Oleh Lim Guan Eng
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan telah mencapai p ersetujuan  di mana Kerajaan Negeri akan bersetuju untuk memindahkan aset teras  Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai pertukaran  penyelesaian penstrukturan semula baki pinjaman Persekutuan yang  dimiliki oleh Pulau Pinang.
ersetujuan  di mana Kerajaan Negeri akan bersetuju untuk memindahkan aset teras  Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai pertukaran  penyelesaian penstrukturan semula baki pinjaman Persekutuan yang  dimiliki oleh Pulau Pinang.
Kementerian  Kewangan mewakili Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad  (PAAB), salah sebuah syarikat di bawah Perbadanan Kementerian Kewangan.
PAAB akan memikul tanggungjawab untuk projek bekalan air di bawah ‘National Water Services Industry Restructuring Initiative’.
Akta  Industri Perkhidmatan Air 2006 (Water Services Industry Act 2006-WSIA)  yang berkuatkuasa pada 2007 dan telah bersetuju bahawa Kerajaan Negeri  kini akan mengambil alih bidang kuasa pembekalan air.
Objektif utama WSIA adalah:
• Resolusi kepada pinjaman air Kerajaan Persekutuan
• Penyediaan air sebagai hak asasi
• Kerajaan Negeri akan mempertahankan pemilikan ke atas tanah tadahan air
• Kerajaan Negeri akan mempertahankan hak ke atas bekalan air mentah
Di  bawah WSIA, semua syarikat bekalan air akan dikawal selia dan  dilesenkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN  bertanggungjawab untuk menetapkan serta memantau pengoperasian  syarikat-syarikat bekalan air.
Penstrukturan semula diperlukan  untuk meningkatkan kualiti air dan meringankan bebanan pembiayaan  pembangunan infrastruktur air yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan  syarikat-syarikat konsesi, yang mana kini menjadi tanggungjawab Kerajaan  Persekutuan dan PAAB.
PAAB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian  Kewangan untuk memudahkan pemindahan serta menyediakan peruntukan  kewangan demi pembangunan bekalan air di masa hadapan.
Ketua  Menteri, Y.A.B Lim Guan Eng berkata bahawa Kabinet telah meluluskan  penstrukturan dan pemindahan latihan berdasarkan terma-terma serta  syarat-syarat berikut:
• Pinjaman Kerajaan Negeri berjumlah  RM655.24 juta kepada Kerajaan Persekutuan akan diberikan tanpa faedah  dan tanpa batasan pemsempadanan berkaitan aset air terhadap PAAB bagi  tempoh 45 tahun.
PAAB akan menyewa kembali aset air kepada PBAPP  untuk tempoh 45 tahun. PBAPP akan membayar PAAB kadar sewaan tahunan  sejumlah RM14.56 juta sehingga tamat tempoh 45 tahun, secara automatik  tanah akan dikembalikan kepada negeri.
• Pembiayaan projek pembesaran Empangan Mengkuang berjumlah RM1.2 bilion akan diberikan sebagai geran oleh Kerajaan Persekutuan;
• Segala semakan semula atau kenaikan kadar tarif air mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan Negeri.
Hal  ini adalah peningkatan dari terma-terma sebelumnya sebagai pinjaman  negeri berjumlah RM655.24 juta yang seharusnya dikenakan kadar faedah  sebanyak 3%.
Berbanding kadar faedah 3% yang dikenakan, kini ia  akan bebas kadar faedah dan akan dibiayai oleh PBAPP. PAAB juga akan  menyediakan peruntukan pada kadar terendah mengikut harga pasaran semasa  kepada PBAPP bagi projek baharu dan projek peningkatan infrastruktur  bekalan air di Pulau Pinang.
Tambahan pula, sejumlah RM1.2 bilion  akan ditukar menjadi geran dan bukannya pinjaman bebas kadar faedah  yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Akhirnya Kerajaan Negeri dapat  mengawal kadar tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan  Negeri Pulau Pinang, Kementerian Kewangan dan PAAB akan menandatangani  Perjanjian Penstrukturan (Restructuring Agreements) pada 2 Jun 2011 di  Putrajaya. Manfaat utama ’National Water Services Industry Restructuring  Initiatives’ terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah:
1. Tidak perlu membayar semula RM655.24 juta pinjaman bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan, di mana akan dibiayai oleh PBAPP.
2.  Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diberi peruntukan geran sejumlah  RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang.
3. Kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek pengendalian sumber bekalan air.
4. Meringankan bebanan kewangan untuk pembangunan dan peningkatan penyediaan bekalan air.
5.  Membolehkan PBAPP menfokuskan sepenuhnya terhadap penyediaan bekalan  air dirawat dan penyediaan perkhidmatan serta tumpuan terhadap  pencapaian operasi yang efisien, peningkatan kualiti air dan lain-lain  perkhidmatan.
6. Membolehkan PBAPP bergerak ke arah pemulihan kos dan kemandirian kewangan untuk jangka masa panjang.
7. Mempertahankan kawalan terhadap penentuan kadar tarif air Pulau Pinang oleh warga Pulau Pinang sendiri.
Geran  yang bernilai RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang  akan dipercepatkan pemindahannya. Pada masa ini, kapasiti Empangan  Mengkuang adalah 23 juta meter padu dan akan diperluaskan serta  ditingkatkan kapasitinya kepada 78 juta meter padu serta mampu menampung  keperluan air semasa dalam negeri sehingga tahun 2020.
Kerajaan  Negeri Pulau Pinang memerlukan modal yang besar untuk sistem bekalan air  dan penstrukturan semula perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi dan  pembekalan bekalan air mencukupi.
Kami berharap agar inisiatif  ini dapat meringankan bebanan kewangan negeri dalam membangunkan sumber  bekalan air dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan untuk  meninjau kenaikan kadar tarif air pada masa hadapan.
Pulau  Pinang bergantung kepada janji Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan  Negeri dan PBAPP tidak perlu bergantung pada peruntukan pinjaman dari  mana-mana institusi kewangan pada masa hadapan.
Kesungguhan  Kerajaan Negeri untuk memeterai perjanjian bersejarah berkaitan  penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan menunjukkan  komitmen Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk bekerjasama  dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional demi kepentingan nasional  dan manfaat kepada rakyat.
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment