" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, June 9, 2010

TAHNIAH, BLOGGER DAPAT SEKADAR 'PAS PEMERHATI' SAHAJA

[1]

Dzulfikar Masyhur [wartawan harakahdaily] melaporkan;

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

“Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi. (sila baca lagi)

[2]

Persoalannya;

pertama;
Masalah sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini? Bahkan, sebelum ini, keterbukaan PAS dalam media amat mendapat pujian dari rakyat Malaysia. Namun, kes terpencil ini berlaku pada kali ini. kenapa takut sangat dengan blogger selepas tsunami politik 2008, walhal PKR dan DAP tidak takut pun? Orang yang takut ini, selalunya ada yang tak kena. Apa yang tak kena pada PAS sebenarnya sehingga takut sebegini?

kedua;
Ustaz Idris kata, menghalang media buat lipuran tentang pemilihan hanya UMNO saja.. Jadi, siapa pula pimpinan PAS berusaha hendak menghalang media buat liputan seperti UMNO ini?

Tahniah Ustaz Idris, kerana menyampaikan suara blogger-blogger yang sejak sekian lama membantu PAS... Di harap, jangan disebabkan tindakan PAS pada kali ini, menyebabkan ramai blogger-blogger yang dahulunya membantu PAS, tetapi menyerang PAS dalam PRU akan datang...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
9 Jun 2010 * 12:18 Tengahari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111