" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, October 29, 2011

Apa Alasan Anda Untuk TIDAK Solat?


Kerja hingga larut malam, dan tiada ruang selesa untuk solat? Tiada hamparan sej...adah serta karpet yang lembut untuk sujud? Bumi ALLAH ini luas. Solatlah di ceruk mana sekalipun, hanya untuk menunaikan tanggungjawab kepadaNYA. Bukankah kita semua mengimpikan Syurga Firdaus? Berlapang dada dan berbahagialah mereka yang istiqamah di jalanNYA, kerana ganjaran ALLAH SWT amat berharga!

Berfirman Allah azza wa jalla:

“Sungguh telah mendapat kemenangan segala orang yang mukmin (iaitu) segala mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan segala mereka yang menjauhkan diri dari perkataan yang sia-sia dan segala mereka yang mengeluarkan zakat; dan segala mereka yang memelihara kemaluannya terkecuali terhadap isteri-isteri dan perempuan-perempuan yang mereka miliki, kerana terhadap isteri dan perempuan-perempuan yang dimiliki itu tiada tercela. Maka orang yang mengkehendaki lebih dari itu, ialah orang yang melampui batas.

Dan segala mereka yang memelihara amanah dan janji; dan segala mereka yang memelihara solat; itulah mereka yang mempusakai Firdaus; mereka kekal abadi di dalamnya.” [al-Mu'minun: 1-11]

Solat itu tiang agama. Laksanakannya ketika jasad masih bernyawa. Anda tidak ada alasan untuk TIDAK menunaikan solat. Kecuali saat tubuh terbujur kaku dan orang lain akan menunaikan solat untuk anda!

Jom riadah bersama keluarga dan teman-teman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111