" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, February 2, 2011

Cerita pelajar yang selamat tiba di Malaysia dari Mesir

‘Kami dalam ketakutan’

KOTA BHARU. 2 Feb. : Seorang pelajar perubatan Universiti Al- Azhar, Mesir, Tengku Norfar’ain Qistina Tuan Kamarul Baharin yang selamat tiba di tanah air pagi kelmarin menggesa pihak kerajaan membantu membawa pulang rakan-rakannya dengan segera.

Menurutnya, itu adalah pesanan rakan-rakannya di sana kerana keadaan kini amat kritikal, bukan sahaja kebanyakan bank sudah tidak beroperasi sehingga menyulitkan mereka mendapatkan wang tunai, malah bekalan elektrik terganggu serta catuan air yang dilaksanakan beberapa hari lalu.

“Kami hidup dalam ketakutan. Walaupun kediaman saya di Hayyu Sabi’, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat tumpuan rusuhan, di Dataran Tahrir, Kaherah, namun bunyi bom, tembakan dan jeritan dapat didengari dengan jelas.

“Bayangkan bagaimana keadaan pelajar yang kini berada di kediaman mereka di Kaherah dan kawasan berhampiran rusuhan itu,” katanya.

Tengku Norfar’ain, 21, berkata, bagaimanapun beliau bernasib baik apabila berjaya membeli tiket penerbangan Gulf Air menggunakan kad kredit milik ibu rakannya untuk pulang ke tanah air.

Sementara itu, seorang bapa, Wan Mohd Nawi Wan Hamid, 50, bapa kepada salah seorang pelajar Fakulti Perubatan Universiti Al- Azhar, Mesir, Wan Nur Salsabila, 20, turut menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa balik pelajar- pelajar di sana.

Menurutnya, kali terakhir beliau dapat berhubung dengan anaknya minggu lalu, dan dimaklumkan pihak polis telah membawanya ke balai polis secara beramai-ramai bersama rakan-rakan lain.

“Selepas itu, saya tidak lagi dapat berhubung dengan beliau sehingga hari ini, dan hanya mendapat berita mengenainya daripada kakak beliau, Wan Fatin Nabilah, 21, yang menuntut di Jordan,” katanya.

Wan Mohd Nawi berkata, beliau kini dalam kebimbangan memikirkan keselamatan anaknya serta pelajar-pelajar lain di negara berkenaan memandangkan perkembangan terkini yang berlaku di negara berkenaan.

“Saya merayu kerajaan persekutuan menyelamatkan pelajar- pelajar kita di sana tanpa memilih kategori, sama ada mereka pelajar tajaan atau persendirian, keadaan terlalu genting sekarang. Terima kasih kepada KPKM dan Kerajaan Negeri atas tindakan drastik dilakukan bagi membantu kami dan pelajar-pelajar di negara berkenaan,” katanya.SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111