" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 24, 2010

Siri 1 : Pasal apa aku makin benci BN?



Banner atas tu tak pula jadi modal politik BN? Pasal ia kena dengan BN. Baca yaasin beb! Dalam bacaan itu tidak disertakan doa ker? Lepas baca yaasin tu tak tadah tangan mohon doa ker? Bodoh nak mampuss !! Tak cukup baca yaasin, ada majlis solat hajat lagi. Tak pulak zahid garot terlompat terguling ? Hipokrit sampai ke lubang najis.

Apapun tahniah untuk Polis. Tak habis-habis BN susahkan polis yer!. Siasat jangan tak siasat. Takpa, abang polis semua hampa sabaq ajerlah, PRU13 tak lama dah pun. Jangan lupa konar baring nanti, tolak BN tu biar jatuh gedebak ke longkang. Menyusahkan rakyat tak sudah-sudah!

Dari zaman CheDet sampai ke zaman 1Jari, rakyat makin penat kena tindas. Jika zaman Chedet terkenal dengan kapitalis, zaman 1Jari plak banyaknyer racist. Era kapitalis, semua nak diswastakan, hingga hak asas rakyat seperti eletrik dan air pun dibagi kepada kapitalis. Kesan besar, tarif semakin naik, rakyat semakin tertekan. Kapitalis juga yang kaya.

Era 1Jari pula, semua nak kena selaras. Kesan besar, semua barang naik. Menteri bongok kata, harga barang stabil, tokey kedai barang kata, sana sini sinun semua dah naik, tak cukup barang ..dengan ayam pun naik. Sama bongok dengan Brahim Racist. Bagus punya kepala, bahan api (petrol dan diesel) itu yg dia terpa dulu. Mampus pi la rakyat.


Sekali fikir, sistem komunis dan sosialis lagi baik. Nak cakap sistem islam yang terbaik, lagi meroyan 1Jari. BN makin dihujung usia. Tak cukup dengan barang naik, sana sini jenayah dah macam pisang goreng panas. Kes makin bertimbun. Aduan di balai polis dah setinggi bukit Tambun. Itu satu hal. Di bawah ni pun satu hal.

Punya le banyak kes jenayah yang tak selesai. Punya le banyak masalah yang tak ketahuan punca, polis buat macam dek aje... tetiba bile kes umNO yang lapor polis jadi macam sawan babi. Datuk Ayob yang jadi ketua Polis Pulau Pinang ni kalau tak silap bekas ketua polis trengganu masa kes budak kena tembak polis di Kuala Trengganu. Dalam kes umNo yang orang terlibat dah beri penjelasan, ketua polis terpaksa tubuh pasukan khas. baca

Ustaz Zakaria Ahmad telah buat penjelasan bahawa ia bukan perkara baru dan beliau hanya mendoakan agar Guan Eng di beri hidayah Islam. Rasenye tak salah mana pun kerana Rasulullah pun pernah doa agar Allah memperkuatkan Islam dengan salah satu dari dua umar. ternyata doa Rasulullah agar salah satu Umar masuk Islam diterima Allah dan Umar Khattab masuk Islam. Tetapi dalam Malaysia ...doakan orang masuk Islam adalah satu hasutan yang boleh didenda rm 5000.

Yang jadikan aku pening ialah sikap ketua polis Pulau Pinang yang cepat sangat respon walaupun hanya dua laporan polis di buat dan kes dah di penghujung kerana yang didakwa telah mengaku dan beri penjelasan. Apa tujuan Ayob buat respon segera dan serius sebegitu? Nak intai jawatan ketua Polis negara ke.??? kalau pun tak layak, tetapi dengan mengampu bos...semuanya jadi layak.. Musa Hasan pun serupa juge..

Kalau lah polis bertindak segera dengan semua laporan kan ke bagus...malangnya hanya kes yang umNO bangkitkan aje yang dia respon. Kalau rakyat dah nak mampos pun dia buat tak tahu...kalau ambil peduli pun macam macam alasan.... Dah macam polis cerita Hindustan plak? takkan tak pernah tengok kut? (anak sengat)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111