" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 7, 2012

Ketua PAS Cawangan Pangkor ziarah Pak Chot

catatan SU

Pulau Pangkor, 06 mac 2012, Ust Syed Sharim bin Sayed Khalim selaku ketua Pas cawangan bersama dengan ajk yang lain telah menziarahi seorang ahli jemaah yang dalam keadaan uzur yang mesra dengan panggilan Pak Chot.Di antara ajk yang hadir ialah ust Shahril bin Saari dan bendahari cawangan.

Nama sebenarnya Mansor bin Taib berumur 64 tahun dan mempunyai 9 orang anak yang terdiri dari 5 orang perempuan dan 4 lelaki. Beliau tinggal di Kampung Sungai Pinang Besar bersama dengan isterinya pn Shambi.Manakala semua anaknya telah berkahwin dan ada yang masih di alam persekolahan.

Keadaan beliau yang selalu uzur menyebabkan tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat. Baru- baru ini telah dimasukan ke hospital Manjung selama 11 hari kerana masalah sakit dalam perut.

Pada masa ziarah itu kami sempat menghulurkan sedikit bantuan barangan dapur seperti beras, gula, tepung, susu, minyak masak, sabun basuh, sepapan telur dan sedikit wang saku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111