" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, May 2, 2010

Di mana sultan Selangor?

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - ucapan sultan Azlan Shah ketika beliau dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
Prof Dr Abdul Aziz Bari bertanya:
Di mana sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluaran arahan untuk menghalang tazkirah di masjid-masjid dalam bulan Ramadhan? Apa yang sultan itu buat ketika Khir memusnahkan sebuah masjid di Bangi dan mengunci* satu lagi masjid di Batu Tiga beberapa tahun lalu.
Raja Petra pula berkata:
The monarchy is suffering from a serious case of a bad image. Malaysians no longer look at the monarchy with respect as in the days gone by. The dignity the monarchy once had is no longer there. If you were to conduct a poll or referendum, you would most likely find that more than 50% of Malaysians would vote in favour of a Republic of Malaysia.

Under Malaysian law, this is a crime under the Sedition Act. If you ask for the monarchy to be abolished you can be arrested and sent to jail. So no one dares say so openly. But in the privacy of their homes or in closed discussions, the majority of Malaysians would admit they see no more use for the monarchy.
Malas nak terjemah. Tapi lebih kurang dia kata, kalau kita minta sistem beraja dalam negara ini dihapuskan, ia satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Tapi secara bisik-bisik sesama sendiri, majoriti rakyat mengakui bahawa mereka tidak nampak sebarang manfaat.... (Malaslah nak tulis habis. Pi baca sendiri dalam artikel Malaysia Today semalam bertajuk "Restoring the dignity of the monarchy").

Yang menarik sangat untuk dinantikan, adakah selepas ini ada pulak yang menggelejat dan membuat laporan polis terhadap Dr Abdul Aziz dan RPK?

Tu yang menarik. Yang meluat sangat untuk dilihat ialah apabila PAS buat hal yang tidak pro-raja, Umno yang memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide mengamuk. Bila Umno pula buat hal yang tidak pro-raja, PAS menerkam giliran dia pula untuk mengamuk.

Berkaitan:
Nak buat lagu mana, aku selalu minum kat Selangor (29/4/10)

Nota kaki:
*Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 114:
Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Kata as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir:
Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan untuknya…juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat” (1/144, Beirut: Dar al-Khair).

Sumber : Penarikbeca

Terima Kasih umNO terima katak tiada kualiti

Badrul menyerah borang keahlian umno keada najib

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan (ADUN) Klang Badrul Hisham mampu berkhidmat kepada rakyat selepas menyertai Umno.

Beliau berharap Badrul yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas, akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat yang benar-benar berwibawa.

"Saya berharap beliau bertanding sebagai wakil Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menempatkan seseorang yang lebih canggih dan lebih baik. Terpulang kepada rakyat untuk memilih,” katanya.

Badrul menjadi wakil bebas setelah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat 6 bulan lepas menyertai Umno Jumaat lalu dengan menyerahkan borang ahli kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Khalid juga meminta rakyat sendiri menilai sejauh mana prestasi Badrul sebagai ADUN bawah Umno-BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin turut mengalu-alukan perkembangan terbaru ini dan gembira kerana Umno sudi mengutip pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan beliau (Badrul) dan kita ucapkan terima kasih kerana Umno bersedia menerima pemimpin atau wakil rakyat yang tidak berkualiti seperti itu.

“Ini menunjukkan Badrul keluar PKR dan jadi ADUN Bebas hanya sementara. Hari ini membuktikan bahawa Badrul sebenarnya mahu kembali kepada Umno dan mendapat ganjaran dan tawaran.

"Sebab itu kita dalam PKR tidak berasa tergugat dan terkesan,” katanya. batuvskayu

Musa Hassan Anggap PDRM Milik Peribadinya

Kematian Aminulrasyid Amzah ditembak polis kerana tidak berhenti setelah diarah pihak polis untuk berhenti. Suatu peristiwa tragis, sedih dan menyayat hati ibu bapa dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid dan syahdunya turut dirasa oleh rakyat jelata. Kita masih dalam trauma kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam itu. Seribu satu pertanyaan belum terjawab dalam benak kita.

Menurut berita TV3 bahawa polis mengejar pemandu kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid dalam masa yang sama kononnya kereta itu menuju nak melanggar polis. Kalau mengikut istilah polis "mengejar" ertinya polis dibelakang kereta yang dipandu Amirulrasyid. Kalau dikatakan kereta yang dipandu Amirulrasyid "menuju ke arah polis" ini bererti polis dan kereta yang dipandu Amirulrasyid "bertentangan?" Yang mana satu cerita betul?

Kalau pun kereta yang dipandu oleh Amirulrasyid menuju ke arah polis, "daripada menembak mangsa tanpa lesen itu, polis punya pilihan untuk mengelak ketepi laluan?" Apakah mesti dihukum tembak kalau seseorang memandu tanpa lesen itu atau lari semasa diarah berhenti oleh polis?

Polis tentunya punya 'walkie talkie', boleh meminta bantuan peronda yang lain untuk mengejar Amirulrasyid daripada polis menggunakan senjata untuk membunuh budak yang baru berusia 14 tahun itu.

Berita TV3 melaporkan bahawa sudah 4 tahun polis meminta peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membeli perakam video untuk merakamkan apa sebenarnya berlakusekiranya ada kejadian buruk berlaku tetapi kerajaan tidak ada wang peruntukan.

Kita sangat heran sikap kerajaan Umno-BN kalau dalam PRK Hulu Selangor beratus juta RM dapat diagihkan dalam sekelip mata tetapi sekadar membeli perakam video untuk merakamkan jenayah, kerajaan tiada wang peruntukan? Apa sudah jadi dengan kerajaan Umno-BN ini?

Kita dengar cerita cerita orang kedai kopi 1Malaysia sudah genap "Kugan mati dalam kawalan polis, Teoh Beng Hock mati dalam kawalan SPRM dan Amirulrasyid mati ditembak polis maka genaplah sudah slogan 1Malaysia". Ini cerita kedai kopi saya kurang yakin, saya tidak tahu apa perasaan pengundi 1Malaysia slogan Datuk Najib?

Memanglah IGP Musa Hassan mengugut rakyat, kita terbaca dalam Malaysiakini bahawa beliau akan arahkan anggota polisnya tidak mahu lagi menangkap Mat Rempit dan menjaga jenayah dikawasan kawasan tersebut. Musa Hassan berlagak macamlah dia yang bayar gaji anggota angota polis tersebut. Seolah-olah semua anggota polis itu, dia yang punya.

Kita difahamkan sebuah panel khas yang ditubuhkan, tidak akan menjalankan siasatan sendiri sebaliknya berfungsi memantau siasatan polis. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, yang mengetuai panel itu, berkata panel khas itu akan memastikan siasatan yang dijalankan polis dilakukan secara adil dan telus.

Boleh percaya kah siasatan polis yang dipantau oleh Menteri Umno-BN? Kenapa tidak bentuk Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang diketuai oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Prof Khoo Kay Kim dan Prof Agus? Bukan apa, cuma wibawa polis ini sudah banyak dipertikaikan oleh rakyat. Bukan tidak yakin tapi masih kurang percaya imej polis ini belum sembuh sepenuhnya selagi Musa Hassan belum bersara kata orang kedai kopi. - Datuk Halik Zaman. greenboc

Ugutan Bunuh: TGNA Tak Layan

Nik Aziz tak layan kenyataan ugutan bunuh

KOTA BARU, 2 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan yang menyentuh isu peribadinya termasuk ugutan membunuh dilaporkan dalam laman sosial Facebook.

Mursyidul Am PAS itu juga tidak mempedulikan apa sahaja kenyataan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk kenyataan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang juga penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella.

Ketika ditanya pemberita Nik Aziz (gambar) hanya menyifatkan apa yang diperkatakan mengenainya berhubung kesemua isu itu tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.

“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 50 anggota rombongan Koperasi Takaful Ibnu Al-''Asr dari Thailand di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan terhadap Nik Aziz itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur. — Bernama

Ulasan GB

Alhamdulillah. Sikap TGNA terpuji. GB telah dari awal menyatakan itu semua kerja budak-budak. Tak payah di;ayan lebih baik.

Yang cuba ugut itu pun sebenarnya tak kenal TGNA. Mereka kenal TGNA hanya dari cerita-cerita dari media massa arus perdana.

Termasuklah kumpulan itu, kumpulan blogger UMNO yang bukan mengkritik, tapi menghina TGNA, siap dengan gambar-gambar lucah yang direka-reka untuk menjatuhkan maruah TGNA.

Namun maruah TGNA tidak jatuh lantarannya. Semakin hebat pula bantuan Allah kepadanya.

