" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, March 15, 2012

Ibu Nur Suhaila bersyukur

HASLINA KAMALUDIN

SHAH ALAM - Tidak ada apa yang lebih menggembirakan Hanita Mohd Tahir daripada melihat anaknya, Nur Suhaila Tujikan, 15, sihat seperti remaja yang lain.

Ini kerana anak kesayangannya itu menghidap penyakit Congenital Disorder yang mana mempunyai dua rahim dan salah satunya tidak berfungsi serta terus membengkak.

Jika sebelum ini beliau berasa gusar kerana kos yang tinggi kerana terpaksa menjalani pembedahan Hospital Universiti Sharjah, Dubai, kini Hanita mampu mengukir sedikit senyuman kerana dana yang dikumpul melalui kempen yang dilakukan Sinar Harian mencecah RM70,000.

Beliau bersyukur kerana hajat mahu membawa anaknya menjalani pembedahan akhirnya tercapai dengan bantuan dan keprihatian rakyat Malaysia.

Malah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut prihatin dengan menyumbang sebanyak RM15,000 untuk tujuan tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur di atas bantuan yang dihulurkan kepada anak saya. Semoga keikhlasan ini dapat diiringi dengan berita positif selepas pembedahan kelak.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu anak saya.“Insya-Allah semua persiapan sudah dilakukan.

Urusan pasport, tiket kapal terbang dan penginapan,” katanya ketika menerima sumbangan tersebut daripada Pengurus Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim di kediamannya semalam.

Sejak kisah penderitaan Nur Suhaila, disiarkan akhbar Sinar Harian, pelbagai pihak termasuk individu tampil menghulurkan bantuan kepada pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 di sini untuk menjalani pembedahan.

Hanita dan Nur Suhaila akan berangkat ke Dubai pada 19 Mac ini dan pembedahan pada 22 Mac. Mereka dijangka pulang pada 28 Mac.

Katanya, wang dana itu juga akan digunakan untuk rawatan susulan.

Sementara itu Norajun Ainun berkata, LZS mengetahui berita mengenai Tabung Suhaila menerusi akhbar dan terus melakukan kaji selidik mengenainya.

“Kami mendapati Suhaila layak menerima sumbangan ini kerana penyakitnya hanya boleh dirawat di luar negara.“Dengan sumbangan yang diberikan, LZS berharap ia dapat meringankan beban ditanggung.

Kami berharap akan dimaklumkan mengenai perkembangan Suhaila selepas pulang dari Dubai nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111