" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 9, 2011

P.Pinang kesan 237 pemilih mencurigakan

KEPALA BATAS, 9 Ogos: Seramai 237 nama dalam senarai daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) didakwa mencurigakan dan telah dikenal pasti di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Pilihananraya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang, Rosidi Husein memberitahu masalah tersebut mula dikesan sejak sebulan lalu dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan senarai baru itu.

"Kita syak ada usaha pihak tertentu memasukan nama-nama yang tidak dikenali dalam senarai pemilih yang baru. Apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng terdapatnya pertambahan pengundi yang mendadak di Pulau Pinang sah dan betul, " tegasnya.

Menurutnya, beberapa kekeliruan yang dikesan termasuk individu yang mempunyai dua kad pengenalan dengan nama sama dalam kad pengenalan lama namun berbeza pada kad pengenalan baru.

Selain itu terdapat juga mereka yang mempunyai nama sama dalam kad pengenalan namun nombor kad pengenalannya hampir sama.

Beberapa penemuan lagi termasuklah mereka yang mempunyai nama orang meninggal dunia tidak dihapuskan, kad pengenalan tentera tetapi ada dalam senarai pengundi awam dan beberapa lagi aspek yang meragukan.

Paling pelik sambungnya ialah terdapat nama yang sama namun mempunyai tarikh lahir berbeza hanya sehari dan mengundi di dua lokaliti yang berbeza atau berlainan.

Walaupun Pengerusi SPR pernah menafikan dan menegakan benang basah SPR tetap dipandang rendah oleh rakyat yang terlalu cintakan sistem yang bersih dan jauh daripada penipuan.

"Jika begini sikap SPR siapa pun tidak mempercayai SPR yang dilihat bertindak menyebelahi BN untuk memastikan BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas.

Justeru itu beliau berharap semua Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) khususnya yang ditandingi PAS membuat penyemakan segera supaya perkara ini boleh dibantah.

Tambahan lagi SPR cuba memperkenalkan sistem biometrik yang sudah tentu menyenangkan mereka melakukan penipuan demi penipuan berbanding celup tangan yang diinginkan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH).

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa berlaku peningkatan mendadak pengundi di negeri itu dengan jumlah 32,000 dalam masa 3 bulan.

Sumber: harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111