Pengawal Istana Kelantan Ditembak

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan di pejabat Sultan Kelantan ditembak di dada oleh dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada jam 12.25 malam semalam di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, mangsa, Ramli Mohd, 50, kini kritikal dan menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa Ramli dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat waktu bertugas di Istana Negeri pada tengah malam.

“Mangsa ditembak dari jarak dekat di dada dan peluru masih berada dalam badan mangsa.

“Ramli bertugas sebagai pengawal istana sejak 17 tahun lalu, dan bertanggungjawab mengawal keselamatan keluarga DiRaja serta membantu tugas-tugas pengawal peribadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui HRPZ II, di sini.

Turut berada di hospital tersebut ialah ibu mangsa, Bidah Jusoh,70, isterinya, Maznah Mustafa, 50, serta lima anak mangsa.

Anak bongsu Ramli, Mohd Faris, 18, berkata, kejadian itu berlaku tiga kilometer daripada rumahnya.

“Menurut ayah, suspek melepaskan dua das tembakan selepas memotong motosikal yang ditungganginya sebelum membuat pusingan U dan melepaskan dua das lagi tembakan,” katanya yang dapat bercakap dengan bapanya di wad ICU.

Sementara itu, isterinya, Maznah ketika ditanya tidak dapat memberikan sebarang penjelasan kerana masih bersedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya itu.

Mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Pinang mempunyai lima anak dan pernah berkhidmat selama 15 tahun sebagai tentera .

Sementara itu, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bertitah meminta Ketua Polis Kelantan memberi tumpuan untuk menyiasat segera kes ini secara terperinci dan menyeluruh.

(Sinar Harian)

PUISI: TERUSKAN PERJUANGAN

Sahabatku,

Biawak-biawak sadis yang sentiasa mencakar tuannya

Telah dibeli orang, menyusul

katak-katak cilik comel malah ikut berlompatan, dengan

gembira ria dan seronoknya

Tapi, percayalah, akan ada lagi

Penohok kawan seiring

Gunting dalam lipatan, yang sedang

menunggu tawaran tertinggi

Sahabatku,

Begitulah cabaran berjuang di

Gelanggang yang lebih sadis daripada jahiliyyah,

Mereka tidak pernah mendengar, tahu dan faham

Apakah makna bohong, fitnah dan zalim, bahkan

Mereka langsung tak tahu apakah itu dosa

Bagaimana mereka akan faham itu semua, sedangkan

Merekapun tidak tahu apakah itu malu, yang mereka faham

Kemaluan, itulah buah butirnya siang malam, yang

dijaja ke hulu ke hilir merata ceruk.

Sahabatku,

Belajarlah dari sejarah,

Mana ada pejuang

Tidur bercadarkan sutera

Makan bersudukan emas

Semua yang demikian, adalah

Penjual bangsa,

Penggadai maruah

Pengambil rasuah

Sahabatku,

Kalau kau pun bermimpi mahu tidur di mahligai

Sila angkat kaki dari sekarang, kerana

Kau pasti akan kecewa

Gelanggang ini hanyalah untuk

Orang-orang yang darah dagingnya pengorbanan

Kepuasannya pada keseronokan umat

Kebanggaannya pada keselesaan rakyat

BORNEO MENGGUGAT

KOTA KINABALU, 25 APRIL 2010

1 Mei bukan sekadar hari pekerja – Anwar

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh 1 Mei bukan hanya berkisar pada sambutan hari pekerja tetapi ia juga mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan tuntutan terhadap pengagihan kekayaan ekonomi negara yang lebih adil dan seimbang.

Beliau yang juga Ketua Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat memberitahu, limpahan kekayaan ekonomi Malaysia tidak sepatutnya berkisar hanya pada pemerintah dan keluarga mereka sahaja tetapi ianya mestilah berpaksi kepada keadilan untuk semua seperti mana yang termaktub dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat.

“Agenda Ekonomi Malaysia berpaksi di atas keadilan untuk semua dan apa yang disanggah di negara ini adalah kerana limpahan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir dan (pada masa yang sama) meminggirkan majorti rakyat terutama golongan pekerja.

Justeru tibanya tarikh 1hb Mei, merupakan peringatan kepada kita untuk mendakap serta meraikan kemanusiaan, keadilan dan tuntas berusaha menjadi yang terbaik.

Kini ianya tidak lagi sekadar berkisar perjuangan para pekerja, bahkan juga seputar tuntutan kemajuan ekonomi seimbang dan adil.

Kekayaan negara menumpuk bukanlah bererti khazanah negara milik pemerintah dan keluarga mereka sahaja,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, katanya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan berhak untuk bersama-sama mengecap peluang hasil kemakmuran ekonomi negara.

“Kita tidak mampu melangkah jauh jika kemiskinan dan ketidakadilan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Pakatan Rakyat tuntas menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia walau apapun ras dan kepercayaannya berhak untuk bersama-sama mengecap peluang serta membina kembali negara ini dari kelembapan ekonomi yang melanda,” tambahnya di laman blognya sempena sambutan hari pekerja hari ini.

Rashid Sidek dan Anaknya Disahkan Positif H1N1

Oleh Era Pakatan

KUALA LUMPUR : Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.

Rashid merupakan salah seorang jurulatih skuad kebangsaan yang terlibat di dalam Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung mulai 9 hingga 16 Mei ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Sementara itu Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata, satu pemeriksaan kesihatan akan dilakukan ke atas semua pemain skuad kebangsaan pada Isnin ini untuk memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut.

Katanya ISN dan KKM juga akan membuat pemantauan teliti bagi membendung penularan wabak tersebut pada kalangan pemain skuad kebangsaan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang dihubungi Bernama pula berharap kejadian tersebut tidak akan akan memberi kesan negatif kepada moral skuad negara.

"Saya harap pemain badminton negara terus cekal untuk hadapi kejohanan tersebut dan bebas dari wabak H1N1," katanya.

Zolkples berkata kemungkinan besar wabak H1N1 tidak akan berjangkit dengan pemain negara kerana Rashid dipercayai mendapat jangkitan itu di rumah.

Namun katanya pemantauan teliti perlu dibuat.

UMNO Bakal Berpecah-belah Dengan Perlantikan Ezam

Perlantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator tidak menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya diyakini akan menyebabkan pepecahan dalam UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau yakin sebahagian besar pemimpin UMNO tidak bersetuju dan berpuas hati dengan pelantikan Ezam yang baru dua tahun menyertai UMNO dilantik sebagai senator.

“Dalam kalangan pemimpin UMNO juga ramai yang tidak begitu senang dengan kehadiran Ezam dalam parti apatah lagi dengan layanan hebat Perdana Menteri dengan melantiknya sebagai senator.

“PKR begitu simpati dengan pemimpin UMNO yang lain yang lebih layak diberi ruang. Apa yang berlaku ini ibarat pepatah “kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas persepsi penganalisis politik yang membayangkan kehadiran Ezam dalam Dewan Negara akan menggugat kestabilan PKR dan memberi kesan kepada Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai pelantikan Ezam sebagai senator, Shamsul menyifatkannya sebagai ‘habuan politik’ setelah berjasa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Nampaknya UMNO juga ketandusan pemimpin muda dengan melantik pemimpin ‘kitar semula’ yang dahulunya musuh ketatnya mewakili parti di Dewan Negara,” katanya.

Ezam adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin ini. SumberGB.

KALAU BERANI SANGAT, DATANGLAH KE KELANTAN!!

Betul ke kamu hendak bunuh Tuan Guru Nik Aziz? Jika benar, datang lah ke Kelantan. Agak-agak berani ke? Jika sekadar bercakap je, lebih baik tak payah jadi anak jantan. Aku tak ambil tahu samada budak gila tu dari Pemuda Umno ke, PKR ke, PAS ke atau DAP. Aku juga tidak kisah sangat samada pihak Polis hendak siasat atau tangkap budak gila ni.

Sudah hebat dan kuat sangatkah tulang belulang budak gila ni? Gedebe sangat ke? Di dalam face book boleh lah cakap apa pun, tetapi datang lah ke Kelantan. Sebelum hendak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, sila berdepan dulu dengan anak murid Tuan Guru. Tak payah main bunuh-bunuh, kita main penumbuk je. Berani ke tali gantung kunun. Bercakap berdegar-degar serupa la macam pemimpin yang dia sokong sangat tu.

Apa dia ingat Tuan Guru Nik Aziz tu sebatang kara je ke kat dunia ni? Budak gila ni ingat undang-undang kat negara ni mak bapak dia yang buat dan jaga. Aku tengok muka dia pun, aku rasa sekali lempang je dah menangis budak ni. Kesian juga melihatkan perangai budak gila ni. Hendak dikata mak bapak dia tak ajar memang tak patut. Hendak kata bodoh berpelajaran juga. Senang cerita kita anggap je dia ni budak gila, abis cerita.

