" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 17, 2011

Mengapa novel Cinta Madinah ditolak KPM ?

Oleh BOESTAMAM SARI

SELEPAS memporak-perandakan pemikiran rakyat dan memecahbelahkan umat dengan isu hukum Hudud, akhirnya Dr Mahathir Mohamad berminat pula mencetus huru-hara bhttp://www.ujanailmu.com.my/prod_images_large/Cinta_Madinah.jpgaharu dalam dunia pemikiran rakyat dengan membuka ruang perbincangan berhubung filemfilem seram dan hantu ini.

Saya fikir, isu ini ada kaitan dan kena-mengena dengan polemik Hantu Bonceng juga dan keterkaitannya dengan polemik penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. yang dikatakan tertuang melimpah di dalam karya filem itu. Sama ada wujud atau tidak penghinaan itu, maka itu terserah kepada orang ramai.

Polemik ‘penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w.’ yang dikatakan wujud dalam filem Hantu Bonceng ini agaknya bermula dengan video klip yang dibikin oleh blogger Milo Suam.

Ia pertama kali saya lihat meriah terapung di Facebook dan blog.

Lalu, Pemuda PAS Pusat membawa isu itu kepada pengarah filem itu, iaitu Ahmad Idham. Saya kira, hal itu sudah selesai seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

Tapi, dengan tiba-tiba bekas Perdana Menteri mengungkitnya kembali. Ada pihak tertanyatanya juga. Sudah habiskah isu Hudud diulas? Adakah hal filem hantu ini digelorakan guna menenggelamkan pula isu Hudud selepas fikiran rakyat digelisahkan umat dengan polemik Mat Indera?

Bagaimanapun hal terawalnya, adalah lebih bagus jika kita bersangka baik dengan Dr Mahathir sahaja terlebih dahulu.

Mungkin Dr Mahathir sebenarnya mahukan filemfilem yang baik dan bermutu sebetulnya untuk diketengahkan kepada rakyat.

Kalau begitu yang diingini, maka wajarlah kita sambut cakap-cakap negarawan ini secara terhormat juga.

Atas rasa itu, maka kita ingin bertanya Dr Mahathir tentang novel Cinta Madinah yang pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada 2000 itu.

Cinta Madinah itu bukanlah sebuah novel yang tergolong dalam kalangan karya yang penuh tepu dengan nilai-nilai yang mengarut; tahyul serta diresapi keseraman yang menghantui kita. Ia bercerita mengenai moral, akhlak yang wajar dipasak ke dalam jiwa nurani umat.

Khabarnya, novel ini sudah diangkat menjadi drama televisyen dan ditayang di TV1 pada 2006. Ia turut disiarkan di belahan dunia Timur Tengah juga.

Cinta Madinah karangan Abu Hasan Morad dipilih sebagai teks sastera untuk murid Tingkatan 3 di Pantai Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) pada 2011.

Novel ini menang anugerah lalu didramakan dan sudah ditayang di kebanyakan negara, tapi kini ia tidak dapat berlegar sebagai bahan bacaan secara rasmi.

Paling menyedihkan, perjanjian sudah ditandatangani, tetapi akhirnya ia ditolak oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan penulis terpaksa memulangkan semula wang pendahuluan yang diterima.

Penulisnya kesal kerana perjanjian termansuh begitu sahaja lantaran perjanjian itu hanya berlaku antara penerbit dan KPM.

Dalam kebanyakan hal, penulis teraniaya apabila perjanjian berlaku antara penerbit dan KPM. Dr Mahathir patut memeriksa kerajaan hari ini yang terlalu memusatkan perhatian kepada agenda Yahudi dengan fahaman 1-Malaysia. Akhirnya terbit pula andaian bahawa teks Komsas Cinta Madinah ditolak kerana kononnyanya naskhah itu tidak bercirikan 1-Malaysia. Jika hal ini tidak benar, maka kita desak Dr Mahathir mendesak penjelasan sebenar di pihak KPM.

Cinta Madinah yang sebelum ini pernah termasyhur di belahan dunia Eropah itu, bukan semalang nasib karya filem hantu yang membanjiri pawagam kita mutakhir ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111