WARTAWAN SINAR HARIAN
SENAI - Setelah mengikat Fandi Ahmad, kini Johor FA berusaha mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Argentina, Gabriel Batistuta.
Presiden Johor FA, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberitahu di laman Twitter bahawa Batistuta dijangka akan tiba di Johor pada 16 Mac.
Difahamkan bahawa Batistuta diperlukan bagi memberi nasihat dan berkongsi idea untuk menjadikan Johor pasukan terhebat di negara ini.
Ia dilihat sebagai salah satu usaha yang dilakukan Johor FA untuk mengembalikan zaman kegemilangan Johor dengan dalam persada bola sepak negara.
Dikenali sebagai Batigol, beliau adalah penjaring terbanyak Argentina dengan 56 gol dalam 78 perlawanan antarabangsa dan telah beraksi dalam tiga perlawanan akhir Piala Dunia.
Penyerang lagenda ini terkenal dengan tendangan kaki kanannya yang padu dan telah menjaringkan 10 gol dalam kejohanan Piala Dunia (1994, 1998 dan 2002).
Beliau juga merupakan pemain Kelab Argentina Newell’s Old Boys, River Plate dan Boca Juniors, selain pernah beraksi dengan Kelab Qatar Al-Arabi. Batistuta yang pernah beraksi bersama Argentina pada tahun 1991 hingga 2002 di peringkat Piala Dunia dan bersara pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment