" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 31, 2011

Bajet: Kenapa kita tak senang-senang?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

“Jika anda membenarkan kerajaan Persekutuan menjaga Gurun Sahara, dalam masa lima tahun sahaja, gurun tersebut akan mengalami kekurangan pasir.” – Miltohttp://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/10/Bajet-2012.jpgn Friedman

SEBELUM kita sentuh sikit tentang Milton Friedman, kita sembang-sembang sikit tentang PM Najib Razak dan Bajet 2012.Cara akhbar arus perdana melaporkan ucapan Bajet 2012 memperlihatkan seolah-olah Najib yang juga Menteri Kewangan adalah seorang financial wizard yang tidak ada tolok bandingnya.

Dalam keadaan sibuk selaku ketua negara, dan juga Presiden Umno dan BN, kehebatan Najib terserlah apabila bukan sahaja mampu membentangkan sebuah bajet negara yang bukan sekadar perkiraan tentang belanja mengurus kewangan negara tetapi boleh ‘mentransformasikan’ ekonomi Malaysia ke tahap yang tidak pernah diimpikan oleh rakyat Malaysia selama ini.

Menurut seorang CEO syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi (sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian perniagaan), “Kita dapat melihat betapa Bajet 2012 adalah kesinambungan usaha yang telah diambil sebelum ini bagi menjamin masa depan kukuh negara.”

Dilaporkan oleh akhbar sama seorang Ketua Eksekutif sebuah GLC pula memuji, “Bajet 2012 adalah sebenar-benarnya bajet rakyat didahulukan dan bersifat transformasional…”

Banyak lagi kata-kata pujian yang memuji-muja kehebatan dan kebijaksanaan Najib dalam merencanakan kewangan dan ekonomi negara. Jika mahu dipetik setiap satu, mungkin ia memerlukan dua naskhah atau lebih akhbar Harakah ini.

Maksudnya tidak pernah dalam sejarah dunia, apatalah lagi dalam sejarah Malaysia kita memiliki seorang Menteri Kewangan sehebat ini – dia tahu bagaimana mahu meredakan kesempitan kewangan rakyat dan dia tahu bagaimana apa yang perlu dilakukan supaya Malaysia menjadi sebuah negeri yang tidak akan dipengaruhi sama sekali oleh iklim ekonomi dunia.

Inilah antara sebabnya, sejak dulu lagi, dan selaras dengan segala puji-pujian yang diberikan oleh para cendekiawan ekonomi dan pemimpin utama industri, rakyat Malaysia saban tahun, menerusi saban bajet tidak juga kaya-kaya.

Mungkin jika penerima Hadiah Nobel (Ekonomi) 1976, Milton Friedman masih hidup sudah barang tentu dia akan termenung kerana begitu kagum dengan kehandalan Najib ini. Bukan itu sahaja, malah tidak mustahil mengubah pandangannya tentang ‘ekonomi bebas’ kepada ekonomi ala-Malaysia a.k.a. ala-Umno-BN yang dilaksanakan di negara ini.

Namun, tentu sekali ramai daripada kalangan pemimpin Umno di peringkat cawangan (dan yang bercita-cita untuk menjadi menteri, menteri kewangan) tidak tahu atau menyedari semasa hayatnya Friedman adalah seorang pejuang ‘ekonomi bebas’.

Yang dimaksudkan oleh ‘ekonomi-bebas’ di sini bukanlah bebas serta sewenang-wenangnya memberikan projek kerajaan atau yang diselindungi di sebalik GLC kepada rakan-taulan, sahabat handai dan puak-puak tertentu dalam parti, tetapi apa yang dimaksudkan oleh bekas profesor ekonomi University of Chicago dan juga kolumnis majalah Newsweek (1966-1984) dalam bukunya Capitalism and Freedom (1962) adalah bahawa, “menerusi penghapusan kawalan aktiviti ekonomi yang terpusat, kekuatan ekonomi akan terpisah dari kuasa politik, dan menjadi penyemak di antara sama lain.”

Makna mudahnya, kalau semuanya nak dikawal oleh kerajaan pusat akibatnya yang merana adalah rakyat. Ini kerana menurut kajian Friedman, cara ini tidak akan memberikan banyak manfaat langsung baik kepada negara mahupun kepada rakyat itu sendiri.

Buktinya, hari ini model ekonomi termaju atau sedang menuju ke arah kemajuan ekonomi pesat dengan pencapaian pertumbuhan yang tinggi adalah negara yang telah meliberalisasikan ekonomi mereka.

Menurut perkadaran Kebebasan Ekonomi Dunia 2011 yang diterbitkan oleh Institut Fraser, berpangkalan di Kanada, Hong Kong dengan indeks 9.01 menduduki tempat teratas. Ini diikuti oleh Singapura (8.68), New Zealand (8.20), Switzerland (8.03), Australia (7.98).

Malaysia macam mana pula? Nak sebut pun malu. Daripada 144 negara yang dikaji dan dikomplisikan oleh institut tersebut, kita menduduki tangga ke-78 di antara Republik Dominica di atas dan Paraguay di bawah dengan indeks 6.68.

Maka moral ceritanya, betapa konon hebatnya Menteri Kewangan kita itu sebenarnya adalah bak kata pepatah Melayu, indah khabar dari rupa. Realitinya tak banyak bezanya Menteri Kewangan kita dengan Menteri Kewangan mereka. Kalau ada beza pun, Menteri Kewangan kita lebih berpijak di bumi nyata.

Dan moral terakhirnya, betapa gah sekalipun ucapan bajet disampaikan oleh kesemua Menteri Kewangan – yang dulu mahupun yang kini – kita masih macam ini juga. Bukan sahaja tak kaya, nak hidup selesa pun bukannya lagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111