" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 5, 2012

Saya Ada Video Polis Yang Tumbuk Saya - Safwan Anang

Keadilan Daily

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 5 Jan: Muhammad Safwan Anang, Mahasiswa yang dipukul polis dalam himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu, mendakwa mempunyai rakaman video berkenaan.

"Saya ada video yang menunjukan anggota polis itu mencederakan saya dalam insiden di depan bangunan UPSI pada malam tahun baru lalu,

"Rakaman video yang ditunjukan polis kepada umum itu adalah rakaman sebelum kejadian sekaligus bukan gambaran sebenar kejadian malam itu," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Safwan yang masih berkerusi roda, diiringi peguamnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, aktivis mahasiswa dan angggota keluarganya.

Menurut Safwan, fakta sebenar kejadian ialah anggota polis berkenaan menumbuk mulut beliau di bahagian kiri dengan kuat sehingga berdarah.

"Anggota polis itu juga menggunakan lututnya dengan menghentak di rusuk kanan saya sehingga saya sukar bernafas dan tidak sedarkan diri.

"Saya hanya sedar semasa berada di klinik kesihatan Tanjung Malim lebih kurang sejam selepas itu dan saya juga ada menyimpan video mengenai anggota polis itu," katanya.

Safwan juga mendakwa dipaksa polis agar menandatangani surat agar mengaku kononnya cedera kerana merempuh cermin klinik bagi menutup kesalahan polis pada malam kejadian itu.

"Saya percaya tindakan polis itu adalah kesalahan jenayah serius terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah kanun keseksaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111