Angka - 1725 yang tersirat


17 APRIL HARI PENAMAAN CALON

25 APRIL HARI PENGUNDIAN

MAJORITI BN 1725

BERSIH Perlu Dihidupkan Semula

Calon Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyeru badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menghidupkan kembali gerakan memulihkan sistem pilihanraya tanahair.

Mengulas apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid berkata, rakyat Malaysia tidak harus membiarkan senario seperti pilihanraya kecil Hulu Selangor berulang kembali.

“Kita harus mempunyai pilihanraya kecil yang bebas. Saya menyeru badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti BERSIH untuk menghidupkan semula kempen-kempen supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan undang pilihanraya diaplikasikan di negara ini sama dengan negara lain" ujar Zaid.

Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu, kerajaan UMNO telah menggunakan segala taktik yang ada termasuk memberi sogokan RM 50 ribu kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya, mendirikan sebuah sekolah Cina bernilai RM 3 juta dan banyak lagi untuk membeli undi penduduk.

Mengulas kenyataan Zaid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perhimpunan BERSIH pada 10 November tahun lalu berkata, seruan dari mantan Menteri Undang-undang itu mempunyai asas yang begitu kuat.

“Saya kira pengalaman di Hulu Selangor ini sesuatu yang membuktikan tidak ada perubahan pun yang berlaku seperti yang dijanjikan oleh BN. Mereka masih lagi mengamalkan perkara yang nampaknya sama. Menggunakan satu pendekatan yang mencemar demokrasi” ujar Azmi.

“Jadi seharusnya memang rakyat perlu bangkit untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh bertoleransi lagi dengan amalan yang dibuat begini. Jadi saya kira ada relevannya supaya rakyat sekali lagi menyatakan pendiriannya melalui apa cara sekalipun seperti BERSIH tetapi mesti ada sesuatu yang dilakukan” tambah beliau lagi.

Isu RM4 juta: Husam Tempelak Kickdefella

Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Husam Musa menempelak blogger, Kickdefella yang mendedahkan dirinya menerima RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan turut mempersoalkan motif sebuah akhbar tempatan yang membesarkan tulisan blogger tersebut.

“Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang Perdana Menteri, nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

“Sesetengah orang mungkin kata RM4 juta terlalu mahal dan sesetengah pula akan kata murah, kalau dengan RM4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah,” katanya ketika dipetik dalam blognya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mengakui menerima peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk melakukan operasi gerak saraf bagi mempermudah Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Husam berkata, jika benar kenyataan yang dikeluarkan oleh blogger tersebut, maka tidak susah untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri.

“Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat RM4 juta untuk burukkan sesiapa.

“Perdana Menteri macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar RM4 juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah, kelemahan kepimpinannya boleh ceritakan segalanya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Husam turut menempelak Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Mustapa Muhamed yang mengkritik Kerajaan Negeri berhubung dengan pendedahan Kickdefella tersebut.

”Kalau dengan RM4 juta rancangan Datuk Mustapa tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja, UMNO belanja entah berapa ratusan juta, tetapi untuk tewaskan satu negeri, belanja RM4 juta sudah cukup kira jimat dan hebat,” katanya.


Murahnya nak jatuhkan PM kita

Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah.

Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah?

PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu.

Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?

UMNO Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan UMNO Kelantan. Empat juta.

Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja UMNO belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan UMNO satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

Rupanya tak susah sangat nak tewaskan UMNO Kelantan dan kalau dengan empat juta UMNO satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki UMNO seluruh Malaysia. Rasanya UMNO akan kecut.

Dunia blogger ada indahnya.

Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja.

Setahu saya, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita.

Saya pun tak tahu sangat apa beza gerak saraf perang saraf dan operasi berkaitan saraf.

Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta! Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat.

Pemimpin Umno-BN buka laluan saman Sultan

Oleh LanH

Tidak lama dulu, kerap berlaku tunjuk perasaan (demonstrasi) dan laporan polis. Jika dulu demonstrasi sinonim dengan apa didakwa kumpulan pembangkang, kini orang Umno daripada sayap Pemuda (termasuk Putera) dan Puterinya pun sudah pandai menunjuk perasaan.

