" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, April 16, 2011

Deposit Tetap BN Kian Terancam

Oleh: Shirzad Lifeboat

Meniliti laporan media alternatif dan media luar negara, hampir semua pihak bercakap tentang kemungkinan besar tumbangnya kerajaan BN di Sarawak beberapa jam selepas peti undi terakhir di hantar ke pusat pengiraan undi pada 16 April ,hari ini.

Sekiranya ramalan tersebut berlaku menurut apa yang dianalisiskan, maka ia bukan sahaja bermakna berakhirnya satu babak panjang dalam kehidupan politik Sarawak tetapi mengakibatkan ‘simpanan tetap’ BN untuk dua per tiga atau menghampiri nisbah itu bagi kerusi Parlimen menjadi begitu terancam.

Dalam demokrasi lazim, perubahan kerajaan atau lebih tepat perihal saling silih bergantinya parti yang menguasai kerajaan adalah perkara biasa. Bagi rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi lazim, mengundi parti ke dalam dan ke luar kerajaan tidak ada kena mengena dengan soal patriotisme dan tidak ada kena mengena dengan soal menumpahkan taat setia kepada nusa dan bangsa.

Malah dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti ini, iaitu demokrasi di mana proses pilihanrayanya, badan yang menguruskan pilihanrayanya dan undang-undang yang digubalnya mencapai keadilan yang hampir mutlak, keberanian dan kematangan rakyatnya dalam mengusir sesuatu parti yang tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat, gagal membela nasib rakyat dan terbabit atau dilihat dan dipercayai sebagai terbabit dalam pelbagai elemen penyalahgunaan kuasa, ke luar dari kerajaan, adalah satu tindakan patriotik.

Begitupun, bagi mengelakkan perubahan kerajaan berlaku, tentu sekali terdapat beberapa tokoh tertentu yang cuba menghalangnya dengan menggunakan taktik psikologi. Dalam mempertahankan BN sehingga ke titisan air liur terakhir, Tun Dr. Mahathir misalnya, pernah berkata betapa lebih sering dari tidak, parti baru yang berkuasa kononnya adalah lebih buruk prestasinya dari parti yang diusir keluar dari kerajaan. Irama psikologi ini sekali lagi diulanginya dalam satu tulisan/komen beliau tentang pergolakan politik yang memaksa perubahan parti dan pucuk pimpinan beberapa buah negara Asia Barat tidak lama dulu.

Tidaklah diketahui mengapakah sesetengah individu begitu mudah terpengaruh dengan indoktrinasi ini. Seorang aktivis veteran UMNO yang dikenali misalnya sering menggunakan hujah ini dengan mengambil contoh kejatuhan kerajaan Berjaya di Sabah, di katakan diorkestrakan oleh pemimpin BN sendiri (Berjaya ketika itu adalah sebuah parti komponen BN) bagi memberikan ruang kepada Parti Bersatu Sabah yang baru didaftarkan dan dibidang-terjunkan ke dalam BN sebaik sahaja membentuk kerajaan negeri Sabah pada 1985.

Adalah jelas kenyataan seperti itu lebih merupakan amalan ‘politik menakut-nakutkan’ atau political fear yang digunakan oleh BN sejak dulu lagi. Ia dilakukan bagi menimbulkan kesan kepada umum bahawa ‘kalau bukan BN, tidak ada pihak lain lagi mampu mentadbir negara/negeri.’ Begitupun, tentulah agak lucu dan pelik apabila masih lagi terdapat golongan berpendidikan yang masih termakan dakyah tidak berasas seperti ini.

Di Sarawak kini, tatkala pemimpin dan calon Pakatan Rakyat sedang gigih menjelaskan kepada pengundi apakah yang akan dilakukan oleh parti itu untuk rakyat dan negeri tersebut, pemimpin dan calon BN pula terus sibuk mengulangi falsafah basi kononnya parti yang akan menggantikannya tidak mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, tidak berupaya membawa pembangunan dan pelbagai tidak ‘itu’ dan ‘ini’.

Nampaknya strategi BN di Sarawak kali ini serba tak kena dan serba tak menjadi. Mereka menyangkakan pada pilihanraya umum negeri kali ini rakyat Sarawak akan memilih parti berdasarkan kemampuan menjanjikan pembangunan. Tetapi maklum-balas yang diterima dari agen-agen pemberi maklumat sahih BN cukup meleset sehinggakan keresahan dan kegelisahan begitu ketara terbayang di wajah pemimpin BN negeri dan nasional, termasuk wajah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan juga Pengerusi BN Datuk Sri Najib Tun Razak.

Untuk mendiskreditkan kewibawaan Pakatan Rakyat selanjutnya, pelbagai kisah negatif tentang Ketua Umum PKR di jaja, sama ada menerusi ceramah atau media tempatan dan media nasional.

Begitupun BN terlupa kali ini juga pembuangan undi dan pemilihan parti mana yang bakal menguasai kerajaan bukan lagi dibuat berdasarkan soal kualiti, kemampuan dan kaliber pemimpin. Bagi rakyat Sarawak, mereka tak ambil pusing sekiranya kisah video seks yang kini dijajakan di serata pelusuk negara itu benar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun tidak. Malah sekiranya ia benar Anwar, jangan kata satu video, malah seratus video pun mereka tak kisah dan tidak akan mengakibatkan mereka bertukar fikiran lalu kembali menyokong BN.

Dalam lain perkataan, BN terlepas pandang betapa sentiman rakyat Sarawak kini bukan disebabkan faktor Anwar. Justeru tak perlulah media BN membawa cerita itu dan ini tentang Anwar. Malah tak perlu juga media BN berjela-jela menceritakan betapa hebat dan berkesannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan negara. Andai kata kehebatan dan keberkesanan Najib 100 kali ganda kehebatan Dr. Mahathir sekalipun, ia tetap tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Dan rata-rata rakyat Sarawak, kecuali penyokong hardcore BN dan Taib, sudah memutuskan dalam minda masing-masing untuk mengundi BN keluar dari kerajaan. Kini limpahan pemberian wang ringgit untuk menyogok pengun

di di lihat seakan-akan sudah tidak berguna lagi. Tidak ada lagi cara yang sah bagi BN untuk cuba memujuk hati rakyat. Parti yang menguasai kerajaan itu kini perlu sedar betapa ia bukan lagi disebabkan kemarahan rakyat kepada Taib atau kegagalan BN menguruskan Sarawak menurut kehendak rakyatnya semata-mata. Sebaliknya ia adalah mengenai kitaran kuasa yang berlaku secara semula jadi serta gelombang idea baru yang menimbullkan kesedaran untuk berubah.

Inilah yang pernah dikatakan oleh negarawan, tokoh pejuang hak asasi manusia dan sasterawan Perancis, Victor Hugo: “Tidak ada kuasa sehebat mana sekalipun dapat menentang idea yang masanya telahpun tiba.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111