS kamu. Rakyat Pasir Mas lebih bijak daripada pengikut PERKAKAS kamu. Ibrahim Ali, letakklah jawatan sebelum kamu diletakkan jawatan. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..peringatan buat semua…

Sumber :

Selepas Australia dan Amerika,145 Negara Desak Gugur Tuduhan Liwat Siri 2

Oleh ramziredang

"Pada 2 April, satu persidangan ahli ahli parlimen dunia yang ke 122 telah diadakan di kota bangkok. Ianya diwakili oleh ahli parlimen dari 145 buah negara. Selain berbincang permasalahan semasa di seluruh dunia, kesemua ahli parlimen dari 145 buah negara tersebut sebulat suara menyokong satu usul supaya mendesak kerajaan malaysia menggugurkan tudukan liwat siri 2 terhadap Anwar. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan yang sangat serius terhadap penglibatan pihak yang sama dalam siri 1 dan 2, iaitu pihak pendakwa kes liwat siri 1, yang kini adalah peguam negara.



Penafian hak Anwar untuk mendapatkan dokumen pihak pendakwa menimbulkan rasa keraguan kepada mereka apakah akan ada satu pihak yang akan merekacipta bukti pendakwaan. Mereka juga merasa hairan dengan dua laporan perubatan yang tidak menyatakan ada tusukan secara jelas namun perbicaraan tetap diteruskan. Oleh itu pihak ahli ahli parlimen tersebut akan cuba menghantar pihak pemerhati dan pemantau ketika perbicaraan di mahkamah berjalan nanti.

Sangatlah memalukan bagi negara Malaysia, bila persidangan ahli parlimen yang ke 122 itu sebenarnya beragenda besar dalam membincangkan masalah penyeledupan dadah dan senjata seluruh dunia, pemerdagangan manusia dan hak asasi manusia, bencana besar Chile dan Haiti, namun menyelitsama isu kes liwat 2 terhadap Anwar. Seolah olah ianya satu contoh pencerobohan hak asasi manusia berlaku di malaysia. Malu kerana dalam keadaan dunia sibuk berbincang tentang masalah kemunduran di negara sedang membangun tetapi mereka terpaksa campur tangan dalam isu di negara Malaysia.

Jadi mahu tidak mahu, pihak pendakwa perlu menyediakan bukti yang jelas dalam perbicaraan liwat 2 nanti. Ianya perlulah dilihat adil, jika tidak sudah pasti ianya akan memberi imej yang sangat buruk kepada Malaysia di mata dunia. Nyatalah perbicaraan Liwat Siri 2 akan membawa mata seluruh dunia tertumpu, memerhati ke arah Malaysia. Jika sekali ianya dilihat tiada keadilan berlaku di Malaysia maka dengan jelas dan nyata Malaysia akan dipacu ke arah jurang yang suram dan gelap samada dari sudut ekonomi, pelaburan dan juga prestij di mata antarabangsa

Detikdaily.net

Menyebut zina pun jijik sejijik hukum zina.

Oleh shahil

Assalaamualaikum dan salam hormat…

Zina adalah perhubungan badaniah antara lelaki dan wanita tanpa nikah. ALLah Taala mengharamkan zina demikian juga Kristen. ALLah Taala telah menegaskan keharaman zina dengan FirmanNya bermaksud “Janganlah kamu menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan yang keji…”. Dan kejinya zina telah tersebut dalam Hadith tujuh dosa besar. Dalam hukum sepuluh Perjanjian Lama Bible juga mengharamkan zina, bahkan dalam Perjanjian Baru menyebutkan jika memandang perempuan dengan berahipun dikira zina.

Umat Barat telah terutama yang hidup bebas telah menjadikan zina sebagai ganti pernikahan. Zina telah dilegalkan sebagai halal. Bahkan mereka masih menggantungkan salib dileher dalam keadaan berzina. Mengapa? Kerana mereka tidak menuruti ajaran Jesus bahawa memandang perempuan dengan nafsu sudah dikira zina. Demikianlah juga jika umat Islam berzina, ertinya mereka meremehkan hukum haramnya zina dan menganggap hukuman akhirat belakang kira. Setiap agama sepakat mengharamkan zina ini.

