" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 24, 2010

Siri 2 : Pasal apa aku makin benci BN?

"..semasa solat hajat itu tidak disebut pun nama Kamalanathan cuma solat hajat diminta kemenangan BN.." Komen seorang penyokong UMNO dalam artikel di blog albanjari di SINI. Ya kaa? Tapi yang tulis dibanner biru karat tu hasut rakyat Hulu Selangor datang untuk solat hajat dan baca yaasin tu untuk sapa? Sapa calon dia?
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK CALON BN PILIHANRAYA KECIL P094 HULU S'GOR

Tiap perbuatan didahului dengan niat. Dan niat itu juga kena jelas serta terang ! Dari banner itu pun kita sudah tahu niat majlis tersebut. Lagi nak konar baring sana-sini. Dasar pencacai size XXXXL. Pasal tu aku makin benci dengan BN. Itu buku ruas dari aku, nak lagi hambik buku ruas 3 talam dari sahabat pula kat bawah ni..! Bulan puasa ni bagi buah sikit2 sudah !

[..] Belum reda lagi umNO dan balaci mereka memainkan isu khutbah di Pulau Pinang. Bagi mereka ia sebahagian isu yang boleh mengundang kemarahan melayu kerana ia melibatkan agama dan bangsa. Namun ulasan demi ulasan yang keluar memperlihatkan mereka adalah dari kalangan yang bodoh , penipu dan terkeliru.

Bermula dengan memutarkan isu... kononnya doa itu minta keselamatan untuk Guan Eng dan tinggalkan YDP Agong. Paling menarik ianya diulas oleh orang yang tak ada di majlis tersebut dan mungkin oleh orang yang tak solat jumaat. Cuba perhatikan ulasan mereka, kebanyakannya melambangkan kedangkalan isu, dendam, keliru dan kebodohan melampau.

Terbaru ulasan MPM ( Majlis Perundingan Melayu). Setiausaha Agung MPM, Dr Hasan Mad berkata ia terbukti dalam isu mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah Jumaat dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Mereka mempergunakan orang-orang Melayu yang kurang cerdik untuk bersetuju dengan rancangan mereka untuk jadikan Malaysia sebuah republik,” kata Hasan selepas mesyuarat tergempar MPM hari ini.

Ade ke patut isu khutbah dikatakan nak jadikan Malaysia negara Republik? Hebatnya sebuah khutbah boleh menjadikan negara sebagai republik. Apakah hanya dengan meninggalkan nama Agong atau mendoakan orang bukan Islam dapat hidayah Islam boleh jadi Republik? awatla bangap sangat??

Dalam pada itu, Pengerusi Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM mendakwa arahan membaca khutbah kepada khatib menggunakan nama Ketua Menteri datangnya daripada pemimpin tertinggi negeri.

“Walaupun Lim Guan Eng nafikan, tapi khatib tak akan baca kalau tiada yang suruh,” katanya.

Ni sorang lagi..buat malu orang Perak aje... Ade ke patut kata khatib tak baca kalau tiada yang suruh. Dia ni pernah solat jumaat ke tak. Ataupun selalu lewat dan tak dengar khutbah...ataupun asyik solat di tempat umNO yang hanya baca teks tanpa tengok sekeliling. hari hujan pun kata langit cerah??? Dia tahu ke apa tu khutbah??? malu aku nak mengaku dia ni orang Perak.

Kalau nak ngampu pun jangan la sampai menampakkan kebodohan diri sendiri. Aku respect dengan pemimpin cawangan umNO yang tetap bawa beg James Bond dan bertali leher, bawa New Strait Times walaupun buta huruf... tak le nampak bodo...bile orang tanya apa isu, dia jawab tak boleh baca sebab tertinggal cermin mata...ha..haa.haa ! Betul lah orang kata, kalau diam nampak cerdik ..tapi bile bercakap...sah bangang!!!(anak sengat)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111