" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, February 10, 2011

10 Warga Awam Palestin Cedera Akibat Serangan Udara Israel

BANDAR GAZA, 10 Feb – Sepuluh warga Palestin tercedera pada pagi Rabu (9/2) dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel yang bermula selepas tengah malam dalam siri serangan letupan ke arah hujung utara Semenanjung Gaza hingga ke selatan.

Jurucakap dari Perkhidmatan Kecemasan , Adham Abu Salmiya mengatakan bahawa lapan orang cedera ringan termasuk dua kanak-kanak dan tiga wanita. Yang terluka dipindahkan ke Hospital Bandar Gaza di utara Odwan Kamal.

Abu Salmiya mengatakan satu serangan disasarkan ke sebuah gudang ubatan di timur bandar Gaza.

Pesawat-pesawat tempur Israel juga dilaporakn telah menjatuhkan dua peluru berpandu di kawasan kosong di sebelah timur bandar Gaza, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Jauh di selatan, dua warga Palestin cedera ketika peluru berpandu Israel membantai sebuah pusat latihan yang digunakan oleh Briged Jihad Islam Al-Quds. Sumber-sumber perubatan mengatakan yang terluka adalah warga awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut.

Sebuah kenyataan tentera Israel mengatakan bahawa serangan tersebut menyasarkan “terowong keganasan,” yang “bertujuan untuk digunakan oleh pengganas untuk menyusup ke Israel dan untuk melakukan serangan keganasan terhadap warga awam Israel dan tentera mereka.” Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111