Umat remaja Islam di Malaysia khususnya telah mula dihinggapi barah zina ini. Jika pembaca menonton media elektronik, setiap hari di setiap rancangan yang melibatkan moral, kes-kes akibat buruk zina sering dipaparkan. Lebih berat lagi apabila kes-kes pembuangan bayi disiarkan. Amatlah malang bayi yang tidak berdosa berada di tong sampah, di dalam parit.

Al-Quran dengan jelas menyebutkan kalimah zina. Zina adalah kalimah yang diberikan ALLah Taala kepada perpaduan badaniah lelaki dan perempuan tanpa nikah. Zina adalah kalimah yang tuntas untuk menggambarkan perpaduan badaniah yang haram dan keji itu.

Namun zina telah diganti dengan satu kalimah yang amat muluk dan mulus iaitu seks bebas. Seks bebas ertinya seks berrbilang pasangan atau berganti-ganti pasangan, hari ini dengan dia dan hari esok dengan orang lain pula. Kalimah seks bebas disebut apabila memperkatakan masalah moral remaja dan pembuangan bayi. Ertinya janganlah melakukan seks berbilang pasangan kerana jika siperempuan mengandung tidaklah dapat ditentukan “bapa” anak di dalam kandungannya itu. Yelah, jika sepuluh bapanya siapakah yang sebenarnya. Maka secara tidak langsung seks tidak bebas diperbolehkan kerana tidak tentu “suami” ibunya dan tidak tentu “ayah” didalam kandungan ibunya itu.

Inilah persepsi jika kalimah zina diganti dengan kalimah seks bebas. Seks bebas memberikan persepsi seks tidak bebas tidak salah dan tidak mendatangkan keburukan anak luar nikah dan pembuangan bayi. Contohilah mendiang Christoper Reeves yang mempunyai tujuh anak luar nikah dengan pasangannya. Nah, tidak ada AIDS, tidak ada pembuangan bayi dan mereka keluarga bahagia…itu hujah pengguna kalimah seks bebas pada hakikatnya, hakikat walau tidak disebut di mulut.

Masyarakat Islam Malaysia khususnya dan negara lainnya umumnya heboh memperkatakan akibat zina. Zina mengakibatkan masalah social yang parah. Zina menghasilkan masyarakat tidak sah taraf. Burknya zina tidak tergambarkan olrh akal yang waras.

Namun penulis hampir ketawa mendengar orang memperkatakan zina sekarang tetapi berkata “…anak baru lahir dibuang dalam tong sampah…inilah akibat seks bebas…”. Bukan disebut ketika umum tetapi ada khatib khutbah Juma’at menggantikan kalimah ALLah zina dengan kalimah Barat. Seks bebas adalah terjemahan dari kalimah Barat iaitu free seks. Amatlah malang bagi pak khatib ini.

Zina adalah perbuatan yang keji. Maka ALLah Taala sendiri memilihkalimah zina itu untuk membezakan antara seks dengan nikah dan seks tanpa nikah. Melakukan zina adalah perbuatan pak khatib dan orang ramai sekarang pula merasa keji menyebut zina seolah-olah apabila menyebut kalimah zina mereka itulah penzina.

Inilah persepsi yang tidak disedari oleh mereka yang merubah kalimah ALLah Taala zina kepada kalimah Barat seks bebas. Kalimah zina dipilih ALLah Taala untuk menunjukkan kekejian perbuatan zina tetapi orang sekarang merasa keji pula menyebut zina. Orang yang beriman akan merasa seram sejuk apabil mendengar kalimah zina disebut. Kalimah zina amat menggerunkan orang dulu-dulu kerana mengenangkan hukum sebatnya. Tetapi orang sekarang mewar-warkan kalimah seks bebas. Maka berteriaklah bijak pandai, para sisiologi, para kaunselor dan sesetengah mufti dan kadhi, dan pak khatib “…janganlah kamu menghampir seks bebas…”. Maka dijawab oleh anak remaja terlanjur “…tidak ada masalah kerana kami melakukan seks dengan pasangan tetap…”.

