" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, December 4, 2011

Warga Pekerja Bukan Hamba

Oleh Nasrudin bin Hassan

1. Warga pekerja adalah aset negara dan mereka juga merupakan dinamo kepada pertumbhttp://1.bp.blogspot.com/-D-7g6mrllPE/TW3ce_2pU3I/AAAAAAAAC6A/1a7kvznd3pU/s1600/UST+DIN.pnguhan ekonomi negara. Justeru itu, mereka bukan hamba abdi yang diperah kudrat mereka lalu ditindas dengan pelbagai akta yang tidak memihak apatah lagi memelihara kepentingan mereka.

2. Kerajaan tidak boleh melayan warga pekerja seperti melayan warga division dua berbanding warga korporat yang juga tidak dinafi memberi sumbangan besar kepada lonjakan ekonomi negara.

3. Setelah mengerah keringat yang menitis sampai ke tumit, wajarnya warga pekerja dijaga dan ditunaikan hak mereka selayaknya. Saya pasti, mereka bukan menuntut suatu yang melebihi kewajaran dan hak yang sepatutnya mereka miliki. Juga mereka bukan menuntut agar dimanjakan oleh kerajaan. Sebaliknya mereka mahu hak mereka dihormati dan dihargai oleh kerajaan setelah mereka mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk masa depan negara.

4. Kerajaan mesti bersikap terbuka dan sedia mendengar setiap masaalah berbangkit daripada rakyat termasuk warga pekerja. Kedegilan kerajaan untuk tidak mendengar suara hati warga pekerja akan mengundang masaalah besar kepada negara dan tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa ia juga berpotensi merencatkan kitaran sihat ekonomi negara menuju kestabilan yang didambakan.

5. Kerajaan bertanggungjawab memberi Jaminan Perlindungan Pekerjaan, Hak Kebajikan, Hak Berpersatuan, Gaji minimum dan lain - lain tanpa sebarang diskriminasi yang membezakan antara Pekerja yang berstatus tetap atau pun Pekerja yang diambil secara kontrak. Menafikan hak dan meletakkan mereka setaraf buruh asing adalah satu bentuk penindasan yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara kita.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111