albanjari | Kuching
Malam-malam di bandaraya Kuching sering saja bikin aku jadi dingin. Hujan kini tidak menentu turun. Siang juga sering mendung. Pandangan malam ini aku petik dari jendela kamar.., tempat aku bikin berita.
Berita tentang Sarawak. Sarawak yang domba perubahan ! Jangan fikir aku menginap di hotel besar, bujetku bukan bujet yang ditanggung BN. Aku harus berdikit-dikit berbelanja. Biarpun sekeping roti canai kosong yang nipis harus dibayar RM1.80 sen di kota bandaraya ini. Kota yang menghalau 'ebet-ebet Iban jua Bidayuh' jauh ke dalam hutan.
Setiap malam, bila pamit saja dari gelandangan. Disitulah aku memandang jauh dari bundarnya mataku, dibalik tirai yang tidak wangi. Bau tilam yang jika dicium lama, boleh memuntahkan segala isi dari perut sendiri. Busuk..! Ahh..! Apa aku peduli, aku menulis bukan dengan tilam ! Kecuali Pahin itu..tanpa tilam, mana mungkin sejelita (disebelah) mahu enak 'bermain-main'.
Setiap malam, bila pamit saja dari gelandangan. Disitulah aku memandang jauh dari bundarnya mataku, dibalik tirai yang tidak wangi. Bau tilam yang jika dicium lama, boleh memuntahkan segala isi dari perut sendiri. Busuk..! Ahh..! Apa aku peduli, aku menulis bukan dengan tilam ! Kecuali Pahin itu..tanpa tilam, mana mungkin sejelita (disebelah) mahu enak 'bermain-main'.
Motel tumpangan ini, cukup untuk aku mencatat pengalaman dan berita. Line WIFI yang disaji tip top. Lebih laju dari Celcom broadband yang aku bawa bersama.
Cuma, kadangkala..keseronokan menulis sering saja terganggu. Bilik motel ini tidak 'kedap' bunyi rupanya. Maafkan aku. Kerana kadangkala mood menulis aku ter'barai' apabila mendengar rasukan berahi dari dinding bilik sebelah. Ada 'urusniaga' sedang diurus ditepi kamar bilikku. Patutlah bau gambir sarawak, terkadang menerawang menusuk-nusuk bau nya ke lubang nafsuku. Hingga telinga aku yang mendengar jadi 'kebas'. Cilakak ! Tempat ngetest' gambir rupanya.
Cuma, kadangkala..keseronokan menulis sering saja terganggu. Bilik motel ini tidak 'kedap' bunyi rupanya. Maafkan aku. Kerana kadangkala mood menulis aku ter'barai' apabila mendengar rasukan berahi dari dinding bilik sebelah. Ada 'urusniaga' sedang diurus ditepi kamar bilikku. Patutlah bau gambir sarawak, terkadang menerawang menusuk-nusuk bau nya ke lubang nafsuku. Hingga telinga aku yang mendengar jadi 'kebas'. Cilakak ! Tempat ngetest' gambir rupanya.
Aku suka dengan foto ini. Aku suka dengan semangat yang ada disetiap 'olahan' ori dibaju sendiri. Hebat PAS. Bukan mudah baju D.I.Y ini mahu dicari. Maaf, baju-baju versi ini tidak dijual di Kuching Water Front. Jangan jadi gila mencari disitu. Kecuali jika kamu mahu mencari daging 'hidup'. Melambak ruai ter'sidai'. Hanya bawa RM, kamu bisa saja mencoba ke'jantan'an kamu selama mana kamu suka. Ubat 'kebas' juga tersedia dijual. Musim pilihanraya ini, pasti urusniaga yang di'urus' menjadi ganda-ganda lakunya. Amoi import juga dapat dilihat. Urusniaga yang membawa terus ke 'neraka'.
