Thursday, January 12, 2012
Warga Thailand Ditahan Di Stesen Bas Kerana Ganja
ALOR SETAR – Seorang wanita Thailand ditahan di Stesen Bas Shahab Perdana di sini pada Ahad lepas selepas polis menemui 13 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dalam dua beg pakaiannya yang dibawanya.Dalam operasi kira-kira pukul 8 malam, pasukan polis menemui wanita berumur 28 tahun itu membawa dua beg pakaian dan berada dalam keadaan mencurigakan."Hasil pemeriksaan pada kedua-dua beg tersebut, kita menjumpai 13 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja yang telah dibungkus dengan pelbagai warna dengan berat kira-kira 12,950 gram dan nilai pasaran kira-kira RM31,200,” kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, polis percaya dadah itu akan dibawa ke selatan dan tidak pasti sama ada wanita itu sedang menunggu bas, teksi atau kenderaan lain di stesen bas tersebut."Wanita itu kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.Ahmad berkata, berdasarkan tangkapan yang dilakukan itu, pihaknya mendapati warga Thailand itu menggunakan stesen bas tersebut sebagai transit sebelum membawa dadah ke selatan. BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seksyen 111
-
-
Polis Tangkap Raja Bomoh - Polis dilaporkan menangkap Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin di Segamat, Johor hari ini. Harian Metro yang memetik sumber yang tidak dina...1 year ago
-
SALAM AIDIFITRI 1436H - *REVOLUSI FIKIRAN mengucapkan SALAM AIDIL FITRI buat semua pengunjung terutama kepada yang muslim.* *SEMOGA lebaran kali ini mengeratkan lagi hubungan ke...2 years ago
-
-

No comments:
Post a Comment