Maka masihlah ada anak kecil baru lahir di dalam tong sampah, digonggong anjing, dihurung semut. Kerana seks tidak bebas dengan pasangan tetap, tetap tidak ada rasa tanggung jawab dan tidak ada tali pengikat tanggung jawab. Remaja perempuan yang baru pertama kali mengenal seks, ditinggalkan pasangan tetap pertama kalinya itu, mengandung, melahirkan bayi dan membuangnya dalam tong sampah untuk santapan anjing dan semut. Ertinya jika siperempuan itu melakukan seks dengan pasangan tetap, ia besar kebarangkaliannya ditinggalkan bontang untuk melahirkan “anak tong sampah”.

Inilah cerdiknya manusia…cerdik kerana mengubah kalimah Tuhan. Konon untuk lebih sopan. Samalah seperti seorang tokoh penulis dan pemikir popular Muslim Malaysia berketurunan India berkata “hukum sebat bagi penzina harus diganti dengan hukum yang lebih berperikemanusiaan…”. Ertinya “ubahlah kalimah zina itu kepada kalimah yang lebih manis disebut supaya penzina itu tidak jatuh maruahnya…”

Hairan…manusia yang serba lemah mengatakan hukum ALLah Taala yang serba Maha Sempurna itu tidak berperikemanusiaan dan tidak manis disebut…

Sangatlah tepat manusia itu semulia makhluk tetapi manusia itu sendirilah menjatuhkan diri kelembah kehinaan, kehinaan yang sehina-hinanya.

Wassalam.

Detikdaily.net

Kad Pengenalan Projek Kembali Menyengat!

Oleh: MUTALIB M.D

ISU Pengenalan Projek yang menjadi punca utama tumbangnya kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) ditangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini kembali menyengat di Sandakan berikutan tindakan beberapa Ketua Cawangan UMNO di Sandakan mengedarkan borang operasi khas untuk merekrut pendatang asing tanpa izin sebagai Warganegara Malaysia

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan ketika menemui Editor Sabahkini.net di Sandakan mendakwa kegiatan subversif ini mula dikesan sejak seminggu lalu dan beliau dapat mengesan pengedaran borang berkenaan pagi tadi.

“Apakah UMNO merestui kegiatan ini atau didalangi pemimpin UMNO seperti yang dilakukan oleh Musa Aman pada 1991 seperti didedah dalam buku tulisan saudara; 007-Lelaki Malaysia Terakhir?. Inilah yang perlu kita kenalpasti,” ujar Zainuddin yang telah mengarahkan Sayap Penerangan Angkatan Muda PKR memantau kegiatan yang mengancam keselamatan Negara dan pihaknya sedang mengumpul bukti untuk membuat laporan kepada ibu pejabat parti.

Kata Zainuddin, beliau hairan bagaimana borang yang mempunyai logo kerajaan Persekutuan dan kononnya dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk Kegunaan Gerakan Operasi Khas IIV boleh diedarkan kepada orang awam kerana setahu beliau borang berkenaan tidak pernah wujud dalam sistem pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kita dimaklumkan setiap Pati diminta RM30 seorang dan setakat ini kita dimaklumkan lebih 15,000 borang telah diedar kepada Pati di seluruh Sandakan,” ujar Zainuddin yang menggesa agar Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara membuat penjelasan supaya tidak ada pihak yang teraniaya; dalam kegiatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan menghina Yang Di Pertua Agong sebagai Ketua Negara.

Jika gerakan pendaftaran Pati pada 1991 hingga 1993, kata Zainuddin dilakukan melalui pelbagai modus operandi termasuk penglibatan Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) dan kali ini lebih dasyhat kerana menggunakan borang JPN.

Tidak boleh tidak, kata Zainuddin, Kementerian Dalam Negeri dan Presiden UMNO harus menyatakan pendirian sama ada mereka terlibat sebagaimana penglibatan Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub dalam Sindiket IC Projek di era Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri.

“Apakah kegiatan ini direstui Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan dibiayai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang menjadi dalang pada 1991 kerana melibatkan begitu banyak cawangan UMNO di Sandakan?,” tanya Zainuddin yang kecewa kerana sistem keselamatan identiti Negara begitu mudah dipalsukan dan tidak ada sebarang tindakan diambil setakat ini.

Buat masa ini kata Zainuddin, beliau belum bercadang untuk membuat sebarang laporan polis kerana mendapat maklumat ada Pegawai Cawangan Khas Polis yang terlibat dalam kegiatan ini dan tidak percaya polis boleh menangani atau menyiasat isu yang berkaitan dengan keselamatan Negara.

“Membuat laporan polis sama juga dengan perbuatan mencurah garam ke lautan kerana polis tidak akan menyiasat kes ini disebabkan berkaitan agenda politik UMNO yang ada imuniti dalam sistem kepolisan Negara,” ujar Zainuddin yang menggesa rakyat tempatan Sabah bangun membantah Gerakan Operasi Khas mendaftar Pati sebagai warganegara Malaysia.

Gelombang IC Projek di zaman Najib, kata Zainuddin begitu ketara kerana pemimpin UMNO yang semakin kehilangan pengaruh dan hakisan kuasa akan menghalalkan cara merekrut Pati sebagai ahli setelah mereka mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang.

“UMNO dan Kerajaan tidak lagi boleh membaling batu dan menyembunyikan tangan mereka yang mencipta begitu ramai warga asing dan menternak pengundi untuk memastikan mereka terus berkuasa,” tegas Zainuddin yang mendesak agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membahas isu yang meracuni pemikiran rakyat Sabah ini di Parlimen.

Dalam pada itu, usaha Sabahkini.net untuk menghubungi Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Haji Jaafaer Henry tidak berhasil kerana dimaklumkan beliau bertugas di luar kawasan.

Bagaimanapun Editor telah menghantar SMS kepada beliau dan daripada jawapan SMS yang diterima, pihaknya akan menyiasat kes ini dengan segera dan akan memaklumkan hasil siasatan kelak

sumber www.sabahkini.net

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian detikdaily.net. Detikdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Siapa calon terbaik MIC di Hulu Selangor?

Oleh B. Anbumani

Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sekali lagi menjadi tumpuan. Sebagai orang nombor 2 dalam MIC selepas Datuk Seri S. Samy Vellu, beliau kini berdepan dengan masa yang paling mencabar dalam karier politiknya dan masih menaruh harapan yang tinggi untuk dicalonkan semula pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Sekiranya pada tahun 1990, Parlimen Hulu Selangor menjadi “gelanggang pemangkin” bagi menerangi karier politiknya, kini selepas 20 tahun Palanivel mengharapkan sentuhan luar biasa dari arena yang sama untuk menghidupkan semula masa depan politiknya selepas kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dengan majoriti tipis 198 undi.

Malah masa depan MIC juga menjadi pertaruhan di Hulu Selangor. Selepas menerima tamparan hebat pada PRU 12, MIC dikatakan berdepan pula dengan tanggungjawab yang paling kritikal untuk menunjukkan kemampuan, kesungguhan dan iltizam mereka untuk merampas semula Parlimen Hulu Selangor.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding di pilihan raya kecil Hulu Selangor telah melenyapkan pelbagai andaian dan spekulasi yang timbul sebelum ini antara MIC dan Umno.

Namun kata-kata Najib ketika berucap di Konvensyen Umno Selangor baru-baru ini cukup tajam sekali. Daripada ekspresi wajahnya jelas sekali menunjukkan beliau begitu serius mahukan BN bangkit di Selangor dan bukan asyik bercerita pasal bakal calon.

“Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas.

Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau menang, bukan MIC menang tetapi BN juga yang menang”, katanya dengan cukup lantang.

MIC seharusnya menghargai keputusan Perdana Menteri yang sekali lagi telah meletakkan dirinya sebagai “Perdana Menteri untuk semua kaum” dalam pendiriannya meletakkan calon MIC bertanding di Hulu Selangor, walaupun awal-awal lagi sudah ada desakan dan tekanan yang kuat daripada Umno yang mahukan kerusi tersebut.

Keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor sudah ditandingi MIC sejak 1986. Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sekali lagi mencalonkan nama Palanivel sebagai calon MIC untuk membawa cabaran BN.

MIC perlu membuktikan kekuatan serta semangat berpasukan mereka untuk menebus semula kerusi tersebut. MIC yang dikritik hebat, ibarat mengalami “cedera parah” selepas PRU 2008 perlu menggunakan peluang ini untuk menepis segala kritikan tersebut.

Najib sekali lagi telah memberi kepercayaan kepada MIC. MIC yang masih dianggap parti yang mewakili masyarakat India di negara ini perlu bangkit dan berkerja keras sekiranya ingin “menjuarai “ masyarakat India selepas ini.

