" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, January 1, 2012

Pro-Mahasiswa : Tahun 2012 Tahun Pembebasan Mahasiswa Dan Rakyat

Kuala Lumpur, 1 Jan : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq sebentar tadi menegaskan tahun 2012 bakal dicatatkan sebagai tahun pembebasan mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Menurutnya, tahun 2012 yang baru menjenguk dunia hari ini bakal diakhiri dengan kebangkitan mahasiswa dan rakyat dalam membanteras segala kezaliman dan penindasan yang sekian lama ditanggung.“Saya ingin tegaskan, 2012 bakal ungkap sejarah baru mahasiswa dan rakyat sebagai agen perubahan.

“Selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, saya dengan ini umumkan tahun 2012 adalah tahun pembebasan mahasiswa dan rakyat!”, tegasnya dalam satu kenyataan yang dirakam ketika berada di Balai Polis Tanjung Malim bagi menuntut 17 siswa dibebas serta-merta.

Tujuh belas mahasiswa awal pagi tadi telah ditahan pihak polis atas kesalahan berhimpun tanpa permit di perkarangan pintu masuk UPSI dalam agenda menuntut pihak universiti menggugurkan kes yang didakwa ke atas Adam Adli.Selain itu, beberapa siswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS, Muhammad Safwan Anang@Talib juga cedera parah dipecayai dipukul dan dibelasah pihak polis yang berkawal sejak semalam.

Gesa mahasiswa, rakyat sahut cabaranMohd Taufiq yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya turut menggesa seluruh mahasiswa dan rakyat terutama anak muda agar melupakan seketika keseronokan tahun baru dan segera menyahut seruan kebebasan yang dilontarkan.

“Saya seru seluruh tenaga mahasiswa dan rakyat untuk sama-sama kita gembleng tenaga dan kudrat yang ada, bangun melawan kezaliman dan penindasan!“Sudah tiba masanya kita ubah dan bebaskan diri kita dari dibelenggu ketakutan dan kegelapan yang masih tidak menemui cahayanya.

“Ayuh! Kita cipta satu perubahan besar dalam memastikan cahaya kebenaran dan perubahan dapat dikecapi tahun ini!”, tegasnya lagi.“Tahun lepas (2011) sahaja, sudah banyak sejarah ditulis dalam dunia perjuangan mahasiswa yang seakan-akan tidak akan dihentikan sekiranya kita terus berdiam diri dan bersembunyi di sebalik timbunan semak tanpa keluar menjenguk kawasan sekitar yang lebih luas.

“Kes UKM4, Rosmah Puaka di UM, Flashmob KL Sentral, AUKU, tangkapan di PRK Galas, Adam Adli dan terbaru pagi tadi di UPSI antara yang sepatutnya menjadi bukti terhadap pembebasan yang belum kita kecapi di negara ini.“Saya mohon seluruh Pro-Mahasiswa di kampus dan universiti, gerakkan jentera anda sekarang!“Usah gentar dengan ugutan, amaran dan provokasi pihak tertentu yang hanya pandai bermain kata-kata dalam menjaga periuk nasi sendiri tanpa memikirkan nasib anak cucu mereka akan datang.”

Rakyat Marhaen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111