" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 17, 2011

Debat Prof Aziz Bari Dengan Ezam Dan Zul Kulim

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini.

Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja.

Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka.


Jangan lupa kisah ini.....

Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”


Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja?

Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar.


Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan...

Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111