" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 11, 2012

China Uji Skuad Hoki Negara

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

LIMA aksi persahabatan dengan China minggu ini dilihat bakal menjadi platform terbaik buat skuad hoki negara yang kini dalam persiapan terakhir menghadapi kempen Kelayakan Olimpik 2012 di Dublin, Mac depan.

Setelah menamatkan saingan Cabaran Juara-Juara II di tempat kelima penghujung tahun lalu, skuad kendalian Tai Beng Hai itu kini turun menentang China pada aksi pertama musim 2012 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil petang ini.

Skuad Projek 2013 yang menjuarai Piala Sultan Johor edisi pertama menewaskan Australia tahun lalu, turut mendapat peluang menguji kemampuan mereka menentang China dalam satu perlawanan.

China yang juga dalam persiapan menghadapi kempen Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun April depan diramal membawa kesemua pemain terbaik mereka ke Kuala Lumpur kali ini.

Siri persahabatan ini diaturkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi menggantikan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang terpaksa ditunda dari Februari ke pertengahan tahun ini berikutan tiada sambutan daripada negara-negara lain yang mula memberi fokus kepada Sukan Olimpik 2012 di London.

Bagi aksi persahabatan dengan China minggu ini, skuad negara dikhabarkan bakal kehilangan tujuh pemain utama dalam beberapa pertemuan berikutan mereka terpaksa mengambil peperiksaan di universiti masing- masing.

Selepas lima siri persahabatan ini, Malaysia akan berkunjung ke Perth bagi menyertai empat aksi ujian dengan pasukan No. 1 dunia, Australia dan juga dua siri persahabatan dengan Belanda.

"Selain China, kita juga berjaya mendapatkan empat aksi persahabatan dengan Australia bermula 29 Januari dan juga dua perlawanan lagi dengan Belanda di Perth.

"Ini adalah peluang terbaik bagi pemain Malaysia untuk menguji tahap sebenar mereka dengan menentang dua pasukan handalan dunia ini sebelum turun pada misi sebenar dalam kempen Kelayakan Olimpik, Mac nanti," kata Setiausaha Kehormat MHC, Maninderjit Singh.

Sementara itu, skuad wanita negara pula akan memulakan kempen Kelayakan Olimpik 2012 di Kakamigahara, Jepun, dengan menentang Azerbaijan pada 25 April depan.

Selepas itu Malaysia dijadualkan bertemu Jepun pada aksi kedua (27 April), diikuti Belarus (29 April), Chile (1 Mei) dan Austria (3 Mei).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111