Pengundi mula keluar menjalankan tanggungjawab mereka di DUN N 14 Asajaya sebentar tadi |
Lebih 970,000 rakyat Sarawak mula keluar mengundi, sejak 8 pagi tadi, di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya negeri ke-10 — yang digambarkan paling sengit dalam sejarah bumi Kenyalang ini.
Pengundian akan ditutup secara berperingkat-peringkat pada pukul 5 petang ini.
Keseluruhan keputusan akan diketahui menjelang 11 malam ini.
Pilihan raya kali ini juga menyaksikan peningkatan jumlah pengundi dengan 1,748 pusat mengundi dibuka di seluruh negeri itu.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan pengundian antara 65 hingga 75 peratus daripada 979,796 pemilih berdaftar.
Peratusan pengundian pada 2006 ialah 63.2 peratus. Seramai 213 calon bertanding merebut 71 kerusi.
Pada kali ini, BN bertanding dan menghadapi saingan di kesemua 71 kerus dengan calon-calon daripada parti komponen BN negeri yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Pada 2006, BN menguasai 62 kerusi pada hari pengundian dan kemudiannya, seorang wakil rakyat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) menyertai komponen itu yang membolehkan BN menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum pembubarannya.
Seramai 18,363 pemilih telah mengundi secara pos pada Rabu dan Khamis lalu.
Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 23 kawasan (tiga penjuru), 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) manakala dua lagi (enam penjuru).
Pada 2006, pembangkang menawan lapan kerusi dengan enam daripadanya dimenangi DAP yang sebelum itu dikuasai SUPP.

DAP adalah anggota Pakatan Rakyat (PR) dan bertanding di 15 kerusi majoriti Cina dan campuran Cina-Iban.
Dua lagi anggota PR ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu.
Turut bertanding ialah Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.
Kumpulan calon Bebas termasuklah 15 calon daripada parti yang masih belum berdaftar, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), menggunakan simbol kapal terbang dan sembilan anggota PKR yang telah dipecat daripada parti selepas memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.
Dua calon Bebas yang popular ialah Datuk Salleh Jafaruddin, dua pupu Taib, yang akan mencabar Ketua Menteri itu dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Balingian, dan peguam Dominique Ng, yang mahu mempertahankan kerusi DUN Padungan di Kuching selepas beliau diketepikan oleh PKR walaupun merupakan satu-satunya calon PKR yang menang pada 2006.
P'raya negeri S'wak: Pengundian bermula
Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.
Pertandingan kali ini tetap berlangsung di antara BN dan Pakatan rakyat walau terdapat pelbagai parti pembangkang dan calon bebas yang mengambil bahagian.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinyna Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang menjawat jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing 9 untuk PRS dan 8 kerusi bagi SPDP.
Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Calon PKR-Pakatan Rakyat DUN N 08 Satok, Ahmad Nazib Johari membuang undi di SK Satok. Nazib ditentang calon Barisan Najis, Abang Johari Tun Openg |
Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.
Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.
Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.
LAPORAN LANGSUNG
8am: Semua pusat pengundian dibuka.
Pengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.
SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.
8.01am: Betong/Sri Aman – Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.
Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).

No comments:
Post a Comment