Mereka menunjuk perasaan dalam pelbagai isu daripada tol dan kehilangan kuasa (seperti di Pulau Pinang) dan kini dalam soal kedaulatan raja iaitu isu derhaka dan saman ke atas Sultan Perak yang diuar-uarkan akan dikemukakan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam soal ini, pemuda dan pemudi (puteri) Umno cepat melenting, tetapi maafkanlah mereka sebab mereka berdarah panas kerana begitulah adat muda, pantang dicabar sudah naik angin untuk melawan.

Baguslah, sebab ia menunjukkan mereka ada harga diri, mempertahankan sesuatu yang mereka lihat wajar dipertahankan.

Tetapi sebagai golongan muda yang masih banyak masa untuk merenung dan berfikir serta mentelaah, mereka sewajarnya mengkaji sebaik-baik dan mendalam apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh, peguam tersohor itu. Penulis bukan mahu mempertahankan Karpal, tetapi mahu tahu apa landasan menyebabkan beliau berani bertindak menyaman Sultan.

Dalam satu sidang akhbarnya (selepas banyak laporan polis dibuat terhadapnya), yang sempat penulis lihat dalam ruangan berita TV3, Karpal Singh yang berkerusi roda, antara lain berkata, dia mempunyai premis yang baik untuk menyaman Sultan Perak.

Kata Karpal, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan faham apa yang dia perkatakan, dan dia (Karpal) meminta wartawan bertanyakan sendiri perkara itu kepada Sultan.

Penulis sendiri tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Karpal; dan setakat ini belum lagi membaca laporan (wartawan) berkaitan apa yang disuruh Karpal Singh tanyakan kepada Sultan.

Bagaimanapun, atas perasaan ingin tahu, dan selepas bertanyakan rakan-rakan, penulis berpeluang menyemak buku teks sekolah yang membicarakan Perlembagaan Negara.

Buku itu adalah; Teks Pengajian Am STPM Kertas 1 dan 2 (Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd - Oxford)

Penulisnya adalah Wong Khek Seng; Raminah Haji Sabran; dan Kok Meng Kee.

Dalam Bab 6: Sistem Kehakiman Malaysia ditulis:

Mahkamah Khas (muka surat 183)

1. Mahkamah-mahkamah Khas membicarakan kesalahan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

2. Mahkamah ini tertutup (kecuali Mahkamah Syariah) dan tidak terbuka kepada orang ramai.

Jadual 6:4 (Jenis-jenis Mahkamah Khas di Malaysia) Mahkamah Khas Raja-Raja � kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan.

Mahkamah lain adalah Mahkawan Juvenil; Mahkamah Syariah; Mahkamah Tentera; Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah Khas Raja-Raja (muka surat 185-186)

1. Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993.

2. Mahkamah ini membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan mana-mana negeri atas sifat peribadinya.

3. Bidang kuasa mahkamah ini sama seperti Mahkamah Awam yang lain melalui Perlembagaan atau Undang-Undang Persekutuan dan pejabat pendaftarannya adalah di Kuala Lumpur.

4. Prosiding Mahkamah Khas Raja-Raja diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat.

5. Tindakan atau prosiding mahkamah ini hanya mula dimulakan oleh Peguam Negara.

Keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja

Perkara 182, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan mahkamah ini:

1. Dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

2. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi.

3. Dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan/Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Bidang Kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja

1. Mahkamah Khas ini mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan negeri-negeri di dalam Persekutuan.

2. Mahkamah Khas memiliki bidang-bidang kuasa sam seperti mahkamah-mahkamah awam yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

3. Semua prosedur sivil dan jenayah di mahkamah-mahkamah awam boleh dilaksanakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.

4. DYMM atau Sultan terpaksa turun takhta jika dipenjara sehari atau lebih.



Demikianlah, selepas membaca bahagian ini, barulah penulis faham mengapa Karpal Singh begitu berani mahu menyaman Sultan Perak. Dia yakin dia ada hak berdasarkan kewujudan Mahkamah Khas Raja-Raja ini.

Berdasarkan catatan buku itu dinyatakan, Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993. Jadi apa sebenarnya yang berlaku pada tahun ini?

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Kapal tidak akan dapat menyaman Sultan Perak tanpa Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja�Raja) yang turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri (sekarang ini) Najib Razak dan ramai menteri dan ahli Parlimen BN yang masih berkhidmat sehingga hari ini.

"Pindaan itulah yang mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu," katanya, sambil menambah adalah menghairankan ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah Karpal.

"Sepatutnya mereka menunjuk perasaan di depan pejabat Najib membantah tindakan beliau dan para pemimpin Umno dan BN lain yang menyokong dan meluluskan rang undang-undang yang membolehkan raja-raja Melayu disaman," katanya.

