" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 10, 2011

Mr Bean Malaysia dan hudud

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

“DALAM satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsgimuw30MmNdXizIP94nSMW4D-gSARAeFhyNUmvd8utASJrmZobmMeC_qh8nerMynwcAsnKRL5JkxHULs0G6HHCqGh768Tz6DedXKHgLqcte3mAjvLQtKeefpkrlxBgiPjontKpOqStQ/s400/mahathir_cry.jpgum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu.Bagi Nik Aziz (MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) adillah, bagi saya tidak adil.” Begitulah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis ‘Bicara Negarawan’ beberapa hari lalu.

Maknanya, ‘Dalam satu kes melibatkan seorang Islam yang berwuduk selepas bermain bola kerana tak sempat nak mandi… bersihkan itu. Bagi Tuhan bersihlah, tapi bagi Dr Mahathir tidak bersih.’

Tak tahulah perbandingan di atas ini logik atau tidak. Tapi kalau hukum agama hanya boleh diterima sebab ia logik, maka tak payahlah jadi orang Islam. Sebabnya banyak perkara dan hukum dalam Islam yang tidak dapat dikelaskan dalam kategori logik.

Untuk melakukan solat kita perlu membersihkan diri. Mana logik selepas berpeluh-peluh main bola sepak kita cuma perlu membersihkan diri dengan berwuduk sahaja. Sedangkan, mereka yang dalam keadaan berjunub, walaupun sudah mandi tetapi tidak berniat mandi wajib dianggap masih belum lagi bersih untuk mengerjakan solat.

Itulah dia yang dikatakan hukum Islam. Ia adalah perintah Tuhan bukannya undangundang yang kita suka-suka gubal di Parlimen atau Dun.

Dan mengenai hukum Islam, tidak pula disebut dalam Quran, dalam Hadis, malah tidak ada dalam Al-Ijma dan juga Al-Qias sekalipun bahawa umat Islam boleh mengamalkan pendekatan selektif terhadap hukum yang dianggap bersesuaian sekiranya mereka berada dalam kelompok masyarakat atau komuniti yang turut dianggotai oleh bukan- Islam.

Justeru logik yang digunakan oleh Dr Mahathir, juga boleh dianggap sebagai logik Umno, tak boleh diaplikasikan dalam Islam.

Kalau nak diaplikasikan juga, maka hasilnya adalah seperti contoh berikut: “Aku sokong kalau hukum hudud bongok tu tak dilaksanakan…” (Sebuah catatan wall dalam Facebook).

Melihat catatan seperti ini dan juga lain-lain catatan yang menentang hudud dalam ruang siber kerana menyokong Umno, maka dapatlah disimpulkan corak pendidikan agama yang dibentuk oleh parti tersebut sejak Merdeka dan betapa rendahnya nilai budi-pekerti mereka yang terdidik dan terindoktrinasi dengan pendidikan agama berbentuk sekular.

Tidak mustahil juga pemahaman agama dalam bentuk sekular inilah yang mendorong pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar menulis dalam akhbar The Star minggu lalu dengan tulisan berjudul, No hudud please, we’re Malaysians (maksudnya: Tolong jangan laksanakan hudud, kami adalah orang Malaysia).

Antara hujah Zainah dalam tulisan tersebut ialah, “Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.”

Melihat judul rencana yang disadur dari judul drama pementasan komedi popular Inggeris, No Sex Please, We’re British (karya bersama Alistair Foot and Anthony Marriot) itu sahaja kita sudah dapat menilai sejauh mana hukum Allah SWT yang termaktub dalam kitab suci Quran dipersendakan sebegitu rupa.

Kita tak perlu menghujah semula betapa sementara si India dan si Cina itu terlepas daripada hukuman potong tangan dan boleh bekerja manakala si Muslim terpaksa menghadapi prospek masa depan yang gelap akibat sudah tidak ada tangan.

Ini kerana dalam kehidupannya, si India dan si Cina tak perlu menunaikan solat fardu dan sunnah, berpuasa di bulan Ramadan, mengerjakan ibadah haji, menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha dan apa sahaja yang perlu dilakukan oleh orang Islam kerana dia bukan Muslim.

Makna mudahnya, orang Islam perlu patuh dengan segala hukum-hukum Islam dan bukannya patuh dengan hukumhukum yang mereka berkenan sahaja. Kalau setakat boleh terima sesetengah hukum dan menolak sesetengah lain, maka itu Islam pada namanya sahaja.

Nasib baik dalam hudud tak ada hukuman lidah kena potong sebab memfitnah, membohong dan sebagainya atau otak dikehendaki dikeluarkan dari kepala kerana ia telah digunakan dalam memutar belitkan katakata Allah SWT. Kalau ada, dalam sekiranya hudud terlaksana, tentu ramai yang terpaksa hidup tanpa lidah, dan lebih parah lagi tanpa otak.

Hukum Allah adalah hukum Allah. Kita ini hamba Allah.

Justeru macam mana seorang hamba nak memandai-mandai mempertikaikan hukum Tuan (iaitu Allah). Kalau nak sebut tentang adil, hal membantah dan mempersendakan hukum Allah ini lagi maha tidak adil sedangkan Allah telah menjelaskan: “Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baok kejadian.” (maksud surah At-Tin:4)

Dan Allah jadikan kita untuk taat dan patuh kepada perintah- Nya dan bukan menyuruh kita mempermain-mainkan, menentang dan berhujah mengenai apa yang telah diperintahkan kepada hamba-Nya. Kalau nak berhujah juga, nak menentang jugak, nak tunjuk pandai, maka janji Allah: “kemudian kami kembalikan mereka ketempat yang serendahrendahnya (Jahannam).” (maksud surah At-Tin: 5)

Dan ingatlah di sini kelak tidak ada sesiapa boleh berpersatuan untuk memutarbelitkan ayat-ayat Allah, atau memanggil bekas Perdana Menteri untuk memberikan pendapat agar suhu api Jahannam diturunkan sikit daripada beberapa bilion Kelvin kepada beberapa juta Kelvin supaya manusia yang terhumban ke sini tidaklah terlalu menderita sangat sebab kepanasan, atau menggunakan khidmat manamana hakim atau peguam bagi menyatakan hukuman dalam Jahanam tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh manusia di dunia.

Akhir sekali, segala yang berlaku kepada mereka yang mungkar dan mempromosikan kemungkaran adalah lebih dahsyat dari sekadar potong tangan menerusi hudud yang perlu dilaksanakan di dunia.

Justeru, kalau seronok nak jadi macam Mr dan Mrs Bean pun, carilah subjek lain, dan jangan jadikan hukum Allah sebagai modal untuk bergurau senda.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111