GEORGETOWN– Demontrasi liar membabitkan kira-kira 200 Mat Rempit di perkarangan Komtar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini tanpa dihalang secara serius oleh pihak polis telah menimbulkan tanda tanya.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, demonstrasi bermotosikal yang menyebabkan kesesakan lalu lintas itu kelihatan agak tersusun, seolah-olah didalangi oleh pihak pembangkang.
“Kalau mereka nak menuntut sebuah litar lumba, mereka tidak akan memakai baju ‘LGE rasis’ kerana rasis dan ‘racing’ (perlumbaan) maksudnya sangat berbeza.
“Demonstrasi mereka begitu organised atau terancang, mustahil dirancang oleh Mat Rempit,” ujar beliau, merujuk kepada kumpula-kumpulan pelumba haram yang biasanya berkeliaran tak tentu arah di jalan raya.
Beliau juga berkata, ada kemungkinan kumpulan penunjuk demontsrasi itu bukan Mat Rempit yang sebenar tetapi dari kalangan pemuda dan mungkin juga pelajar sebuah sekolaj dari sebuah dareah di Pulau Pinang diperalat untuk berbuat demikian.
Ketua Menteri Pulau Pinang pula mempersoal tindakan polis kerana dilihat tidak membuat sekatan serius ke atas demonstrasi liar berkenaan.
“Macam mana 200 Mat Rempit berani mencabar sebuah kerajaan negeri kalau tidak mendapat sokongan pihak tertentu…Mat Rempit boleh bersuka ria, seolah-olah dibenarkan oleh polis mengadakan perhimpunan (liar) dari Komtar ke Dewan Undangan Negeri (Pulau Pinang),” ujarnya.
Katanya, orang Melayu Pulau Pinang sendiri tidak menyukai sikap merempit di kalangan golongan muda Melayu kerana mengganggu ketenteraman awam. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment