Oleh M SHAFRI SHAMSUDIN
Beliau berkata, sepatutnya media harus digunakan sebagai alat menyampaikan kebenaran dan pengetahuan yang boleh menyelesaikan krisis masa depan
Katanya, apa yang berlaku sekarang ini media telah lari dari asasnya dan peristiwa ini cukup mengaibkan bangsa yang bukan sahaja menguruskan media Melayu tetapi juga Islam kerana menyebarkan laporan berbentuk fitnah dan mencetuskan berbagai krisis.
Jelasnya, cara yang dilakukan ini adalah sangat primitif dalam menjayakan apa-apa jua agenda baik politik atau sebagainya.
Menurut Abdu Hassan, ini adalah kerana ia boleh mencetuskan persengketaan sesama sendiri dan ini adalah cara yang sangat jahiliah, tidak berpengetahuan, tidak beretika dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada pendapat beliau, cara ini tidak rasional, tidak waras dan sakit pada saat rakyat cuba menyelesaikan pelbagai masalah seperti kenaikkan harga barangan, ada pula pihak yang cuba membakar sikap dan menyalakan api sengketa sesama sendiri.
Negara ini tegas beliau, tidak memerlukan perbuatan seperti ini kerana rakyat dalam negara ini merupakan masyarakat yang sangat sabar,tekun dan berhati-hati.
Katanya, perbuatan seperti ini adalah biadap terhadap kesejahteraan tanah air.
Malah menurut beliau lagi, ia tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada masyarakat selain daripada membawa persengketaan yang dahsyat.
Abu Hassan meminta rakyat tidak memandang perkara sebegini sebagai remeh dan katanya apabila ada sesuatu institusi yang berpihak kepada mana-mana parti melakukan kesilapan terhadap tanah air maka ia tidak wajar diselamatkan atau di bela.
Masyarakat tidak kira dari golongan apa sekalipun pasti menentang apa sahaja tindakan bersifat untuk mencetuskan konflik perkauman dan krisis keagamaan, ujarnya.
Jelas beliau, jika perkara ini berlaku ia sekaligus boleh menghancurkan peradaban dan tanah air.
Tindakan seperti ini katanya bukanlah sejenis kewartawanan atau pengetahuan dan sama sekali tidak berfungsi sebagai pemikiran yang datang dari masyarakat rasional, waras dan bertamadun.
Apa pun katanya, perbezaan masyarakat di muka bumi ini, merupakan satu proses mencari kkesepakatan untuk bersama membangunkan sebuah penghidupan yang abadi dan inilah yang ditunjukkan oleh Islam.
Ujarnya, Islam tegasnya tidak pernah memusuhi mana-mana kaum atau agama dan tidak ada bukti perkara sebegini berlaku.
Apa yang beliau kesal, media yang sangat besar pengaruhnya mengambil berita rujukan daripada blog kemudian dijadikan paparan muka hadapan akhbar itu tanpa sebarang fakta yang kukuh.
Perbuatan ini bertentangan sama sekali dengan sikap jurnalisme atau media yang profesional.
Perkara ini juga katanya memberi pandangan bahawa peristiwa yang berlaku atau polimik yang dicetuskan merupakan satu krisis yang diadakan bagi tujuan politik.
Tegas beliau, perkara ini akhirnya memberi gambaran betapa rendahnya kewarasan dan betapa teruknya keintelektualan media tersebut.
"Bagaimana boleh mempercayai hanya dari satu jenis blog yang ditulis oleh seorang sahaja sedangkan blog bagaimanapun pengaruhnya tetapi ia bukanlah merupakan institusi.
"Ia adalah satu lapangan media di mana individu meluahkan perasaan dan fikirannya yang tidak sepatutnya satu institusi mengambilnya sebagai bahan rujukan dan diletakkan di muka hadapan sesebuah akhbar," katanya.
Abu Hassan kesal kerana setelah isu ini menggemparkan masyarakat yang boleh mencetuskan perang saudara dan sengketa, tetapi apa yang dapati ia tidak diselesaikan secara jelas dan berkesan.
Katanya, sepatutnya tindakan perlu diambil terhadap orang yang menyebar dakyah dan subversisme.
Tindakan keras juga mesti diambil ke atas media yang menyebar luaskan subresisme ke dalam fikiran masyarakat.
"Jika ini dilaksanakan sekaligus kita percaya sesiapapun yang mencetuskan krisis ini merupakan pihak yang menyebarkan subversisme ke dalam negara untuk menceruskan pertegalahan sesama sendiri.
"Masyarakat mesti memberi kecaman terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan subresivme kepada rakyat sebagai alat untuk tujuan politik dan tertentu," tegasnya lagi
Abu Hassan berkata rakyat tidak boleh membiarkan mana-mana pihak menggunakan sikap terhadap agama untuk menyerang apa sahaja yang ada.
Jelas beliau lagi secara akedamiknya tidak sepatutnya berlaku "double standard" bermaksud tindakan tegas mesti dikenakan ke atas orang atau institusi yang bertanggungjawab menyebabkan krisis yang hampir-
No comments:
Post a Comment