" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 11, 2012

Zakry-Fairuzizuan Tekad Buang Badi Kekalahan

Wartawan Kosmo melapurkan:

ZAKRY (kanan) dan Fairuzizuan akan bertemu pasangan Markis Kido-Hendra Setiawan pada pusingan pertama Terbuka Malaysia hari ini.

BEREGU lelaki negara, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd.Tazari ada misi penting apabila membuka langkah pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Dalam usaha untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir, Zakry-Fairuzizuan perlu membuang badi kekalahan ke atas pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan yang bakal menjadi lawan mereka pada pusingan pertama nanti.

Sebagai rekod, Zakry-Fairuzizuan tidak pernah menang ke atas beregu handalan Indonesia itu.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos yang mana menyaksikan Zakry-Fairuzizuan tewas dalam pertarungan tiga set.

"Kami (Zakry-Fairuzizuan) memang tidak pernah menang dengan Markis-Hendra.

Jadi, perlawanan kali ini adalah peluang terbaik buat kami untuk membuang badi kekalahan.

"Namun, tugas tersebut tidak mudah buat kami. Apa yang pasti, prestasi Markis-Hendrawan memang konsisten dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini," kata Zakry.

Terdahulu, Zakry-Fairuzizuan yang kini bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) mengesahkan slot ke pusingan pertama selepas melepasi pusingan kelayakan semalam.

Pada aksi kelayakan pertama, Zakry-Fairu- zizuan tampil bergaya apabila menewaskan rakan senegara mereka, Tan Wee Tat -Tan Yip Giun 21-11, 21-19.

Aksi cemerlang pasangan tersebut diteruskan pada aksi kelayakan kedua apabila mencatatkan kemenangan ke atas beregu Taiwan, Liang Jui Wei-Hsieh Pei Chen 21-13, 23-21, sekali gus mara ke pusingan pertama kejohanan.

Mengulas mengenai prestasi mereka semalam, Zakry mengakui bahawa corak permainannya dan Fairuzizuan sudah semakin serasi sejak kembali digandingkan selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Ogos tahun lalu.

"Prestasi kami sudah semakin menunjukkan peningkatan. Malah, kombinasi kami juga semakin serasi."Saya tahu apa yang perlu dilakukan ketika perlawanan dan begitu juga dengan Fairuzi- Zizuan," jelas Zakry.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111