" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, May 5, 2010

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin . Dedah Penyelewengan RM 1 Juta di Perak oleh Kerajaan Pimpinan Zamri


IPOH, 5 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak cukup bimbang dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai pembaziran wang rakyat.

Ini berhubung laporan PAC bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata pihaknya amat menyokong penuh pendedahan tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

“Pemuda PAS Perak tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS negeri, katanya difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Zambry.

Ini, katanya bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang dihadiri oleh Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat seperti mana yang didedahkan.

“Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk kredibiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menjangkakan Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar.

Tegasnya, Pemuda PAS Perak bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahka pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Zambry dan media memahami sikap sebenarnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111