Karpal, katanya, tidak akan mendapat laluan jika pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu. "Adalah kelakar jika orang menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan itu tidak dimarahi," katanya.

Berdasarkan FAKTA buku Pengajian Am itu, adalah penting untuk penunjuk perasaan Umno terutama pemuda dan puterinya yang berpendidikan tinggi (sekurang-kurangnya lepasan STPM yang sudah belajar Pengajian Am) untuk memikirkan rasional mereka menunjuk perasan.

Janganlah menunjuk perasaan berdasarkan sentimen emosi sebaliknya bertindaklah berdasarkan MAKLUMAT dan ILMU. Janganlah diingkari ilmu yang ditimba di sekolah dan universiti dulu!

Mengingati Said Nursi - pejuang dan reformis

Oleh Abdul Shukur Harun

Biasanya ahli sufi digambarkan sebagai orang yang kehidupannya penuh zuhud, mengasingkan diri dengan beruzlah dari hiruk piukuk dunia yang penuh pancaroba dan kemungkaran, berpakaian sangat sederhana. Sementara suaranya sangat perlahan dan tangannya tidak henti-henti menghitung tasbih.

Ini persepsi umum orang sufi yang digambarkan sejak zaman berzaman bukan saja di nusantara ini bahkan di Semenanjung Arab, Turki dan di pelbagai belahan dunia.
Namun gambaran ini sebenarnya berbeza, apabila seorang tokoh gerakan Islam Turki, Adi Badiozaman Said Nursi muncul bukan saja sebagai ahli sufi besar Abad Ke-20, tetapi juga sebagai pemikir dan reformis. Malah berusaha membebaskan agama dari dogmatisme dan sekularisme.

Pada kesempatan ini mari kita mengingati 135 tahun kelahiran tokoh besar ini, sebuah potret pejuang Islam yang demikian gigih dengan ketinggian akhlaknya, kesegaran dan dinamisme pemikirannya serta pandangan jauhnya.

Adi Badiozaman Said Nursi bukanlah tokoh sufi yang biasa digambarkan, tetapi ia sebuah Bintang Abad Ke-20 dengan keberaniannya merembas dogmatisme agama, berjuang menentang sekularisme dan ancaman atheisme/komunisme yang datang dari utara, bersemangat tinggi serta ketabahannya ketika bergelut dengan kepedihan kesunyian dan penderitaan.

Dialah pemimpin kumpulan Risalah-An-Nur dan kemudian digelar Jamaah An-Nur, sebuah gerakan Islam Turki yang sangat dimusuhi oleh pemimpin sekular Turki, Kemal Attaturk. Dialah tokoh sufi dan pejuang Islam yang diburu oleh pemerintah dan tentera Turki untuk membunuhnya. Namun dengan kekuatan peribadi dan ketokohannya, keazaman serta istiqamahnya kepada perjjuangan menegakkan Islam, Almarhum mengatur strategi perjuangan di pergunungan Anatolia, timur Turki. Dari sana Almarhum Said Nursi menulis pelbagai risalah mengenai Islam. Dengan bantuan ramai rakan seperjuangan Almarhum menggugurkan risalah tersebut dari kapalterbang ke merata tepat di Turki. Risalah tersebut menyeru rakyat Turki menerima Islam sepenuhnya dan menghapuskan sekularuisme yang dibawa oleh Attaturk.

Almarhum Said Nursi lahir di Qadha, sebuah desa kecil di wilayah Biltis di timur Anatolia pada tahun 1875 dan meninggal dunia pada tahun 1960. Almarhum adalah murid Sheikh Muhamad Jalali di Agra, India dan ulama terkenal dari Si’rad, Sheikh Fathullah Afandi.

Dalam hidupnya, Almarhum telah menyaksikan dua peristiwa besar - keruntuhan yang sangat trajis kekhalifaan Uthmani Turki yang bermula dengan lemahnya iman umat Islam ketika itu kerana mengabaikan ilmu pengetahuan mengenai Islam. Juga disebabkan terbatasnya peranan agama oleh golongan sekular kerana menganggapnya sebagai penghalang kemajuan.

