" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 18, 2011

Ceramah "Selamat Tinggal UMNO" di Kg Ulu Jelebu

Oleh: orangklawang

"PAS Kawasan Jelebu akan mengadakan satu siri Ceramah di Kg Ulu Jelebu pada hari Rabu 20hb April 2011 ini jam 9.00 malam. Sehubungan itu seluruh warga Jelebu dan Negeri Sembilan adalah di jemput hadir. Program Ceramah diadakan adalah sempena meraikan sahabat-sahabat dari Kg Ulu Jelebu yang bertindak keluar dan meninggalkan parti United Malays National Organisation (UMNO) kerana tidak puas hati dengan pucuk kepimpinan parti di Jelebu dan Negeri Sembilan ini.

Antara yang telah bertindak meninggalkan United Malays National Organisatian ini adalah Tuan Haji Annuar Bin Hashim berumur 60 tahun. Tuan Haji Anuar adalah mantan Pegawai Pembantu Khas Peribadi kepada Dato' Yunus Rahmat (ADUN N.04 Klawang) yang juga merupakan EXCO Pertanian Negeri Sembilan. Yang lain adalah Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir (Along Buah) yang juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Pemuda United Malays National Organisation Jelebu. Jawatan terakhir Along sebelum meninggalkan United Malays National Organisation adalah Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.

PAS dan juga Pakatan Rakyat Jelebu mengalu-alukan tindakan kedua-dua sahabat kita ini meninggalkan kapal United Malays National Organisatian Jelebu yang dah hampir karam di kaki Bukit Tangga ini. Menurut kata Along, United Malays National Organisatiaon (UMNO) Jelebu ini umpama retak menunggu belah aje kerana perebutan kuasa antara pemimpin yang ada sekarang.

Program ceramah adalah seperti berikut :-

Penceramah:-
  1. YB Hj Taufek Bin Abdul Ghani (ADUN PAS Paroi/AJK PAS Pusat)
  2. Siti Aishah Bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat)
  3. Hj Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR NS)
  4. Hj Kateran Bin Marman (YDP PAS Jelebu)
  5. Hj AnnuarBin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi EXCO Pertanian NS)
Waktu Ceramah : Jam 9.00 malam

Tempat : Rumah En Samsudin Bin Mohamad, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang.

"SEMUA JEMPUT HADIR"

http://pasjelebu.blogspot.com
http://orangklawang.blogspot.com"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111