" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 6, 2011

Janji Melayu Hina Islam tak apa..

Oleh Penarik Beca

Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah dua surat khabar yang banyak mempengaruhi sebahagian orang Melayu. Tak kuasa saya nak membohongi kenyataan. Tak kuasa aku nak mendakwa kedua-dua akhbar itu tidak memberi kesan kepada pemikiran Melayu dari jenis yang akan menggelejat sakan kalau cetusan di negara-negara Arab seperti di Tunisia dan Mesir merebak ke negara ini.


Akhir-akhir ini, demi mengekalkan kuasa Umno, Utusan Malaysia kelihatan semakin galak mempamerkan dirinya sebagai pejuang Melayu dan pejuang Islam. Utusan Malaysia juga kebal. Orang buktikan dia api-apikan perkauman Melayu. Anda ingat kerajaan Umno akan ambil tindakan? Tunggulah sampai babi boleh terbang.

Setakat posting ini ditulis, saya buat carian tentang Mohsen Namjoo dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian (sila klik pada link, kalau nak klik). Tak ada. Saya harap laman berita milik MCA, mStar, boleh memberi perhatian.

Terkutuk apa pula Mohsen Namjoo itu? Sila klik di sini dan di sini. Saya tak nak bubuh gambar si kutuk itu dalam blog ini. Sakit mata. Pergilah kepada link tersebut kalau nak tahu.

Kalau anda tak mahu dikejar oleh polis, dipukul, dibelasah, dipijak, diterajang dan ditembak dengan meriam air, pergilah hurung Mohsen. Tetapi kalau anda nak kena kejar, kena belasah, kena pijak, kena terajang dan kena tembak dengan meriam air, pergilah sokong rakyat Mesir.

Hello, ini Malaysia yang diperintah Umno la! Janji Melayu. Hina Islam tak pa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111