Oleh Mohamad Shafri Shamsudin
Sekarang ini Umno cuba meletakkan kesalahan dalam isu kristian sebagai agama rasmi negara yang dimainkan oleh Utusan Malaysia kepada bloggers kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
Katanya Jika sebelum ini, parti pembangkang sering dijadikan kambing hitam apabila timbul perkara atau isu yang dikatakan menggugat kestabilan negara.
Bagaimanapun pada kali ini katanya Umno dilihat tersasul sedikit dan meletakkan isu kristian yang dimainkan oleh Utusan Malaysia kepada blogger.
"Jika kita membuka blog, bermacam-macam ada didalamnya tetapi ia tidak akan menjadi besar selagi ia di dalam blog.
Isunya kata beliau berita itu menjadi melampau dan besar apabila di ambil oleh media massa perdana terutama Utusan Malaysia yang kemudiannya disiarkan kepada umum.
Tegas beliau sebenarnya kesalahan ini terletak kepada Utusan Melayu kerana cuba mengambil kesempatan dan mengadu domba serta menimbulkan suasana yang tidak baik.
Jadi katanya untuk mereka menyalahkan pembangkang dalam isu ini agak keterlaluan malah ia boleh menjadi isu besar yang mampu menjatuhkan kredibiliti kerajaan Umno dan BN.
Katanya Umno dan Utusan Malaysia tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku sebaliknya menuding jari menyalahkan bloger yang telibat menyiarkan laporan sensitif itu.
"Mereka kelihatan cuba menekan bloggers ini malah Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin dua tiga hari ini macam sinis terhadap blogger.
"Tetapi memang bloggers Umno ini memang kerja dia untuk menimbulkan berbagai masalah tetapi selagi laporan itu tinggal di dalam blog ia tidaklah menjadi masalah," ujarnya.
Tambahnya lagi Utusan telah membuat kerja yang tidak menusabah serta tidak waras apabila menjadikan berita itu sebagai paparan muka hadapan menunjukkan mereka anti nasional yang menggugat kestabilan negara.
Tegasnya tindakan sepatutnya diambil terhadap Utusan Malaysia (Editor dan pemilik syarikat) kerana merekalah yang bertanggungjawab hingga menimbulkan kegawatan dalam negara.
Dr Hatta juga mengecam Umno dan Utusan kerana dikatakan menghina dan menghentam DAP berkaitan isu kemenangan dalam pilihan raya Sarawak dan sebagainya.
Katanya dalam keghairahan Umno menunjukkan kemarahan itu mereka terlanjur dengan menggunakan fitnah yang tidak munasabah.
Menurutnya memang Umno berbuat demikian bagi tujuan supaya orang Melayu membenci DAP dan pada masa yang sama memberi tekanan terhadap PAS yang dikatakan bersekongkol.
"Tetapi cara mereka bermain politik fitnah serta cukup bahaya ini telah tersasul dan saya yakin rakyat melihat ia sebenarnya mainan Umno yang juga tuan punya blog dan surat khabar untuk menipu rakyat bagi meraih sokongan pengundi.
"Tindakan Umno dan Utusan ini adalah satu yang sangat tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk memenangkan Umno dengan mendapatkan undi Melayu pada pilihan raya umum akan datang," ujarnya lagi.
Jelas Dr Hatta kesan daripada isu ini, rakyat telah mula menilai dan bukan semudah dahulu Umno mendapat kelebihan dengan cara demikian.
No comments:
Post a Comment