" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, February 28, 2012

Mengapa group Dr Hasan UG tuduh Saya 'parasit'?

catatan http://faqar.blogspot.com

WAKTU grup Dr Hasan Mohd Ali diarahkan membawa PAS bergabung dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan, saya dituduh memecah belah jamaah.

Waktu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang memecat Dr Hasan sebagai ahli PAS, saya dituduh pula parasit yang cuba merosakkan imej PAS.

Saya dituduh sedemikian oleh beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan pemuda PAS Negeri Pulau Pinang kerana saya anti Umno dan anti Kerajaan Perpaduan sejak dari dulu lagi.

Saya dituduh sedemikian kerana saya anti pemimpin UG seperti Dr Hasan Ali.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Pemuda PAS Negeri bernama Afnan Hamimi Taib Azzamuddin antara pemimpin yang mencanang sana sini kononnya saya parasit di dalam jamaah sebab saya anti Umno dan anti UG.

Bagi saya, tidak salah anti UG sebab UG bukanlah keputusan rasmi Muktamar PAS sejak tiga tiga tahun dulu lagi.

Waktu Afnan Hamimi merancang untuk memecat saya dari PAS melalui usul yang dibawah dalam Muktamar Pemuda Negeri Pulau Pinang dua tahun lepas, saya sendiri berkali-kali mendesa supaya hisbah dilakukan ke atas saya.Saya mendesak Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Mat Piah dan AJKnya Mat Taliban untuk menyegerakan hisbah ke atas saya, tetapi mereka mengelak.

Afnan elok menyatakan sokongan terus atau menyertai JATI bersama Dr Hasan kalau tidak mahu menyertai Umno pun. Tidak perlulah menuduh saya sebagai parasit dalam siri-siri tamrin mahasiswa di Utara Semenanjung Malaysia ini.

Jangan kata tidak ada, saya sudah mendapat rakaman penuh Afnan serta JPM Kedah brainwash serta fitnah pemimpin tertentu jamaah sebagai parasit pada bulan lepas.

Jangan paksa saya dedah rakaman penuh dalam youtube sehingga seluruh media dapat lihat kelaku grup UG yang masih hidup dan giat menuduh saya dan AJK pusat tertentu sebagai parasit sekarang ini.

"Tak menang dan jadi kerajaan berkebajikan di Putrajaya lagi pun, dah tunjuk perangai taliban...

"Menjelang muktamar PAS depan, grup UG pro UMNO dan pro Dr Hasan yang masih berbaki masih berkubu dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mungkin sebab itu, segelintir grup ini giat memaksa mahasiswa dan akar umbi parti untuk terus menerima mereka pada saingan muktamar depan.Mereka menuduh pemimpin yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai parasit untuk menutup hubungan langsung mereka dengan Dr Hasan dan Umno atas fikrah Kerajaan Perpaduan.

SAYA TAK KISAH DITUDUH PARASIT. YANG PENTING SAYA ANTi DR HASAN DAN ANTi FiKRAH KERAJAAN PERPADUAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111