" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, August 25, 2011

Pas Jangan Mudah Melatah

Oleh Mohd Sayuti Omar

MALAM itadi media pengampu kerajaan cuba menghuraikan isu 'kilang nuklear' (Lynas) di Gabeng Pahang yang mengeluarkan nadir bumi sebagai tidak mendatang bahaya sekaligus pendedahan sebelum ini yang diriuh randahkan adalah tidak benar.

Penemuan atau pengesahan itu dari dua pakar nukler tidak mengejutkan sangat. Sememangnya tugas mereka untuk memberi penjelasan atas apa yang didakwa kerena isu berkenaan menakutkan banyak orang khasnya penduduk di Pahang.

Dengan ilmu dan kepakaran yang ada kepada mereka sesungguhnya menjadi kewajiban mereka mengulas dan menjelas duduk perkara sebenar tentangnya.

Penafian itu tidak sedikit pun mengejutkan malahan ia menggembira banyak pihak. Rakyat yang sebelum ini terasa terancam dengan pembinaan kilang beribu pejabat di Australia itu juga boleh menarik nafas lega.

Tetapi penglibatan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (foto) dari Pas dalam penjelasan itu sesuatu yang mengejutkan dan menjadi kemusykilan. Penampilan Che Rosli bersama Prof Tarmizi yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan Pakatan Rakyat yang telah menonjolkan Lynas sebagai isu sebelum ini. Pengesahan dari mereka berdua Lynas tidak berbahaya juga tidak menguntungkan politik Pakatan Rakyat.

Bagi Termizi tidak menjadi masalah sebab beliau 'bukan' ahli parti mana-mana dan bukan berkedudukan seperti Che Rosli. Tarmizi berbeza dengan Rosli yang merupakan ahli Pas dan ahli Parlimen. Tindakan ikhlas dan profesional Che Rosli itu akan memberi impak kepada Pas dan Pakatan Rakyat khasnya.

Sepatutnya Che Rosli tidak terlibat memberi penjelassan dalam media penjilat buntut kerajaan apa lagi sedia tampil di skren tv. Kalau pun beliau kesal dengan perbuatan pemanipulasian kilang berkenaan oleh ahli Parlimen Kuatan, Fauziah Salleh, Che Rosli sepatutnya mendiamkan diri saja. Itu lebih baik. Dalam Islam ada kaedah kalau kita tidak bersetuju dengan sesuatu kita mendimkan diri saja - memulau dalam hati.

Sebagai seorang ahli nuklear kita tahu beliau perlu memberi nasihat dan pandangan serta bercakap jujur. Beliau kena patuh kepada etika dan profesyenya. Tetapi beliau sebagai ahli politik dan MP Pas, seharusnya beliau juga melihat akan kedudukan dan peranannya. Benar Che Rosli bercakap atas kapasitinya sebagai ahli nukler tetapi beliau juga perlu insaf dan berkata benar, tetapi dari moral politiknya sikap itu tidak relevan.

Walaupun Dr Rosli pergi atas kapasitinya sebagai ahli nuklear tetapi dia juga perlu sedar dia anggota sebuah parti politik yang terdedah kepada pengeksploitasi isu yang memberi kesan buruk kepada parti. Di dalam dompetnya selain dari ada kad ahli nuklear dompatnya juga tentu ada kad keahlian Pas dan MP.

Dari segi disiplin parti apa dilakukan Che Rosli itu sudah boleh dianggap bersalah. Pas boleh memberi teguran atas perbuatan Che Rosli itu. Sebagai ahli Pas dan ahli Parlimen beliau kena mengutamakan parti daripada kepentingan-kepentingan atau profesyen yang lain. Beliau masih boleh terlibat dalam membuat pengesahan itu tetapi bukan secara terbuka yang memberi kesan langsung kepada partinya.

Saya rasakan penampilan Che Rosli itu akan mencetuskan isu dalam Pas. Sudah tentu ada pemimpin Pas yang tidak senang dengan tindakan Rosli itu akan memberi komen negatif dan bakal memburukkan keadaan. Bagaimana pun saya nak sebut dan ingatkan di sini agar pemimpin Pas tidak mudah melatah dengan apa yang berlaku. Mereka perlu memahami apakah hujung jatuh dan motif tersirat maka Che Rosli disuluh oleh kamera TV3 malam ini.

Pas tidak perlu menmgambil apa-apa tindakan kepada Che Rosli. Kalau Pas mengambil tindakan itulah yang ditunggu-tunggu oleh pihak UBN dan juga media. Mereka akan cuba memainkan isu itu kononnya ada perpecahan dalam Pas. Ada pertelingkahan pendapat dalam Pas.

Manakala motif pendedahan TV3 mengenai Lynas itu perlu dibaca dengan bijak dan jauh. Orang Pas kena membaca kilau dalam kilat. Apabila pendedahan itu mengaitkan di antara pimpinan tertinggi PKR dan juga ahli Parlimen Kuatan Fauziah Salleh dengan Che Rosli dari Pas, ia tidak ada tujuan lain melainkan ingin memecahkan hubungan Pas dengan PKR. Mereka ingin meretakkan perpaduan dan keakraban Pas dan PKR menjelang pilihan raya umum.

Apa yang diharap disebalik pendedahan yang mengaitkan kedua wakil rakyat berbeza parti itu ialah hendak tonjolkan bahawa PKR dan Pas sudah tidak ada persefahaman lagi. Bahawa isu yang dibawa oleh PKR tidak lagi mendapat sokongan Pas. Itulah persepsi yang hendak dipamirkan dan disumbatkan ke dalam minda umum.

Sekali lagi diingatkan penampilan Che Rosli tadi jangan ada sesiapa yang memberi komen. Hormatlah pandangan Che Rosli itu sebagai pandangan seorang pakar nuklear negara dan bukan dari ahli Pas atau ahli Parlimen. Saya yakin ada keikhlasan Che Rosli dalam penegasannya itu sekurang-kurangnya beliau masih menghormati ilmu yang ada kepadanya daripada kedudukan politik yang baru dikecapi tahun 2008. Itulah saya katakan akademis tidak sesuai jadi politician sekular.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111