" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 10, 2011

Bajet cedok, dasar bela kroni diteruskan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan Belanjawan 2012 yang diumumkan Perdanhttp://media1-cdn.malaysiakini.com/290/0259a3d2b849e5ad0dcc6f183829303b.gifa Menteri 7 Oktober lalu dicedok daripada Belanjawan Pakatan Rakyat yang diumumkan Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim 4 Oktober lalu.

Lebih tepat ia ‘belanjawan gelabah’ menuju Pilihan Raya Umum ke-13, tegas Anwar ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat 7 Oktober lalu.

“BN angkat belanjawan yang sebahagian besarnya dicedok daripada belanjawan Pakatan Rakyat, namun kita bimbang kerana langkah mengetepikan rasuah atau penyelewengan tidak disebutkan langsung,” tegasnya lagi.

Anwar berkata, walaupun didendangkan dengan pelbagai ‘tawaran’, hakikatnya tidak ada apa yang berlaku selain hanya meneruskan dasar ekonomi membela kroni sahaja.

“Kita dengar belanjawan unjuran pendapatan agak bertambah, pelaburan a sing bertambah kerana sumbangan dua kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang mendapat pelaburan yang tinggi,” katanya.

Namun Najib tidak pun menyebut sumbangan dua negeri Pakatan Rakyat ini, selain hanya berbangga dengan angka-angka yang kononnya pencapaian BN, tegas Anwar yang turut diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Anwar menegaskan, isu penyelarasan elaun dan gaji ahli Parlimen yang diumumkan Najib sebenarnya tidak harus berlaku ketika ini.

“Saya secara peribadi tidak menyokong. Kelemahan paling besar ialah soal pengurusan dan tatacara kerajaan, soal rasuah dan penyelewengan tidak dibe tulkan, reformasi tak ada apa yang disebutkan dalam belanjawan kali ini,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin bersetuju dengan kenyataan Anwar berkenaan isu kenaikan elaun untuk ahli Parlimen tidak harus diutamakan buat masa ini.

Ujarnya, kerajaan seharusnya memfokuskan kepada golongan terbanyak iaitu golongan berpendapatan rendah yang akan berdepan dengan kenaikan harga barang dari semasa ke semasa.

“Elaun untuk MP bukanlah suatu keutamaan yang harus disegerakan, yang penting integriti perangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana kepada rakyat,” katanya.

Mengulas soal pemberian ‘one off’ kepada bekas tentera dan polis zaman British yang diumumkan Najib, Salahuddin menyifatkan golongan yang mendapat habuan itu harus berterima kasih kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengutarakan isu tersebut.

Sementara itu, Guan Eng juga turut bersetuju agar soal kenaikan elaun ahli Parlimen tidak diutamakan dahulu dalam belanjawan kali ini.

“Tentang tambahan elaun untuk ahli Parlimen, saya rasa ini bukan masanya. Memberikan elaun untuk pembantu ahli Parlimen itu penting, MP ada pembantu dan pegawai yang harus diberikan elaun,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111