Jangan sesekali menghampakan harapan Perdana Menteri yang masih percaya dan yakin MIC akan dapat merampas kembali Parlimen Hulu Selangor. Jadikan Hulu Selangor sebagai gelanggang untuk menyatupadukan masyarakat India yang kini sudah mula hampa dan muak dengan perkembangan yang melanda pertubuhan dan parti-parti yang lain yang kononnya mahu membantu masyarakat India.

Jangan pula jadikan pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai medan untuk cantas-mencantas pemimpin-pemimpin MIC. Sudah ada bermacam-macam cerita dan sms yang semakin kencang berterbangan di kalangan ahli-ahli MIC mengenai isu tersebut melibatkan pemimpin utama MIC.

Di antaranya ada percubaan melaga-lagakan antara Palanivel dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam yang kini menjadi wakil tunggal MIC di Kabinet. Sebaliknya Dr Subra yang juga Naib Presiden MIC menafikan hubungan beliau dengan Timbalan Presiden MIC itu mula dingin sebaliknya berikrar akan menyokong penuh Palanivel bertanding semula dan akan berkerja keras memastikan kemenangannya.

Jangan pula ahli-ahli MIC bertindak “tikam dari belakang” pemimpin mereka sendiri. Mereka perlu ingat, sebarang kegagalan dan kejatuhan di Hulu Selangor nanti boleh melenyapkan masa depan parti kesayangan mereka sendiri. Ini bukan masa untuk meneropong jawatan Kabinet ataupun sebaliknya, tetapi masa untuk menunjukkan kebangkitan semula MIC dan juga BN.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peluang sekali lagi kepada MIC. Jadi, pilihan raya kecil ini merupakan maruah kami. Sekiranya kalah, MIC berkemungkinan akan berkubur,” kata Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor V. Mugilan.

Berbalik pasal calon, selain nama Palanivel, antara nama-nama lain turut menjadi perhatian ialah Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor V. Mugilan dan Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan.

V. Mugilan 35, yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda MIC Pusat merupakan “anak didikan” Palanivel dan merupakan anak watan kawasan Hulu Selangor yang berasal dari Ladang Kerling. Kamalanathan pula dari Rawang.

“Kemunculan nama-nama calon ini merupakan satu perkembangan positif kerana kalau ada musim pilihan raya kecil sudah pasti nama calon-calon prospek akan diketengahkan. Ini menunjukkan MIC tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber.

“Terpilih atau tidak perkara kedua tetapi mereka adalah antara barisan pemimpin pelapis MIC di kawasan tersebut. Yang pasti pengundi tidak mahu calon dari luar kawasan,” kata seorang pemimpin MIC kepada penulis.

Di sebalik cerita mengenai bakal calon ini, nama Palanivel dikatakan masih mendahului senarai kerana kapasitinya sebagai Timbalan Presiden MIC dan juga sebagai mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang paling berpengalaman sejak empat penggal.

Cuma Palanivel perlu mencari pendekatan yang lebih mesra rakyat untuk menawan pengundi Melayu dan Cina termasuk pengundi atas pagar. Beliau juga perlu keluar daripada sindrom “persepsi” mengenai dirinya di kalangan penduduk tempatan sekiranya terpilih nanti.

Ada juga berpandangan, imej Palanivel dapat diperkasakan sekiranya Presiden MIC mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Timbalannya sekiranya beliau terpilih sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor nanti. Pelan peralihan kuasa ini boleh memberi imej baru kepada MIC, termasuk kepada pemimpinnya.

Ingat, jangan kerana karektor seseorang pemimpin menyebabkan parti kalah. Dahulukan masa depan ahli-ahli parti serta cita rasa rakyat dan utamakan pencapaian parti. Pemimpin perlu popular di mata rakyat bukan sekadar popular di mata ahli-ahli parti sahaja. — U/M

* B. Anbumani ialah perunding media dan pemerhati politik.

Detikdaily.net

9 borang diambil, ramai calon dijangka saing di Hulu Selangor

Oleh G. Manimaran

Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil — kemungkinan berulang di Hulu Selangor?Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil selepas ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.

“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),” katanya.

Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

“Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat petang ini (semalam).

“Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa ada masa lagi (menjelang hari penamaan calon)

“Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan calon,” kata beliau.

Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan jawatan.

Detikdaily.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111