Muara Tuang. Kak Ani apa khabar ? Sejak beberapa hari ini, Kak Ani itu dilihat semakin cergas. Cergas dan sihat menemui pengundi di DUN yang hebat dengan 'jin' dan ilmu sihir bomoh upahan type. Nampaknya, bomoh sihir pula jadi 'kendor'. Mungkin tidak tahan 'panas' hasil serangan 'ghaib' para alimin yang tidak tidur bermunajat. Bukan saja pukang-pukang jin yang lari, dengan bomoh juga bertempiaran lari. Awas..! Hantar duit tak pa..jangan kamu hantar 'sihir' atau jin ke sini. Kering terbakar kamu nanti !
Kg. Boya Ledang, Asajaya
Politik Sarawak ini dikira unik. Melungsuri lorong-lorong kampung Iban di Kg. Boya Ledang buat hati jadi tertawan. Bukan tertawan kepada anak-anak gadisnya yang dikira cantik dan putih mulus. Jangan dimulakan hasrat yang tidak ada tepinya itu. Akrab mereka biarpun berbeza parti, tidak menjadi soal yang besar. Jangan terkejut jika anda temui rumah yang punya bendera bagai dan macam. Bendera PAS dan BN bercampur-campur diikat ke dinding rumah yang separuhnya hampir rebah ke bumi. Tapi itulah yang berlaku di Sarawak. Mereka meraikan demokrasi ala Sarawak.
Di musim raya demokrasi ini, tidak akan berlaku 'parang terbang' Iban atau kepala putus dibadai lembing Bidayuh. Hidup mereka sekata dan merdeka. Bersama hasil dari tananam tanah asli, hidup harus diharung dengan sasa keringat sendiri.
Aku punya kesempatan menjamah nenas Sarawak yang ditanam sendiri oleh suku Iban di situ. Rasanya yang manis, tidak langsung tercium bau 'racun' Cameron Highland. Jika mahu, hanya RM2 sebiji dan bisa terus dikupas mereka untuk dimakan begitu sahaja. Limau jajaannya jua manis dimakan. Jika mahu, RM5 ringgit bisa saja, beroleh 6 biji. Jika pandai berbahasa Iban mungkin lebih dari itu jumlah yang kamu dapat.
Buah-buahan kampung yang enak dimakan. Aku jadi suka. Tampak puas lagi semulajadi !
Dibawah ini huma yang aku lihat disepanjang bahu jalan , saat aku gelandangan menuju arah yang aku sendiri tidak tahu mahu kemana. Tapi aku sedar, aku sudah jauh meneroka ke perut negeri Sarawak ini yang beratus km dari bandar Kuching. Pantasnya aku bilang ,bahwa aku kini benar-benar berada di wilayah pendalaman Sarawak.
Uniknya padi huma. Sumber kanji utama urang Sarawak di pendalaman. Biarpun ada kekangan dari kerajaan zalim type anak mamut, yang hanya memberi 300 butir anak padi setiap se'urang' buat bertani, huma tetap hijau disetiap pelosok daerah pendalaman ini. Hingga hijau daun-daun padi huma itu menerjah terus kepada ikutan warganya menyintai warna parti Islam PAS kini. Nah..! Tumbuh lagi cawangan PAS di situ buat mengkojolkan penguasaan BN dan hegemoni Melanau.
Aku namakan 'puyu' ini sebagai puyu rimba. Kerna ia ditangkap jauh dipendalaman Sarawak. Besar ikan puyu ini sebesar tapak tangan urang dewasa. Dijual hidup dipasar-pasar Iban. Apapun hanya pasar ini aku temui. 3 ekor dijual dengan harga RM5. Jangan macam-macam, ini bukan ikan puyu yang diternak dari kolam kumbahan, yang makanannya adalah dari 'sisa' kamu sendiri.
Setiap karung ikan-ikan puyu ini dijual hidup. Ada jua dilihat beberapa bungkus terisi dengan ikan haruan.
Dan urusan geladangan aku terhenti di pekan kecil ini. Ada sesuatu yang 'unik' perlu aku tuliskan dari penemuan perjalananku yang panjang berkenaan pekan mati ini. Tunggu sambungannyananti yaa..dari galur perjalanan ku di bumi Sarawak. Bersambung..!
No comments:
Post a Comment