KALAU isu akhlak dan moral yang diperkatakan, saya kira bukan pemimpin Umno layak untuk bercakap mengenainya atau disokong seolah-olah suci dan bersih. Tentu ramai yang masih ingat (atau pura-pura lupa) kes beberapa Ketua Wanita Umno yang ditemui mati di bilik hotel kerana dibunuh.
Kisah pembunuhan tersebut dibicarakan di mahkamah dan dalam perbicaraan disebut tentang hubungan intim si mati dengan lelaki yang bukan suaminya.
Ini bukan saya nak menyebut keburukan orang yang sudah mati, tapi itulah realitinya. Kalau ketua wanita pun berakhlak serendah itu apa nak diharap pimpinan yang laki-laki. Tentu lagi panjang akal dan langkahnya.
Kisah seorang ketua Wanita Umno bekas Adun Selangor yang dicerai oleh suaminya sebab dikatakan curang sehingga suaminya berkata di mahkamah syariah, jika ada lebih daripada tiga talak dia akan bagi semua talak tersebut. Begitu punya marah dan dahsyatnya perangai dan akhlak pimpinan Wanita Umno tersebut.
Begitu juga kisah senator Wanita Umno yang memadu kasih asmara dengan bekas ahli Parlimen Selangor semasa Selangor di bawah BN.
Kenapa profesor-profesor yang bijak pandai terlepas pandang. Gambar mereka tersebar luas,senator itu pun berkecai rumah tangganya,tapi oleh kerana akhlak dan moral bukan ada nilai dalam Umno,senator ini dibiar terus menghabiskan penggalnya malah ‘masih layak’ dipilih untuk menjadi exco Wanita Umno sehingga sekarang.
Bagaimana pula dengan bekas Adun Selangor pimpinan Umno Bahagian yang ditemui mati dalam kereta bersama pimpinan Wanita/Puteri Umno Bahagian. Polis menutup kes ini dengan mudah sekali: mati mengejut hasil tembakan, seorang membunuh dan seorang lagi bunuh diri. Habis cerita. Tutup kes, tak baik ungkit-ungkit orang dah mati. Kalau pimpinan PAS/KeADILan/DAP agaknya berbulan-bulan akan diceritakan. Utusan dan TV3 dapat modal besar untuk melanyak Pakatan Rakyat. Mesti histerikal mereka. Pagi petang siang malam meracau-racau membelasah Pakatan. Polis pun jangan kiralah punya siasat dan mendedahkan.
Kini isu jam Omega. Begitu besarnya dosa sehingga meracau-racau mereka. Sampai jadi tak logik.
Saya nak bertanya mana polis dapat kad pendaftaran jam Omega itu? Adakah orang berjalan bawa kad pendaftaran jam? Berapa juta harga jam Omega ni sehingga kena bawa kad pendaftaran merata-rata. Pelik-pelik, saya memang pelik.
Itu belum cerita pemimpin Umno yang merogol budak bawah umur. Kawan sekelas suami saya seorang doktor perubatan yang melindungi budak ini sebab nenek yang membelanya sudah tidak mampu melindunginya.
Ini bukan rahsia di kalangan kami doktor-doktor perubatan UKM yang sekelas, atau yang senior atau junior sikit dengan doktor yg melindungi remaja tadi. Tup…tup…kawan kami ini masuk Umno juga walaupun lebih aktif dan dikenali dengan pertubuhan bukan kerajaannya.
Bagaimana dengan menteri yang dituduh merogol seorang pembantu rumah Indonesia. Pertubuhan bukan kerajaan yang menyiasat dan melaporkan masih tidak tarik laporan mereka walaupun mangsa kini menafikan.
Kita tahu apa yang berlaku belakang tabir, tapi polis pun dilihat tak sabar-sabar nak tutup kes.
Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku,namun begitu kita sebagai manusia yang diberi akal boleh menilai. Oleh kerana PAS ikut cara yang dituntut al-Quran iaitu nak tuduh orang berzina kena bawa empat saksi, jika tidak jatuh qazaf; kita diamkan sahaja.
Tapi Umno tak kisah, tunjuk video dan tuduh terang-terang. Yang kena tuduh menafikan, ahli keluarganya pun menafikan. Mufti-mufti, bekas mufti kata fitnah besar ni, video tak boleh jadi bukti, mereka terus melalak.
Kita kata qazaf hukumannya 80 kali sebat,mereka tak hairan. Kita ingatkan tentang ayat 4 Surah an-Nur di mana kalau fitnah orang berzina tak bawa empat saksi jatuh fasik dan kesaksian tidak boleh diterima selama-lamanya, mereka tak hairan dan tak peduli pun.
Bawalah al-Quran bawalah hadis, pada mereka video lucah itulah panduan mereka. Apa nak buat, Allah sudah beri amaran dalam ayat 15 surah an-Nur, (ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu daripada mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, pada hal dalam pandangan Allah itu soal besar.
Ayat 16 pula bermaksud: Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya, tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha Suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.
Banyak lagi kisah panas moral dan akhlak pemimpin Umno,sebab itu mereka langsung tidak layak untuk bercakap tentang moral dan akhlak orang lain. Wallahua’lam.
Iklan - Jom bercuti ke Pulau Pangkor
No comments:
Post a Comment