" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 12, 2012

Hafiz Impikan Piala Thomas

Wartawan Kosmo melapurkan:

PEMAIN perseorangan, Muhamad Hafiz Hashim masih berharap agar dia disenaraikan dalam skuad badminton negara menjelang kempen kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsung di Macau pada 14 hingga 19 Februari depan.

Berdasarkan kedudukan ranking, Hafiz masih merupakan pemain kedua terbaik negara apabila menghuni tangga ke-33 dunia selepas Datuk Lee Chong Wei selaku pemain No. 1 dunia.

Bagaimanapun, jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu membuat pemilihan berdasarkan prestasi pada Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2012 yang sedang berlangsung ketika ini, ternyata peluang Hafiz sangat tipis.

Ini kerana, bekas juara Seluruh England 2003 itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama selepas tewas di tangan Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia 21-17, 13-21, 11-21 di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Bagi Hafiz, keinginannya untuk menyarung jersi skuad negara masih membara dan memberikan jaminan akan melakukan yang terbaik sekiranya terpilih."Namun, semua itu bergantung kepada keputusan BAM.

Jika BAM menyenaraikan saya dan mahu saya menjalani latihan bersama-sama, saya tidak ada masalah untuk itu."Jika tidak disenaraikan, saya akan menjalani latihan seperti biasa dan memberikan tumpuan untuk kejohanan-kejohanan seterusnya,"Apa yang pasti, saya memang mengharapkan agar terpilih dalam skuad Piala Thomas negara," kata Hafiz ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan semalam.

Ditanya sama ada dia merasakan dirinya masih lagi pemain kedua terbaik negara berbanding barisan pemain perseorangan muda lain, Hafiz yang kini bernaung dengan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) menjawab: "Jika berdasarkan keputusan, memang saya merasakan saya masih lagi kedua terbaik.

"Bukan mahu memperkecilkan barisan pemain perseorangan yang lain tetapi mereka masih belum menampakkan sebarang keputusan positif dalam mana-mana kejohanan."Ada peningkatan prestasi tetapi keputusannya belum ada," ujar Hafiz yang mengambil keputusan meninggalkan BAM awal tahun lalu.

Andai diberi pilihan untuk memilih barisan pemain perseorangan menggalas cabaran pada kempen kelayakan Piala Thomas, selain dirinya serta Chong Wei, Hafiz turut memilih Liew Daren dan Mohammad Arif Abdul Latiff.

Sementara itu, Chong Wei turut melepasi pusingan pertama semalam selepas menewaskan rakan senegara, Liew Daren 21-8, 21-11, manakala pemain veteran, Wong Choong Hann pula tewas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111