Dua peristiwa besar inilah menyebabkan beliau berjuang terus memimpin Jamaah An-Nur serta mereformasikan citra Islam dengan memperkenalkan ilmu Islam seluas-luasnya di dunia pendidikan – sesuatu yang sangat ditentang oleh pemerintah diktator Kemal Attaturk. Pejuangannya ini menyebabkan Almarhum merengkuk di dalam penjara dan pengasingan selama 25 tahun.

Namun penjara dan pengasingan tidak melemahkan daya juang Said Nursi dan walaupun perjuangannya menghadapi tantangan yang amat hebat, tetapi Almarum menulis master-peacenya, ‘Risalah An-Nur’ yang mengandungi 130 tulisannya mengenai pelbagai topik, disusun dalam empat jilid.


Almarhum Said Nursi dilahirksn ketika pemerintahan Sultan Abd Hamid II - period terakhir pemerintahan Daulah Uthmaniyah Turki, iaitu ketika zaman menurun daulah terebut. Ini berlaku setelah negeri-negeri di bawah naungannya, khususnya negara Arab, dihasut oleh British dan negara Eropah yang lain supaya berpisah dari Daulah Uthmaniyah. Almarhum Said Nursi menyaksikan dengan pedih bagaimana nasionalisme Arab disuburkan oleh Barat sehingga sebuah demi sebuah negara Arab itu berpisah dari Daulah Uthmaniah. Negara Arab itu kemudian dengan bangga menubuhkan negara bangsa atas nama nasionalisme, tanpa mempedulikan nasib Islam dan daulah itu sendiri.

Dalam masa yang sama Almarhum Said Nursi menyaksikan Daulah Uthmaniah semakin melemah, akhirnya digantikan oleh pemerintahan sekular Mustafa Attaturk.

Di sinilah Almarhum bersama Jamaah An-Nurnya mengatur langkah mengadakan penentangan habis-habisan pemerintahan sekular Attaturk.

Ada dua hal yang wajar difikirkan apabila mengamati perjuangan Said Nursi ini. Pertama, walaupun ia seorang tokoh sufi besar Abad Ke-20, namun Almarhum telah keluar memimpin para pejuang Islam ke tengah lapangan, berada di tengah rakyat Turki yang dikepung oleh sistem pemerintahan sekular dan berusaha merobahnya. Pengaruhnya sangat luas dan kehebatnya diakui oleh musuhnya sendiri. Kedua, beliau adalah ulama besar zaman moden ini yang berusaha melakukan tajdid terhadap agama, namun Almarhum berpegang teguh kepada asas-asas Islam itu sendiri.

Ketika Sultan Abd Hamid II digulingkan, media massa Barat memberikan gambaran buruk kepada pemerintahan Sultan itu. Ia digambarkan sebagai sultan zalim dengan julukan Sultan Ahmar, iaitu Sultan Merah Darah, barbarian dan mundur. Di tengah itu golongan Ittihadi yang sekular menobatkan pula Sultan Muhammad Rasyad sebagai boneka Barat, sehinggalah Kemal Attaturuk berkuasa penuh sebagai Presiden Republik Turki dan berusaha keras menghapuskan sistem nilai Islam di negara itu.

Di tengah semuanya itu, Almarhum Said Nursi masih mengumpulkan kekuatan sehingga membuat markas di pergunungan Anatolia dan dari sana memperhebat penentangan terhadap Kemal Attaturuk. Ramai jamaahnya, termasuk ulama, dibunuh dan dipenjarakan namun sang sufi it terus melakukan perlawanan.

Almarhum Said Nursi telah meninggalkan kita, namun sosok agung ini seolah-olah sedang menyaksikan nasib umat Islam dipelbagai belahan dunia, termasuk di Turki sendiri, negeri kelahirannyan yang kini diperintah oleh AK Parti pimpinan Abdullah Gul dan Receep Tayyib Erdogan - dua tokoh Islam yang bersikap sederhana, percaya melalui demokrasi boleh melakukan reformasi daripada sistem pemerintahan Turki yang sekular kepada sistem Islam secara bertahap. Tentu saja pemerintahan keduanya ini terus menerus menghadapi masalah dengan tentera yang sekular, namun pemimpin AK Parti ini yakin, melalui demokrasi, suara rakyat Turki akhirnya akan memihak kepada Islam.

Bagi mereka yang berkunjung ke Turki dan mendalami sejarah negara yang cantik di perbatasan Eropah dan Asia itu, akan mengingati kembali perjuangan Said Nursi dan Jamaah An-Nurnya. Itulah episode sebuah perjuangan panjang dari seorang tokoh besar sufi dan reformis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111