" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 11, 2012

Kedudukan Safee Sali Di Tentukan Hari Ini

WARTAWAN SINAR HARIAN

January 10, 2012 KUALA LUMPUR - Safee Sali, penyerang Malaysia yang bermain dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya, akan mengetahui nasibnya selepas mesyuarat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini bagi menentukan masa depan kelab-kelab yang terlibat dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut akhbar internet tempo.com, PSSI akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya selepas tempoh untuk kelab-kelab tersebut, yang diisytiharkan haram oleh Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), untuk kembali ke pangkuan PSSI, tamat semalam.

"Tiada lanjutan masa bagi kelab-kelab tersebut kembali menyertai PSSI.

PSSI tidak boleh menunggu lagi kerana senarai kelab berkenaan perlu dihantar segera kepada FIFA," kata Ketua Umum PSSI, Djohar Arifin.

Safee, yang kontraknya bersama Pelita Jaya tamat pada 31 Jan ini, tersepit dalam kemelut bola sepak di republik itu kerana pengharaman ISL oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

PSSI pada minggu akhir Disember meminta kelab-kelab terbabit meninggalkan ISL dan kembali ke pangkuan badan induk bola sepak Indonesia itu dan memberi tempoh sehingga 9 Jan untuk mereka berbuat demikian.

Namun sehingga semalam tiada satu pun kelab dari ISL kembali ke pangkuan PSSI.

Djohar mengingatkan kelab-kelab itu bahawa pengharaman FIFA menyebabkan pemain yang terlibat dalam ISL tidak boleh menyertai skuad kebangsaan Indonesia.

Pemain import seperti Safee turut menerima tempias dan tidak boleh menyertai pasukan kebangsaan Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111