" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 3, 2011

Akta Patriot, Anti-Terrorisme bakal ganti ISA?

Oleh MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak untuk menggantikan dua undahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_Fkw9kRlgX5zSsYMI9iEF2sUsriaXCGjnQk8OKCoWy5BD78pk9HugQyVaq4fdz59UQUxtlFifW1oHWXcgQ1-i4IOPWcvCn-GqSNEeFnk5fd-LnM5Pc6QY60rZJYoblPjvpPlpxhfeE2Qa/s400/9500ede8e5254595dc8ba63985c4aec8.gifng-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan helah Umno dan Barisan Nasional mengaburi mata masyarakat.

Percubaan mereka memperkenalkan dua akta baru itu berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti- Terrorism Act di United Kingdom menunjukkan betapa mereka sebenarnya tidak bersikap jujur dan hipokrit dalam mengembalikan keadilan serta hak rakyat.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Pusat (Juham), telah menghuraikan apakah itu Patriot Act yang bertentangan dengan Human Rights Act 1998.

USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W Bush pada 6 Oktober 2001.

Akta itu diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York.

Akta itu memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undangundang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing.

Akta itu juga meluaskan kuasa agensi terbabit, berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang manamana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan.

Perlaksanaan akta itu mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifatnya yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek pengganas warga asing. Agensi itu juga diberi kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik, kuasa serta memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah.

Untuk rekod Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat agensi berkenaan adalah bercanggah dengan perlembagaan negara itu.

Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh kerajaan kira-kira dua bulan selepas serangan 11 September. Kerajaan di sana memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001.

Ciri penting akta itu adalah kuasa menahan warga asing yang disyaki menjadi dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa.

Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom.

Pihak kerajaan mendakwa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek tidak dapat digunakan di mahkamah kerana faktor keselamatan. Penggunaan akta itu telah dicabar di Mahkamah dan House of Lord.

Keputusan dari itu Mahkamah memutuskan penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Human Rights Act 1998 kerana bersifat diskriminasi memandangkan akta ini membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan satu akta baru iaitu, Prevention of Terrorism Act 2005 bagi penawar masalah diskriminasi.

Di bawah akta baru ini, tiada perbezaan antara tahanan warga asing atau warga tempatan, akta ia juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah.

Pada 2006 penggunaan akta baru itu juga dicabar di mahkamah. Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 3 akta baru ini bertentangan dengan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di bawah Art 6 European Convention on Human Rights.

Ia adalah kerana hak orang yang ditahan bukan ditentukan oleh sebuah mahkamah yang bebas tetapi di bawah keputusan pihak eksekutif, yang mempunyai kuasa melebihi kuasa pemutus mahkamah.

Walaupun sebahagian keputusan itu akhirnya diubah oleh Mahkamah Rayuan namun hakikatnya perlaksanaan akta ini telah diimbangi dengan kewujudan Human Rights Act 1998.

Human Rights Act 1998 adalah sebuah akta yang sangat berkuasa kerana akta ini menjadikan sesuatu tindakan sebuah badan awam sebagai tidak sah jika tindakan tersebut bertentangan dengan European Convention of Human Rights.

Jika pihak litigan tidak berpuas hati, mereka masih boleh membawa kes mereka ke mahkamah hak asasi di Strasbourg.

Rakyat sudah pasti mengalu-alukan keinginan Najib memansuhkan ISA tetapi menggantikannya dengan undang-undang yang sama rohnya adalah sesuatu yang tidak tepat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111