" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, August 25, 2011

Kerajaan lemah, tidak amanah dan rasuah tu lah yang hang pulun nak tegakkan

Oleh Penarik Beca

Saya tidak terkejut selepas ini kalau ramai yang rebah dan runtuh jiwa raganya terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Saya juga tidak kalau selepas ini ramai yang menyanjung Harussani sebagai tok alim yang mengamalkan semangat hadis yang mengingatkan kita bahawa ad-Din itu ialah nasihat menasihati.


Harussani kata dia pernah menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak. Wow! Kepada Najib, beliau kata beliau telah mengingatkan tentang perpecahan Melayu yang disebabkan kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah" (Gambar di sebelah ihsan Malaysiakini).

Hello, kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah" itulah yang hang pulun sakan nak dirikan selepas pilihan raya 2008 dulu. Sampai bermusafir ke sana sini punya pulun nak dirikan kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah".

Dalam pukul 9.00 malam tadi saya dengar komen seseorang mengenai ulama. Dia kata, dalam prinsip undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehinggalah terbukti dia bersalah. Tetapi dengan puak ulama, katanya, dalam banyak keadaan kita patut letak jahat dulu sehinggalah terbukti dia baik. Saya tahu, ramai yang akan menggelejat dengan pandangan seperti itu, tak kira la orang parti mana pun. Tetapi, dengan alasan yang diberikan, saya bersetuju dengan pandangan itu supaya saya lebih berhati-hati dalam menghormati dan memuliakan mana-mana orang alim atau pelajar agama (talabah).

Demi Allah, tentulah saya mahu sangat-sangat menghormati dan memuliakan ulama. Saya mencium tangan Ustaz saya walaupun dia lebih muda dari saya. Tetapi, dalam kalangan ulama pun ada ramai ulama jahat. Takkan nak hormat si jahat.

Cukup-cukuplah bersifat naif macam sesetengah orang di negeri-negeri tertentu di dunia ini. Bila bukan parti yang depa lawan yang perintah negeri-negeri itu, depa pakat-pakat bayar zakat dan fitrah kepada pihak berkuasa negeri-negeri berkenaan. Depa tak tahu duit zakat fitrah yang depa serahkan itu tercampak di bawah tapak kaki raja-raja jahat yang mencengkam pihak berkuasa agama. Gila! Kaki arak, kaki betina, kaki segala jahat mencengkam hal-ehwal agama.

Bercakap fasal fitrah, sedih sungguh apabila tahun ini membayar fitrah untuk lima orang sahaja. Tahun lalu, saya membayar fitrah untuk enam orang. Ramadhan kali ini, tak ada lagi kekasih hati saya, anak saya, Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) yang saya sayang teramat sayang.

اللهم صل على محمد وآل محمد

Ya Allah
wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
saya merayu kepada-Mu
renggangkanlah tanah dari samping jasad anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq
kasihanilah keterasingannya
temanilah kesendiriannya
hiburkanlah kegelisahannya
tenangkanlah ketakutannya
limpahkanlah kepadanya keredhaan-Mu
tolonglah anugerahkan kepadanya
salah satu dari rahmat-Mu, ya Allah
yang dengannya dia merasa cukup
dari (mengharapkan) kasih sayang kepada selain-Mu
serta gabungkanlah dia bersama-sama orang-orang yang dicintainya
bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad, ya Allah

اللهم صل على محمد وآل محمد
http://penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111